Thursday, December 19

AL-KISAH : PEMANDU DAN LEBUH RAYA...CUBA BUAT MACAM NIE DEPAN BINI.....?


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menguatkuasakan syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol di bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari depan. -JANUARI 2014

Datuk Bandar MBSA Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata ia akan membolehkan MBSA mengutip sekurang-kurangnya RM218,000 setahun dalam bentuk kutipan bayaran bagi lesen pondok tol.

Beliau juga menyebut, langkah itu melibatkan sepuluh plaza tol dan 218 pondok kutipan bayaran tol.

Kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun,RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan.

Kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluasan tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi.


Kenaikan kadar tol yang digembar-gemburkan dijangka tidak berlaku kerana kerajaan sudah berjanji mahu mengurangkan caj tol antara antara bandar secara berperingkat-peringkat.

Janji itu terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dan perkara itu tidak boleh dimungkiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga telah menyatakan bahawa kerajaan sudah menyediakan sejumlah peruntukan bagi mematuhi perjanjian dengan syarikat konsesi, walaupun perkara itu tidak dijelaskan secara terperinci.

Setakat ini pun, Kabinet belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan untuk menaikkan kadar tol.

Kenaikan tol ini tidak akan menjadi isu seandainya Menteri Kerja Raya tidak 'melayan' isu berkenaan, sekali gus memberi persepsi yang tidak baik kepada Kabinet.

Isu ini tidak akan menjadi polemik jika tidak ada pihak mengulasnya memandangkan pengurangan tol sudah menjadi janji kerajaan dalam manifesto.

MKP tidak fikir kerajaan akan membelakangkan manifesto yang telah dibuat kepada rakyat. Itu janji kerajaan.

Para menteri perlu berfikir panjang dan berhati-hati sebelum membuat kenyataan mengenai kenaikan barangan atau perkhidmatan.

Para menteri perlu ingat kenyataan demi kenyataan mengenai kenaikan telah menimbulkan kemarahan rakyat. Rakyat berfikir para menteri tidak menghayati kesusahan rakyat, tidak faham keperitan yang dirasai rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau apa yang digemburkan media tidak betul dan fitnah kenapa wahid .....tak jawap atau buat statement malas.. semua orang marah sebab banyak media petikan kenyataan dan ulasan beliau..kita pun tau pembangkang kini dah terkangkang tak dak isu apa saja ada depan mata semua akan dijadikan isu...berak seluar pun akan jadi isu sekirang yang berak. tu org UMNO dan kerajaan.....dah sampai masa semua menteri kabinet dan menteri serta kerajaa ajar pembangkang cara nak berpolitik...yang betul...bukan kotor macam ni asyik fitnah tak habis2.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive