RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Tuesday, February 24
KESIAN.......... @rafiziramli LUDAH KELANGIT ?
Kurang satu tahun yang lalu, Rafizi Ramli tampil membentangkan apa yang dikenali sebagai Langkah Kajang. Menurut Rafizi, Langkah Kajang adalah keperluan mendesak untuk mengekang ketegangan kaum dan agama di Selangor yang menurut beliau, didalangi Umno.
Ahli PKR dan Pakatan Rakyat diajak Rafizi untuk menyokong usaha menumbangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua tahu natijah Langkah Kajang dan bagaimana ia memecahbelahkan PKR dan Pakatan Rakyat sehingga hari ini, kononnya kerana ketegangan agama dan kaum perlu dikurangkan.
Semalam Rafizi muncul dengan lagi satu dalil iaitu Anwar kononnya dipenjara kerana Umno mahu memecahbelahkan PKR dan Pakatan Rakyat.
Kata Rafizi ia juga bagi memudarkan ingatan rakyat pada Ketua Umum partinya itu di samping memastikan PKR bergolak dan menghadapi krisis dalaman.
Hujah Rafizi boleh diterima jika PKR adalah sebuah parti 'kukuh' bersatu dan utuh di bawah naungan Anwar.
Dalil Ahli Parlimen Pandan itu juga boleh dipertimbangkan jika Pakatan Rakyat kukuh dan bersatu kerana kepimpinan Anwar. Namun hakikatnya adalah PKR dan Pakatan Rakyat dalam keadaan berpecah belah. Perpecahan itu menjadi lebih serius selepas pilihan raya umum 2013.
Di dalam PKR, dua pemilihan parti sekali lagi dicalari dengan pelbagai dakwaan penipuan, politik cantas-mencantas khususnya dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Langkah Kajang yang diilhamkan Rafizi menyaksikan segala kekotoran dalam parti itu didedahkan kepada umum.
Semua ini berlaku dengan Anwar sebagai peneraju PKR.
Jelas PKR mempunyai keupayaan semula jadi – tidak kira dengan Anwar di dalam atau di luar penjara – untuk berpecah belah dengan amalan politik kabilah mereka.
Jika pun betul andaian Rafizi kononnya wujud campurtangan kerajaan untuk menghantar Anwar ke penjara, penulis tidak fikir Umno tidak peka kepada realiti di dalam PKR.
Umno juga tentunya sedar kemungkinan besar PKR merapatkan semua saf sebagai reaksi kepada ketiadaan Anwar lagi di barisan depan. Itupun jika hendak dilayan dakwaan Rafizi bahawa adanya campurtangan politik dalam kes mahkamah Anwar.
Hujah sama juga benar dalam kes Pakatan Rakyat. Anwar gagal menyelesaikan pertikaian di antara PAS dan DAP sekian lama. Malah, akibat Langkah Kajang, beliau sendiri terheret dalam pertikaian dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Masa depan Pakatan ibarat telur di hujung tanduk semasa Anwar 'menerajui' pakatan itu.
Justeru ketiadaan Anwar besar kemungkinan menjadi pemangkin untuk pemimpin PAS dan DAP 'menangguhkan' pertikaian mengenai hudud untuk memberi fokus kepada PRU 14.
Semua andaian ini berpaksi kepada dakwaan Rafizi bahawa adanya campurtangan politik. Namun andaian Naib Presiden PKR itu bertapak di atas hujah-hujah cetek – sama seperti alasan yang diberi beliau untuk menggerakkan Langkah Kajang.
Mereka yang arif dalam politik tentu mengakui risiko besar yang ditanggung Umno dengan Anwar di dalam penjara.
Anwar di Penjara Sungai Buloh memberikan sebab dan dorongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat untuk merapat semula saf bagi menumpaskan Umno pada PRU 14.
Politik dan agenda Umno lebih tersusun apabila Anwar bebas dengan kelemahan beliau dalam menerajui PKR dan Pakatan Rakyat dipersoal dan dipertikaian oleh kalangan pembangkang sendiri.
Namun kini, Umno terpaksa keluar daripada zon selesa itu dan terpaksa menerima keputusan mahkmah untuk mensabitkan Anwar di atas tuduhan meliwat.
Sudah tentu Mahkamah tidak terikat dengan kepentingan politik Umno mahupun PKR dan membuat keputusan berlandaskan hujah peguambela dan pendakwaraya semata-mata.
Umno kini terpaksa berdepan dengan realiti politik baru susulan keputusan lima hakim memperakui hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.
Jika dahulu, Umno 'selesa' memerhatikan segala kecelaruan dalam PKR dan Pakatan yang diterajui Anwar, kini mungkin ia cemas memikirkan bagaimana PKR dan Pakatan akan menyusun langkah mereka.
Justeru, alasan-alasan Rafizi kononnya Umno mahu 'mengkuburkan' PKR dengan memenjarakan Anwar hanya taktik murahan untuk mencari simpati ahli PKR. Namun beliau harus meraih simpati itu dalam cara lain, bukannya dengan tuduhan dan tohmahan yang tidak masuk akal.
Rafizi sering menuduh beberapa segmen media termasuk portal ini sebagai memutarbelit atau 'spin' kenyataan beliau, lazimnya tanpa sebarang bukti.
Tindakannya itu ibarat meludah ke langit.
Monday, February 23
SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR! @LokmanAdam
Pada 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut.
Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut.
Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Liwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia.
Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat.
LOKMAN NOOR BIN ADAM.
Friday, February 20
KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH MOHD ZAIDI MOHD SAID MAHU KISAH ANWAR DIBAKUL SAMPAHKAN... @KhairyKJ @AzwanBro @PPUMonline
Terkedu MKP bila melihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh mahu kisah Main Pungkoq dibakul sampahkan semasa kempen di PRK Permatang Pauh.
Selaku tuan rumah yang bakal berdepan perbagai rintangan yang mendatang sekarang atau pun selepas PRK Permatang Pauh.Orang luar termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairy Jamaluddin perlu mempunyai rasa hormat pada Tuan Rumah.
Lepas korang tabur apa sahaja di Permatang Pauh korang balik. Nak kena menjawab adalah Ketua Bahagian serta kepimpinannya yang tak boleh lari kemana. Sebagai manusia serta Rakyat Malaysia yang mempunyai adab serta budaya ketimuran yang tinggi patut menghormati tuan rumah bukan main tangkap muat....?
Sebelum ini heboh diperkatakan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan diletakkan sebagai ayam sabung Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Permatang Pauh.
Tiba-tiba, keluar berita daripada Biro Politik PKR yang telah bermesyuarat dan mahukan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi yang disandang suaminya itu.
Keputusan akhir atau muktamad hanya boleh diputuskan oleh Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selama lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Baik Azizah mahupun anaknya Nurul Nuha, pemerhati politik dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bukan ahi PKR melihat tindakan meletakkan salah seorang daripada nama tersebut sangat tidak wajar.
Kenapa mesti pilih juga calon daripada ahli keluarga Anwar? Apakah ini menunjukkan seolah-olah Permatang Pauh tidak layak dipimpin oleh orang lain selain anak-beranak Anwar?
Memang kerusi tersebut susah untuk dimenangi pihak yang melawan Anwar sebelum ini kerana auranya yang cukup kental di sana tetapi antara sedar dan tidak, dalam diam, ramai rupanya penyokong PR yang tidak mahu keluarga Anwar terus kekal di Permatang Pauh.
Komen yang kedengaran antara lain berbunyi, PKR bukannya keluarga milik Anwar dan kerusi Permatang Pauh juga bukan mutlak milik Ketua Pembangkang itu.
Jika Nurul Nuha dipilih, bermakna empat orang dalam keluarga Anwar menjadi pemimpin PKR yang pada dasarnya tidak salah tetapi PKR akan dilihat sebagai parti anak beranak.
Tidak keterlaluan jika PKR dinamakan sebagai parti keluarga jika Nurul Nuha pula dijadikan pemimpin Permatang Pauh.
Siapa pun boleh menggantikan Anwar di Permatang Pauh dan dalam PKR sendiri ramai yang layak dan berpengalaman berbanding Nurul Nuha yang tidak ada pendedahan politik kecuali untuk membela bapanya.
Wan Azizah pula telah pun diberi tempat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang pada pilihan raya kecil tahun lalu. Apa lagi yang ahli PKR mahukan untuk menjulang nama Anwar?
Memang ini masalah dalaman PKR dalam menentukan arah tujunya dan orang luar tak sepatutnya masuk campur.
Cuma satu yang harus diingat, sekiranya Nurul Nuha yang dipertandingkan dan kemudian menang, apakah dia berupaya menjalankan tugasnya sebagai pemimpin politik?
Jika Wan Azizah pun terpaksa menerima cemuhan kerana gagal membangunkan Kajang dan menangani masalah penduduk di kawasannya, mampukah Nuru Naha menjadi lebih baik?
Wednesday, February 18
RELEVAN ATAU TIDAK @AKHI_Comms HASIL PENGKADIRAN POLITIK @AzwanBro @KhairyKJ
Akademi Kepimpinan Kapten Hussein telah berjaya mengkagumi mata dan telinga bagi pihak DS Najib Razak. KPI terlalu tinggi diberikan oleh pucuk pimpinan kepada Akademi berkenaan.
Petang tadi telah ditetapkan Perjumpaan DS Najib Razak dengan semua Menteri Kabinet. Setiap Menteri harus membentangkan setiap apa yang digariskan didalam perancangan Kementerian sebagai panduan serta apa telah dilaksanakan pada suku ke-empat penggal 2014.Ianya menentukan Prestasi Menteri berkenaan dan juga Kementerian dibawah Seliannya.
Ternyata percaturan Saudara Khairy Jamaluddin berjaya mempertengahkan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein sebagai penanda Aras KPI beliau. Perdana Menteri memberikan 5 Bintang pada Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.
So happylah beliau keluar dari Pejabat Perdana Menteri. Tidak banyak yang dipersoalkan padanya. didalam kegembiraan beliau dengan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein sempat lagi memperli Menteri lain yang kena PRANK dengan Perdana Menteri.
Ianya menepati manifesto yang telah ditetapkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia semasa kempen pada pilihan lepas iatu Saudara Azwanbro. Tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Agak malang MKP tidak pernah dijemput menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Kapten Hussein. Semuanya gara-gara penamatan tempoh berkhimat MKP bersama Saudara Azwan Bro tamat sejak 6 bulan lepas. Redha ajelah jika tak dijemput.
#PengkadiranPolitik Anak Muda
Tuesday, February 17
Jom Kenali Politik Sabah, Mengapa UMNO Perlu ada Di Sabah @MpKotaBelud
YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan selalu membuat kenyataan menghasut rakyat Sabah untuk tolak parti UMNO. Katanya UMNO adalah parti luar yang mahu "menjajah" Sabah. Oleh kerana itulah menurut Dr Jeffrey UMNO tidak perlu berada di Sabah.
Saya ingin berkongsi 10 pendapat saya mengenai isu ini bagi menjawab hujah Dr Jeffrey.
1) Setiap parti politik berhak menawarkan diri di mana-mana jua asalkan kehadiran mereka mengikut undang-undang. Tidak ada undang-undang yang menyekat mana-mana parti politik untuk datang dan berkhidmat di negeri Sabah.
2) Sejak kehadiran UMNO di negeri Sabah, tidak dapat dinafikan bumiputera Islam di negeri Sabah nampaknya lebih bersatu. Kita bersyukur kerana kesatuan ini telah menjadi pendorong kepada kestabilan politik negeri Sabah. Dengan kestabilan politik ini, semua pihak boleh menumpukan fokus, masa dan tenaga kepada pembangunan negeri Sabah dan tidak perlu berpolitik 24 jam.
3) Sejak kehadiran UMNO di negeri Sabah, ekonomi Sabah ternyata lebih rancak pembangunannya. Keserasian kerajaan negeri dan kerajaan pusat telah menjadi pemangkin kepada pembangunan ini. Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.
4) Sejak kehadiran UMNO di negeri Sabah, buat pertama kalinya dalam sejarah negeri Sabah, orang Sabah mempunyai peranan dan pengaruh dalam menentukan siapa yang menjadi Presiden UMNO yang juga bakal menjadi Perdana Menteri. Selama ini orang Sabah hanya mengikut dan akur pada calon yang menjadi pilihan orang Melayu di semenanjung. Dengan kekuatan keahlian kedua terbesar dalam negara (selepas Johor), mana-mana individu yang berminat menjadi presiden UMNO (Perdana Menteri Malaysia) tidak akan melupakan Sabah kerana Sabah mempunyai 25 bahagian yang perlu didekati dan diselami kehendak mereka.
5) Dr Jeffrey harus ingat bahawa kedatangan UMNO ke negeri Sabah sebelum ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh parti beliau iaitu parti PBS yang telah membuat keputusan drastik untuk keluar dari BN setelah hari penamaan calon berlangsung. Malah ramai yang mengatakan Dr Jeffrey sendiri yang terlibat dalam keputusan PBS untuk keluar dari BN. Kenapa Dr Jeffrey tidak salahkan diri sendiri?
6) Dr Jeffrey gemar memberi alasan bahawa parti UMNO perlu ditolak kerana katanya parti UMNO adalah parti luar dan parti luar tidak perlu ada di Sabah. Persoalannya, kenapa Dr Jeffrey memilih parti STAR yang berasal dari Sarawak untuk menjadi parti tempat dia bernaung? Bukan kah parti STAR juga adalah parti luar?
7) Orang Sabah terutamanya bumiputera Islam tidak pernah dipaksa untuk menyokong parti UMNO. Tidak ada orang yang meletakkan pistol dikepala mereka untuk menjadi ahli UMNO. Hakikatnya mereka menjadi ahli UMNO atas kerelaan mereka sendiri kerana mereka merasakan parti UMNOlah yang boleh dijadikan landasan perjuangan mereka. Sekarang jumlah ahli UMNO Sabah hampir mencecah setengah juta orang.
8) Untuk makluman Dr Jeffrey, ramai orang Sabah di kalangan bumiputera bukan Islam yang menjadi ahli UMNO. Hampir 20% dari ahli UMNO Sabah adalah bumiputera bukan Islam. Malah mereka ini berupaya menjadi pemimpin dalam parti UMNO walaupun mereka bukan Islam. Ada yang menjadi Ketua UMNO Bahagian dan ada yang menjadi ADUN dan MP mewakili UMNO.
9) Semua pemimpin UMNO negeri Sabah adalah anak tempatan. Tidak ada Ketua UMNO Bahagian, ADUN atau MP UMNO Sabah yang datang dari semenanjung. Mereka ini sentiasa perihatin terhadap kepentingan negeri dan rakyat Sabah.
10) Dr Jeffrey tak perlu risau, kalau UMNO tidak lagi relevan dan tidak lagi dirasai oleh rakyat, UMNO bakal ditolak oleh rakyat Sabah. Tak perlu Dr Jeffrey menjadi batu api. Persoalannya kenapa parti UMNO di Sabah semakin kuat dan semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah. Jawapannya mudah. Rakyat dapat melihat keikhlasan parti ini. Rakyat merasai perjuangan UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO turun padang setiap hari dan sepanjang masa. Ratusan program yang melibatkan ribuan orang diadakan setiap bulan. Mereka berjumpa rakyat, bertanya khabar, membantu dan berkhidmat tak kira panas dan hujan. Mereka berada di mana-mana. Mereka hadir di majlis kahwin, tempat orang meninggal, kenduri arwah, program gotong royong, majlis keagamaan, di mesyuarat pembangunan daerah, di masjid, di gereja, di bendang dan di ladang serta dibandar.
Jadi dipendekkan kata, kehadiran UMNO di Sabah adalah kerana rakyat Sabah yang mahukan parti itu ada di Sabah. Mereka menerima UMNO dengan rela hati dan bukannya dipaksa atau terpaksa.
Lagi pun siapa Dr Jeffrey yang ingin menentukan kehendak orang Sabah dalam memilih parti mereka? Bukankah dengan cara itu Dr Jeffreylah yang sebenarnya yang ingin menjajah? Sekarang-kurangnya ingin menjajah mentaliti dan minda rakyat Sabah supaya tidak dapat berfikir dan membuat keputusan mereka sendiri?
Nota tambah: 11) Oh ya. Saya terlupa. Dr Jeffrey sendiri pernah memohon jadi ahli UMNO Sabah melalui bahagian Keningau. Saya sendiri pernah nampak permohonan itu semasa saya menjadi Setiausaha pemuda UMNO Malaysia.
Monday, February 16
BILA MALIK ITIK BERCAKAP, SUMBANG DAN MENIPU AJE....... @reezalmerican
Dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa Umno memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu, adalah sangat tidak berasas.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang,
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal pada Sabtu mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik,
Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang.
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal semalam mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
Pada 10 Februari lalu, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik.
Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008.
Saturday, February 14
JANGAN CETUSKAN PERGADUHAN DI KELANG CC @PDRMsia @KBAB51
Jawapan daripada PDRM,IPD Klang Selatan 14/2/15
Satu kejadian kes bunuh pada 10/2/15 di Telok Panglima Garang, Kuala Langat
Klasifikasi: Sek 302 KK
Pada 10.02.15 jam lebih kurang 3.00 pagi , akibat dari pergaduhan , 1 lelaki India tempatan dan 1 lelaki Sri Lanka telah kena tetak di hadapan kedai No 23, Jalan Pandan 2 Telok Panglima Garang.
Mangsa satu lelaki India nama panggilan" ASLI GUNA " telah disahkan meninggal dunia manakala satu lelaki warga Sri Lanka berada di Hospital Banting menerima rawatan.
Mangsa:Simati.
Gunasekaran A/l Mari
Alt: Batu 5 Jalan Kampung Jawa, 41000 Klang.
mangsa (si mati) dipercayai penolong ketua kongsi gelap di Kg Jawa Klang.
Sejak kejadian telah menimbulkan banyak penyebaran maklumat dalam laman sosial mengatakan bahawa akan timbul pergaduhan besar membabitkan dua kumpulan 24 dan 36 disebabkan dendam akibat pembunuhan ahli kumpulan 24 serta mengatakan keadaan adalah tidak selamat di Klang.
Pihak Polis IPD Klang Selatan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu tersebut .
Keadaan semasa di Kampong Jawa Klang adalah aman dan tenteram.Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Masyarakat atau penduduk bebas bergerak menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.
Langkah-langkah pencegahan diperingkat awal telah diambil selepas kejadian itu.
Semua elemen IPD Klang Selatan telah digerakkan utk memastikan kestabilan dan keamanan di Daerah ini dapat dikekalkan.
Disertakan gambar2 suasana aman damai dan masyarakat hidup seperti biasa di kawasan Kg Jawa dan Klang keseluruhannya.
Nota :
Pohon kerjasama pihak media sebar dan hebahkan maklumat ini untuk menafikan tentang penyebaran berita palsu tersebut.
AMARAN keras tindakan undang undang keatas penyebar maklimat palsu yang boleh memudaratkan keamanan.
ACP KAMARUL ZAMAN MAMAT
KPD KLANG SELATAN 14/2/15 1700hrs.
Kereta Ahli Parlimen PAS Dr Mohd Hatta Cuba Dibakar
Kereta milik Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mengalami kerosakan kecil apabila cuba dibakar dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Desa Haras, di sini, awal pagi tadi.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ketika ditemui berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan kawasan perumahannya.
Hampir seminggu selepas berlangsungnya demonstrasi aman mendesak Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli meletakkan jawatannya, pagi tadi, kereta pemimpin itu pula cuba dibakar oleh individu tidak dikenali.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi tadi di kediaman Ahli Parlimen Kuala Krai itu di Hulu Kelang, dikatakan sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.
Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.
Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.
Dr Hatta bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.
"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," kata sahabat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly bagaimanapun menafikan ianya angkara segelintir ahli parti yang mempunyai kaitan dengan kejadian demonstrasi di ibu pejabat PAS minggu lalu.
"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.
Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan ibu pejabat parti itu.
Mereka mendesak peletakan jawatan Dr Hatta kerana mendakwa pemimpin itu mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Thursday, February 12
Tak suka Malaysia, pergi negara lain - @RRAFIZAL
Perghhhh kenyataan berapi keluar dari mulut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang...? Adakah ini wajar dan perlu dilakukan apabila bakal berhadapan dengan PRK Permatang Pauh. Diatas kapasiti Ketua tindakan sebegini boleh dipertikaian oleh pihak pembagkang kelak.
MKP mengambil pendekatan SETUJU WALAUPUN TIDAK BERSETUJU dengan kenyataan yang telah dikeluarkan.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Timbalan Angkatan Muda Keadilan, Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak dapat menerima keputusan yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau sebagai wakil rakyat sepatutnya tidak menghasut rakyat supaya turun ke jalan raya kerana kononnya mahkamah tidak boleh dipercayai lagi, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.
"Amat memalukan dan mengecewakan, Afif yang juga merupakan seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh rakyat Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bodoh.
"Beliau sepatutnya menilai kembali perjalanan kes Anwar di mana mahkamah telah memberi peluang yang seluas-luasnya kepada Anwar sehinggakan mengambil masa bertahun-tahun dan ditangguh berpuluh-puluh kali," ujarnya.
Menurut Rafizal, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang memandang berat terhadap kenyataan Afif yang boleh menimbulkan huru hara dan mendatangkan bahaya kepada keharmonian negara.
"Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin memohon kepada pihak Polis Di Raja Malaysia supaya menyiasat kenyataan ini di bawah mana mana akta yang berkaitan. Tindakan segera perlu di ambil supaya perkara yang tidak diingini boleh dielakkan," katanya.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menggesa Afif serta seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keputusan mahkamah dan menghormati undang-undang negara.
"Jadilah rakyat Malaysia yang yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara:Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.
"Sekiranya tidak, elok lah keluar saja daripada negara ini dan carilah undang-undang negara yang bersesuaian dengan selera masing-masing," katanya.
KEKADANG MENEGUR TAK BERERTI BENCI AKAN TETAPI BERFIKIR SEJENAK DEMI UNDI SIMPATI YANG BAKAL DIMAINKAN BILA PRK PERMATANG PAUH...
Wednesday, February 11
Berita Baik: Tarif Elektrik Turun 2.25 Sen/kwj Mulai Mac @KhairyKJ @MpKotaBelud @AzwanBro
Mesyuarat Kabinet baru sahaja melabuhkan tirainya. Selepas bermesyuarat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri telah tadi memutuskan untuk menurunkan kadar tarif elektrik pada ICPT 2.25 sen/kwj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Mac depan hingga 30 Jun 2015.
Gesaan Pemuda UMNO supaya kerajaan menurunkan tarif elektrik mendapat perhatian jemaah Menteri. Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus Ongkili, pengguna domestik bakal nikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan ICPT ini.
Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung telah dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89 peratus) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.
Penurunan ini selaras dengan makluman dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini, bahawa satu kajian berkaitan tarif elektrik telah pun siap dan sudah diserahkan kepada kabinet untuk dibuat keputusan.
Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahathir Khalid memberitahu kajian berkenaan melibatkan jumlah sebenar penjimatan kos terkini yang boleh dilepaskan (cost pass-through) dalam masa terdekat kepada pengguna elektrik TNB.
"Kertas kajian itu akan diserahkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan. Segala-galanya bergantung kepada jemaah Menteri,"" ujar beliau.
Beliau berkata, penurunan harga minyak pada ketika ini tidak banyak memberi kesan kepada kos penjanaan elektrik kerana 55 peratus daripada loji janakuasa di Semenanjung menggunakan gas dan gas asli cecair (LNG).
Menurut Mahdzir, selain menggunakan gas dan LNG, loji-loji janakuasa di negara ini menggunakan arang batu, kuasa hidro dan tenaga diperbaharui seperti biomass, solar dan lain-lain.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.
Khairy berkata demikian dalam status terkini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.
"Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun," katanya.
Dalam status yang sama, Khairy berkata dalam keadaan harga minyak menurun, pengguna harus memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.
"Saya rasa mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Use your power as consumers (Gunakan kuasa anda sebagai pengguna). Engage with consumer groups and activists (Jalin kerjasama dengan kumpulan dan aktivis pengguna). Name and shame traders that charge exorbitant prices on social media (Siarkan nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga tinggi di media sosial)," katanya.
Khairy berkata beliau telah mengarahkan Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO untuk menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan berkaitan kepenggunaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa mereka sebagai pengguna.
Katanya Pemuda UMNO juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual barang pada harga yang adil dan berpatutan.
"Kedai-kedai ini akan diiktiraf sebagai fair price shops di bawah KPDNKK dan akan dipromosikan," katanya
UMNO JANGAN SYOK SENDIRI BILA PRK PERMATANG PAUH....?
Bila dah dangkal dan tersepit memaksa Pakatan Rakyat melacurkan apa sahaja untuk survival Ketua UMUMnya. Salahkan sesiapa sahaja termasuk badan Kehakiman yang kononnya dibelakangi oleh Perdana Menteri. Walaupun tersalah fakta namun ianya demi menyejukkan hati penyokong tok-tok Anwar Ibrahim.
Banyak Video memaparkan betapa emosinya penyokong Pakatan Rakyat bila kekecewaan memuncak sebaik sahaja keputusan diumumkan. Bagi MKP ini bukan penamat polimik kekusutan politik Malaysia. Warna-warni pastinya tercetus bila Pilihanraya Permatang Pauh dibunyikan semboyannya.
UMNO dah bersedia dengan pilihanraya kecil ini. Namun apa yang diucapkan oleh pemimpin UMNO agak syok sendiri. MKP yang melihat dari jauh setakat ini tiada pembaharuan dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Hanya turun padang sekali sekala serta bermegah di media utama.
Yang pasti Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menunjukkan sikap membela rakyat permatang pauh sejak mengambil tampok kuasa dari Datuk Jalil pada pemilihan yang lalu.
Pihak pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal membuktikan bahawa ada konspirasi politik untuk memenjarakan Ketua Pembangkang itu. Demikian rumusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan kes liwat beliau hari ini.
Jika dakwaan konspirasi politik itu tidak dapat disokong oleh bukti yang munasabah maka perbicaraan kes harus menyusur jalur bahawa ia adalah satu kes jenayah – benar atau tidak Anwar meliwat bekas pembantunya itu tujuh tahun lalu.
Hujah bahawa ada konspirasi untuk meragut kebebasan politiknya tidak dapat dibuktikan dengan sokongan bukti kerana Anwar telah memilih untuk mempertahankan hujah itu dari kandang tertuduh dan bukan dari kandang saksi.
Akhirnya, Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain mengenepikan dakwaan konspirasi politik dalam kesnya kerana dakwaannya itu tidak boleh disoal balas oleh pendakwa sekaligus menafikan pula mahkamah peluang untuk mempertimbangkan merit hujah Anwar itu.
Lantas dalam menghakim dakwaan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Anwar, maka perkara yang paling asas yang perlu diberi tumpuan oleh mahkamah ialah persoalan sama ada jenayah itu berlaku atau tidak.
Sudah pasti bagi merungkai persoalan ini, ia mesti bermula dengan pemeriksaan terhadap kewibawaan dan integriti pengadu iaitu Saiful sendiri. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Saiful adalah seorang saksi yang berwibawa.
Rumusan lain panel yang dipengerusikan oleh oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Shariff; dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, dan Datuk Ramly Ali, ialah:
1. Bahan-bahan bukti dalam senarai B yang dikemukakan oleh Saiful adalah tidak tercemar. Ini termasuklah rakaman kamera litar tertutup atau CCTV, sampel DNA Anwar, keterangan pakar, dan pelincir KY yang digunakan.
2. Sampel DNA Anwar diperolehi secara sah dan adil.
3. Rantaian proses penyimpanan sampel DNA Anwar tidak terputus dan integriti sampel berkenaan tidak tercemar.
4. Dakwaan pihak pembelaan bahawa sampel DNA Anwar sengaja “ditanam” ke atas tubuh Saiful, gagal dibuktikan.
5.Kesaksian pakar perubatan dan DNA pihak pendakwa adalah berwibawa.
6.Anwar mengemukakan senarai 13 saksi alibi tetapi tidak seorangpun dipanggil untuk menyokong kes pembelaannya.
7.Kenyataan bela diri Anwar yang tidak bersumpah kerana dilakukan dari kandang tertuduh dan bukan kandang saksi menyebabkan keterangannya tidak boleh diterima kerana tidak boleh disoal balas atau dicabar.
8.Anwar tidak pernah menafikan bahawa beliau memang berada di kondominium berkenaan pada tarikh dan waktu kejadian. Beliau dilihat memasuki kawasan letak kereta dan menggunakan lif bangunan berkenaan.
9. Mahkamah Tinggi silap membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat pada 2012 kerana meletakkan aras ujian kewajaran pembuktian seratus peratus adalah terlalu tinggi.
10. Kesaksian pakar perubatan yang dikemukakan ditolak kerana tidak disokong dengan bukti ujian praktikal.
11. Mahkamah merumuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan kerana pihak pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan bahawa sampel air mani Anwar ditemui dalam dubur Saiful.
Yang nyata ikhtiar Anwar untuk menyelubungi perbicaraan berkenaan dengan warna dan konspirasi politik nampaknya memakan diri. Malah di saat-saat akhir sebelum keputusan dikeluarkan, Anwar cuba menggunakan gertakan politik dengan membuat kesimpulan bahawa jika beliau didapati bersalah, ia bermakna badan kehakiman Malaysia korup.
Sekaligus pendekatan seumpama itu sedikit sebanyak mengendurkan peluang beliau dalam kes berkenaan. Menggunakan pendekatan politik untuk membenarkan kedudukannya dalam kes ini sekaligus melarutkan keberkesanan hujah pembelaan yang diusahakan oleh 14 peguam.
Seharusnya penghujahan pembelaan mesti berteraskan perkara teknikal, bahan bukti dan kesaksian yang tinggi kewibaaan dan integritinya. Namun Anwar memasungkan segala usaha pembelaan dengan menyimpulkan bahawa perbicaraan itu adalah konspirasi politik.
Agak malang perbicaraan selama 6 tahun lima bulan sepuluh hari yang membabitkan 27 saksi pendakwaan, 8 saksi pembelaan dalam 86 kali sesi perbicaraan, dipudarkan oleh teori Anwar bahawa beliau diseret oleh Saiful ke mahkamah kerana motif politik.
Walhal beliau sendiri menerima Saiful berkhidmat dalam pejabatnya atas dasar sukarela dan mahu membantu menggapai impian dan perjuangan politiknya.

Tapi MKP tabik spring pada Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Cikgu Zaidi yang turun padang pada hari pertama menang Kerusi panas nie.Cikgu Zaidi bermula dari zaman Pemuda agak agresif dan membantu. Sudah pasti ilmu bermula dari bawah membuatkan cara pendekatan membela rakyat oleh beliau amat berbeza.Jangan pulak bila dah dapat segala dicita menjadi pemimpin sebelum ini....
Banyak jugalah kisah silam yang kurang enak didengar mengenai Cikgu Zaidi ini namun itu biarlah dijadikan kisah silam yang tak perlu diperkatakan lagi. Setiap insan diDunia ini pastinya melakukan kesilapan namun kesilapan itu pastinya merubah menjadi yang terbaik.
Pihak pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal membuktikan bahawa ada konspirasi politik untuk memenjarakan Ketua Pembangkang itu. Demikian rumusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan kes liwat beliau hari ini.
Jika dakwaan konspirasi politik itu tidak dapat disokong oleh bukti yang munasabah maka perbicaraan kes harus menyusur jalur bahawa ia adalah satu kes jenayah – benar atau tidak Anwar meliwat bekas pembantunya itu tujuh tahun lalu.
Hujah bahawa ada konspirasi untuk meragut kebebasan politiknya tidak dapat dibuktikan dengan sokongan bukti kerana Anwar telah memilih untuk mempertahankan hujah itu dari kandang tertuduh dan bukan dari kandang saksi.
Akhirnya, Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain mengenepikan dakwaan konspirasi politik dalam kesnya kerana dakwaannya itu tidak boleh disoal balas oleh pendakwa sekaligus menafikan pula mahkamah peluang untuk mempertimbangkan merit hujah Anwar itu.
Lantas dalam menghakim dakwaan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Anwar, maka perkara yang paling asas yang perlu diberi tumpuan oleh mahkamah ialah persoalan sama ada jenayah itu berlaku atau tidak.
Sudah pasti bagi merungkai persoalan ini, ia mesti bermula dengan pemeriksaan terhadap kewibawaan dan integriti pengadu iaitu Saiful sendiri. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Saiful adalah seorang saksi yang berwibawa.
Rumusan lain panel yang dipengerusikan oleh oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Shariff; dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, dan Datuk Ramly Ali, ialah:
1. Bahan-bahan bukti dalam senarai B yang dikemukakan oleh Saiful adalah tidak tercemar. Ini termasuklah rakaman kamera litar tertutup atau CCTV, sampel DNA Anwar, keterangan pakar, dan pelincir KY yang digunakan.
2. Sampel DNA Anwar diperolehi secara sah dan adil.
3. Rantaian proses penyimpanan sampel DNA Anwar tidak terputus dan integriti sampel berkenaan tidak tercemar.
4. Dakwaan pihak pembelaan bahawa sampel DNA Anwar sengaja “ditanam” ke atas tubuh Saiful, gagal dibuktikan.
5.Kesaksian pakar perubatan dan DNA pihak pendakwa adalah berwibawa.
6.Anwar mengemukakan senarai 13 saksi alibi tetapi tidak seorangpun dipanggil untuk menyokong kes pembelaannya.
7.Kenyataan bela diri Anwar yang tidak bersumpah kerana dilakukan dari kandang tertuduh dan bukan kandang saksi menyebabkan keterangannya tidak boleh diterima kerana tidak boleh disoal balas atau dicabar.
8.Anwar tidak pernah menafikan bahawa beliau memang berada di kondominium berkenaan pada tarikh dan waktu kejadian. Beliau dilihat memasuki kawasan letak kereta dan menggunakan lif bangunan berkenaan.
9. Mahkamah Tinggi silap membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat pada 2012 kerana meletakkan aras ujian kewajaran pembuktian seratus peratus adalah terlalu tinggi.
10. Kesaksian pakar perubatan yang dikemukakan ditolak kerana tidak disokong dengan bukti ujian praktikal.
11. Mahkamah merumuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan kerana pihak pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan bahawa sampel air mani Anwar ditemui dalam dubur Saiful.
Yang nyata ikhtiar Anwar untuk menyelubungi perbicaraan berkenaan dengan warna dan konspirasi politik nampaknya memakan diri. Malah di saat-saat akhir sebelum keputusan dikeluarkan, Anwar cuba menggunakan gertakan politik dengan membuat kesimpulan bahawa jika beliau didapati bersalah, ia bermakna badan kehakiman Malaysia korup.
Sekaligus pendekatan seumpama itu sedikit sebanyak mengendurkan peluang beliau dalam kes berkenaan. Menggunakan pendekatan politik untuk membenarkan kedudukannya dalam kes ini sekaligus melarutkan keberkesanan hujah pembelaan yang diusahakan oleh 14 peguam.
Seharusnya penghujahan pembelaan mesti berteraskan perkara teknikal, bahan bukti dan kesaksian yang tinggi kewibaaan dan integritinya. Namun Anwar memasungkan segala usaha pembelaan dengan menyimpulkan bahawa perbicaraan itu adalah konspirasi politik.
Agak malang perbicaraan selama 6 tahun lima bulan sepuluh hari yang membabitkan 27 saksi pendakwaan, 8 saksi pembelaan dalam 86 kali sesi perbicaraan, dipudarkan oleh teori Anwar bahawa beliau diseret oleh Saiful ke mahkamah kerana motif politik.
Walhal beliau sendiri menerima Saiful berkhidmat dalam pejabatnya atas dasar sukarela dan mahu membantu menggapai impian dan perjuangan politiknya.
@RafiziRamli DiTangkap @PDRMsia Tahniah @KBAB51
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjadi indvidu ketiga diarahkan agar disiasat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menggunakan media sosial untuk menghasut dan menghina mahkamah pada hari ini.
Arahan itu dibuat beliau melalui akaun twitternya.Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pula diminta disiasat oleh Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) apabila memuat naik imej di akaun twitternya yang memberikan gambaran 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah dibayar pihak tertentu.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berusia 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Sebelum ini pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.
Saturday, February 7
JANGAN MULAKAN CETUSAN PERKAUMAN.......AGAMA...?
MKP jemaah Masjld Telaga Air di Butterworth atas kejayaan mereka memberkas seorang lelaki yang telah melempar satu bungkusan yang dipercayai mengandungi daging babi ke dalam kawasan masjid tersebut awal Jumaat.
MKP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak bertamadun itu dan mahu polis bertindak tegas terhadap orang yang tidak bertanggungjawab itu.
Orang yang melakukan perbuatan itu yang dipercayai mengalami masalah mental telah menunjukkan sikap tidak menghormati agama serta mengancam keharmonian agama dalam masyarakat.
Kejadian pada hari jumaat sebagai Penghulu Hari bagi umat Islam adalah yang ketiga berlaku tahun ini di mana rumah-rumah ibadat telah dinodai dan diserang; dua kejadian awal telah berlaku di Wat Buddha Siam di Tanah Liat, bukit Mertajam dan di Kuil Hindu Kaliamman di Pokok Machang, Tasek Gelugor.
Kedua-dua serangan itu berpunca daripada lelaki yang turut dipercayai mengalami masalah mental, di mana dia telahpun ditangkap oleh polis,
“Tindakan tegas dan pantas perlu diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan yang tidak diingini itu kerana ia telah mengancam keharmonian agama dan rumah-rumah ibadat.
Bagaimanapun saya yakin warga Pulau Pinang cukup matang untuk memastikan keharmonian kaum dan agama terus kekal manakala keamanan dipertahankan apabila rakyat tidak mudah terpengaruh dan terjejas dengan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini serta merosakkan itu.
MKP berharap pihak penguatkuasa bekerjasama secara aktif dengan semua pihak yang terbabit untuk memastikan serangan-serangan itu tidak akan menjejaskan perpaduan dan kestabilan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Pulau Pinang.
SIAPA YANG UNTUNG BILA #apologetik
Penyakit yang sukar diubati dalam PAS adalah bila bergaduh sesama Pakatan Rakyat. mesti hendak kaitkan UMNO BN mesti memfitnah orang lain.
Inilah contoh pembawa kemusnahan sesama sedara sendiri. Yang dilawan terang-terang Haji Hadi akui DAP bakal cetus 13 Mei dan timbullah pelbagai masalah dalam PAS yang hakikatnya hendak tendang Haji Hadi keluar.
Perihal perbalahan di antara PAS dengan rakan sekutunya, DAP dalam Pakatan Rakyat bukanlah satu rahsia lagi. Ia mencemaskan ramai penyokong pembangkang yang bimbang pakatan itu akan gagal dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Namun yang agak ganjil sebenarnya, dalam perbalahan itu DAP hanya “bersengketa” dengan sebahagian sahaja pemimpin PAS dari golongan ulama yang bingkas bangkit mempertahankan maruah dan wibawa parti itu.
Sebaliknya, pemimpin-pemimpin PAS yang berlatar belakang pendidikan sekular lebih senang mendiamkan diri. Malah, ada yang bertindak untuk “membantu” pula DAP meremehkan lagi wibawa PAS sebagai sebuah parti politik.
Sindiran dan kritikan yang kurang sopan pemimpin-pemimpin DAP seolah-olah tidak sedikitpun mencuit rasa tercabar pemimpin-pemimpin bukan ulama PAS ini.
Yang dibimbangi ialah, sikap membisu golongan progresif ini mungkin dalam diam-diam menggalakkan DAP untuk terus mempertikaikan kewibawaan dan halatuju PAS di bawah pimpinan ulama.
Bermula daripada serangan-serangan terbuka yang dihamburkan terhadap integriti presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, DAP nampaknya semakin celupar mempersoalkan kemampuan PAS mentadbir Kelantan.
Hakikat ini memang dipantau rapi oleh ulama PAS sehingga mendorong Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mengingatkan bahawa cara DAP itu adalah jelas “di luar akhlak tahaluf siyasi”.
“Menjadi kewajipan bagi ahli-ahli PAS memastikan mereka tidak terbabas dalam melayari kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR sehingga perjuangan Islam menjadi kabur dan begitu juga dasar berekonomi kapitalis berasaskan riba diterima.
“Selain itu, dasar percukaian yang bercanggah dengan Islam juga diterima; perjuangan menegakkan hukum jenayah Islam dianggap remeh; ketaatan kepada ketua selagi tidak bercanggah dengan Islam menjadi kabur serta ‘walak’ kesetiaan beralih dari parti Islam kepada (Pakatan Rakyat) pembangkang,” katanya.
Dalam kenyataan medianya itu, Dr Khairuddin juga menyeru ahli PAS supaya istiqamah dengan pegangan bahawa kelonggaran menyokong parti-parti bukan Islam diizinkan selagi tidak menjadi alat menobatkan dasar-dasar yang ternyata bertentangan dengan Islam.
Ini mendorong ulama muda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menyimpulkan ada kemungkinan DAP 'menyerang' PAS dengan matlamat menolak parti itu keluar Pakatan Rakyat dan diganti dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, layanan DAP terhadap PAS jauh berbeza dengan sikap parti itu terhadap PasMa sejak akhir-akhir ini.
"Itu salah satu spekulasi yang wujud (bahawa DAP mahu PasMa ganti PAS dalam Pakatan Rakyat)...sebab PAS diserang, namun PasMa diajak, dijemput bersama dalam majlis (bersama DAP).
"Tetapi apabila DAP berkawan dengan orang yang ditolak PAS dan menyerang PAS tanpa belas kasihan, maka saya lihat ada satu rancangan tertentu seperti mahu menyingkirkan PAS dari PR," katanya.
Bulan lalu, rombongan PasMa mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Pertemuan peringkat tertinggi itu dilihat sebagai cubaan DAP untuk berjinak dengan kumpulan penyokong PAS yang menolak kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden parti.
Berikutan itu, baru-baru ini Hadi 'mempersilakan' ahli-ahli PasMa meninggalkan PAS jika merasakan tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti itu.
PAS juga pada 12 Oktober lalu mengeluarkan larangan pada ahli-ahlinya supaya tidak menyertai sebarang aktiviti anjuran PasMa demi mengelak berlaku kewujudan “jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti”.
Sementara itu, DAP mengambil posisi bahawa teguran, sindiran dan kecaman terhadap PAS kononnya adalah bersandarkan soal prinsip kerjasama sebagai satu barisan pembangkang yang beretika dan berpandukan asas setiakawan.
Isu PAS mahu terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan berulang-ulang diungkit oleh DAP sebagai manifestasi betapa PAS tidak menghormati janji dan kurang mengambil berat soal setiakawan.
Mungkinkah cercaan DAP terhadap Hadi dan juga corak pemikiran kepimpinan PAS yang agak konservatif dianggap oleh progresif PAS sebagai sesuatu yang berasas sehingga mereka sedikitpun “tidak berbunyi untuk menyanggahnya”?
Adakah kerana didorong rasa malu kerana “kekolotan” Hadi dan pasukan ulamanya maka pemimpin-pemimpin PAS yang berasa diri mereka progesif bersikap agak apologetik terhadap DAP?
Malah sebaliknya, pemimpin-pemimpin progresif ini dilihat bergerak lebih pantas seiring dengan caragaya DAP untuk kononnya mengukuhkan lagi kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Majlis pelancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Dewan Perniagaan Cina Kota Baru hujung minggu lalu adalah satu contoh nyata.
Kehadiran Penasihat DAP. Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke memberi isyarat betapa penting dan tingginya keutamaan yang diberikan oleh DAP terhadap “peluang campurtangan” dalam urusan menangani kesan banjir di bumi Kelantan.
Majlis itu seolah-olah menggambarkan pihak progesif PAS ingin membuka pintu seluas-luasnya kepada DAP untuk turut mengadun formula terbaik membangun Kelantan hingga memenuhi impian anak watan negeri itu.
Langkah puak progresif PAS dan DAP ini seolah-olah digerakkan untuk membuktikan betapa benar dan tepat anggapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa dalam musim banjir lalu, kerajaan PAS Kelantan seolah-olah tidak berfungsi.
Persoalannya benarkah golongan progresif PAS bersikap apologetik kerana “malu” pimpinan ulama PAS dilihat sudah tersasar daripada jalan kemenangan yang telah dirangka bersama dengan DAP dan PKR?
Atau, adakah kerana terlalu mengidamkan kemenangan, golongan ini melihat sikap “keberatan” ulama untuk terus menjalin tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP bakal menjadikan PAS tidak relevan di hari muka?
Atau, sebenarnya mereka bertambah curiga bahawa kepimpinan ulama kini juga turut menimbang semula kemungkinan memimpin PAS untuk bertahaluf siyasi pula dengan Umno?
Mungkin mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad, 8 Februari ini boleh memberi petunjuk lebih jelas sama ada perbalahan PAS dan DAP akan berbatas atau menjadi semakin pedas.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
February
(14)
- KESIAN.......... @rafiziramli LUDAH KELANGIT ?
- SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR! @LokmanAdam
- KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH MOHD ZAIDI MOHD SAID...
- RELEVAN ATAU TIDAK @AKHI_Comms HASIL PENGKADIRAN P...
- Jom Kenali Politik Sabah, Mengapa UMNO Perlu ada D...
- BILA MALIK ITIK BERCAKAP, SUMBANG DAN MENIPU AJE.....
- JANGAN CETUSKAN PERGADUHAN DI KELANG CC @PDRMsia @...
- Kereta Ahli Parlimen PAS Dr Mohd Hatta Cuba Dibakar
- Tak suka Malaysia, pergi negara lain - @RRAFIZAL
- Berita Baik: Tarif Elektrik Turun 2.25 Sen/kwj Mul...
- UMNO JANGAN SYOK SENDIRI BILA PRK PERMATANG PAUH....?
- @RafiziRamli DiTangkap @PDRMsia Tahniah @KBAB51
- JANGAN MULAKAN CETUSAN PERKAUMAN.......AGAMA...?
- SIAPA YANG UNTUNG BILA #apologetik
-
▼
February
(14)