exponegaraku

Saturday, February 14

Kereta Ahli Parlimen PAS Dr Mohd Hatta Cuba Dibakar


Kereta milik Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mengalami kerosakan kecil apabila cuba dibakar dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Desa Haras, di sini, awal pagi tadi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ketika ditemui berkata, kejadian itu disedari pengawal keselamatan kawasan perumahannya.

 Hampir seminggu selepas berlangsungnya demonstrasi aman mendesak Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli meletakkan jawatannya, pagi tadi, kereta pemimpin itu pula cuba dibakar oleh individu tidak dikenali.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi tadi di kediaman Ahli Parlimen Kuala Krai itu di Hulu Kelang, dikatakan  sebuah kereta lalu dan individu tidak dikenali cuba membakar kereta itu, namun ia disedari pengawal bertugas yang membunyikan hon motosikalnya.

Anak Dr Hatta yang bernama Khalil dikatakan berjaya memadamkan api itu.

Pihak bomba dan polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Dr Hatta bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

"Dr Hatta memaklumkan kepada kami kejadian ini pagi tadi," kata sahabat Dr Hatta, Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Dzulkefly bagaimanapun menafikan ianya angkara segelintir ahli parti yang mempunyai kaitan dengan kejadian demonstrasi di ibu pejabat PAS minggu lalu.

"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku," kata Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat itu.

Ahad lepas, sekumpulan ahli PAS yang dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik mengadakan demonstrasi di perkarangan ibu pejabat parti itu.

Mereka mendesak peletakan jawatan Dr Hatta kerana mendakwa pemimpin itu mendalangi satu konspirasi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

2 comments:

Ted Manoff said...

Jangan sendiri bakar udah ler

Anonymous said...

TULAH YANG KALI JANGAN SOKONG ANWAR

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive