Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli dicabar bertanding di Parlimen Kemaman bagi membuktikan bahawa beliau memang ‘ayam sabung’ partinya.
Cabaran itu dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agung bagi kementerian di Dewan Rakyat, Selasa.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR bertanya berkenaan kenyataan Shabery untuk memberikan ruang debat di televisyen selepas selesai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
shabery n rafiziShabery yang menjawab soalan itu menyatakan seronok dapat bercakap dengan Rafizi yang berasal dari Parlimen Kemaman yang diwakili Shabery.
“Saya tahu Pandan orang Kemaman, ketua cabang PKR Kemaman, patut bertanding Parlimen Kemaman tetapi lari ke Pandan,” sindirnya menyebabkan Dewan gamat.
Tambah Shabery, “ Kalau di Kemaman, orang nak tengok ayam sabung. Ayam sabung kena duduk di kawasan bertanding, tabur bakti di kawasan sendiri,”.
1 comment:
http://mysone.net/index.php?showuser=3934
Post a Comment