Wednesday, August 12

Budaya Fitnah!!!! Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 PERLU DIUBAH.......


Sejak mutahir ini ramai sangat penfitnah muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tujuan menyebarkan fitnah hanyalah bersikap suka atau pun mempunyai kepentingan peribadi. Kerajaan Malaysia tidak bercadang menyekat laman sosial ini.

Budaya memfitnah dan berkongsi maklumat palsu kini mencapai peringkat yang menjejaskan kestabilan negara, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata memandangkan ada pihak yang kekurangan disiplin diri, kerajaan perlu bertindak serta mengkaji semula akta dan undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Pindaan (terhadap akta itu) nampaknya perlu dilakukan agar SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mempunyai mandat untuk menangani beberapa isu yang menjadi masalah.

“Ini kerana, pada akhirnya, keselamatan negara, rakyat dan kestabilan ekonomi menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata di sesetengah negara maju, kawalan dikenakan terhadap media dalam bentuk tertentu.

Menurutnya kerajaan bertanggungjawab menyediakan akses secara stabil kepada rakyat selagi sesuatu maklumat yang dikongsi itu adalah berdasarkan fakta dan dilakukan secara beretika.

Sejajar dengan itu, katanya kerajaan bercadang menubuhkan pusat sehenti bagi menyemak fakta melalui Internet kerana setiap rakyat Malaysia berhak mengetahui fakta dan mendapat penjelasan tentang setiap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertangungjawab.

“Kita memerlukan fakta dan kepantasan untuk menyanggah…anda tidak boleh menyalahkan kerajaan (jika berlaku kelewatan dalam memberi penjelasan) kerana apabila adanya tuduhan, ia dilakukan dengan serta-merta, sedangkan respons terhadapnya perlu dibuat berasaskan fakta,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Jika datang kepada kamu berita dari orng yg fasik, hendaklah disiasat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, jawapan ringkas atau penafian bagi berita yg x benar masih boleh dibuat sementara menunggu fakta yg sebenarnya. Contohnya jika A tuduh B merompak rumah c, B boleh menafikannya serta merta jika tidak melakukannya.

Anonymous said...

Fitnah dan penipuan terlalu viral hingga ianya dibenarkan tapi sebenarnya penipuan..

Anonymous said...

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata .........!!!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive