Friday, August 21

SAMBUTAN MERDEKA ALA KOMUNIS DI PULAU PINANG #BERSIH4.0 @dapmalaysia


Tindakan kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua sekolah di negeri itu memakai tema ‘Bersih’ jika mahu menyertai perarakan sambutan kemerdekaan kali ini betul-betul tidak sensitif dengan aspirasi nasional.

Demi mengelakkan perayaan itu dipolitikkan, semua sekolah di Pulau Pinang dilarang daripada menyertai sebarang sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh kerajaan DAP sehingga mendapat arahan selanjutnya.

Menurut Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussain, mengesahkan mengenai pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang mengenainya yang bertarikh pada 20 Ogos lalu.

Beliau berkata ia susulan tema rasmi Hari Kebangsaan yang ditetapkan kerajaan DAP iaitu ‘Bersih’ adalah amat bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu ‘Sehati Sejiwa’, malah jelas berbaur politik kepartian sempit.

“Sepatutnya tema perlu selaras, namun kenapa mereka guna tema berbeza? Ia akan menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap perarakan itu sekali gus dikaitkan dengan perhimpunan haram jalanan Bersih,” katanya.


“Tema ‘Bersih’ yang digunakan oleh kerajaan negeri adalah tema yang sensitif berbeza dengan tema digunakan di peringkat Persekutuan iaitu ‘Sehati Sejiwa’, jadi perlu dapat kebenaran daripada pihak Persekutuan,” katanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang bersama Kelantan dan Selangor pernah beberapa kali sebelum ini guna tema berbeza daripada ditetapkan Persekutuan kerana mendakwa kononnya tema oleh kerajaan Pusat berbaur politik pro-BN.

Slogan ‘Bersih’ digunakan penyokong parti pembangkang yang konon menuntut proses pilihan raya umum yang diadakan secara bersih, selain turut dikaitkan dengan perhimpunan tunjuk perasaan haram sejak 2007 lalu.

Lucunya, di sebalik pertikai proses demokrasi di negara ini, pakatan pembangkang juga berjaya menguasai Pulau Pinang, Selangor dan kekal di Kelantan melalui pilihan raya yang sama sekian lama.

4 comments:

Anonymous said...

Tolong BERSIH kan TONGKANG Pakatan yang dah pecah. Serpihan papan dan kayu hanyut telah sampai ke Pulau Reunion.

Sendiri punya parti pun banyak kotor ada hati mau BERSIH orang punya rumah.

Bangsat punya Cina DAP cap Bintang Tiga.

Anonymous said...

Pendengki,bersih tu lagi cun dr sehatisktjiwa
Mcm bunyi budak bercintaje

Anonymous said...

Macam la bersih sangat!!!!
Mual tekak!!!

Anonymous said...

Bersihkan dulu pemilihan CEC DAP yang sampai sekarang tidak diterima ROS.
Dasar Cina Komunis muka tak malu.

DS Najib kena berhati2 dengan Lim Guan Eng. Dia ni Mahathir versi Cina. Jangan luluskan apa-apa permohonan Lim Guan Eng terutamanya tebusguna tanah kerana ianya akan membolehkan mereka memperolehi fund yang cukup untuk membeli undi seperti yang berlaku pada PRK Permatang Pauh.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive