RAPID

Thursday, November 19

@CmLimGuanEng Menipu Isu Pemecatan Ahli PAS?


Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang menipu orang ramai apabila mendakwa seramai 300 ahli PAS yang memegang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu telah dipecat sepanjang bulan lalu.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP), Mohd. Yusni Mat Piah sebaliknya berkata, ahli PAS terbabit tidak dipecat tetapi mereka yang meletakkan jawatan masing-masing.

Menurutnya, peletakan jawatan itu kerana PAS tidak lagi bekerjasama dengan parti DAP yang kini membentuk Pakatan Harapan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Justeru, beliau menggesa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak berbohong kepada rakyat kononnya 300 JKKK dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS telah dipecat sepanjang Oktober lalu.

“Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah, pihak kerajaan negeri ‘segan silu’ menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS.

“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan?? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP?”

Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan ahli PAS terbabit tidak boleh mendakwa mereka yang meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri kerana mereka telah pun dipecat sebelum ini.

Kenyataan Guan Eng itu dipercayai bagi menjaga reputasi pimpinan kerajaan DAP dalam kalangan masyarakat terutama kaum Melayu di negeri itu.

Mohd. Yusni menjelaskan, BPPPP telah mengambil keputusan lebih awal untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di semua peringkat selepas Pulau Pinang kini dikuasai Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Justeru, tegasnya, kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin PAN langsung tidak memberi kesan dan tida relevan kepada PAS Pulau Pinang.

Beliau turut memberi peringatan kepada Pakatan Harapan bahawa PAS Pulau Pinang tidak akan lumpuh walaupun kerajaan negeri itu melakukan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS di Pulau Pinang.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive