Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak melihat kontrak Mekah Metro yang dimenangi oleh Prasarana sambil diperhatikan oleh Azmi Abdul Aziz (kanan) dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Putrajaya.
Kejayaan membanggakan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) ketika mengendalikan Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) pada musim haji tahun lepas telah menjadi contoh syarikat terbaik oleh Perdana Menteri Malaysia.Usaha untuk mendapatkan kontrak Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bukanlah mudah malahan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Segala dugaan bukanlah batu penghalang bagi Prasarana memenangi kontrak yang menjadi rebutan pelbagai pihak pengendali rail terkemuka didunia.
Hubungan baik diantara kedua-dua negara juga telah menjadi salah satu faktor Kerajaan Arab Saudi melantik Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengendalikan Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL).
No comments:
Post a Comment