Isu skandal Taman Manggis dan Bungalow membuatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tidur malam tidak lena. Apa tidaknya isu ini menular kepada akar umbi DAP seluruh Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah kubu kuat DAP. Dah tentu kuasa politik yang ada mahu dikekalkan selama yang mungkin.
Ini adalah kali pertama MKP melihat Ketua Menteri ini bertindak dengan cergas mahu menutup lubang yang digalinya sendiri. Skandal ini tidak mungkin lenyap dengan penjelasan yang diberikan ianya perlu hadir dengan bukti yang kukuh supaya ahli DAP akar umbi pecaya ianya adalah propaganda mahu menjatuhkannya.
MKP bertemu dengan rakan yang selama ini menyokong DAP dan rata-rata bercakap mengenai ini.Sesiapapun boleh memilih untuk menjual hartanya pada sebarang harga yang dikehendakinya. Itu adalah prerogatif atau hak istimewanya.
Ianya boleh terjadi jauh di bawah nilai pasaran atau jauh melebihi harga pasaran. Itu adalah hartanya dan keputusannya sendiri.itu hujah balas Ketua Menteri yang menyangka rakyat tidak bijak menilai. Nak menipu pun agak-agaklah....
Siapa yang tidak mahu keuntungan dengan keadaan ekonomi yang amat mencabar ketika ini. Jika mahu sesuatu sudah pasti ada pengorbanan yang harus dilakukan. Ternyata pembohongan Ketua Menteri ini terbongkar.
Pulau Pinang mempunyai 13 kawasan Parlimen dan Ketua Menteri sanggup turun padang menjelaskan isu ini. Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu ke pejabat Penang Development Corporation (PDC) untuk mengambil beberapa dokumen, lapor China Press.
Menurut Lee Kah Choon, Pengarah InvestPenang dan Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ia merupakan prosedur biasa dalam siasatan SPRM.
Difahamkan serbuan SPRM ke atas PDC dilakukan setelah pendedahan dibuat di media sosial mengenai penglibatan Magnificent Emblem Sdn Bhd, syarikat milik Ms Phang Li Koon dalam cadangan projek pembinaan perkampungan pekerja warga asing oleh PDC di Juru.
Ini adalah bukti hubungan langsung Ms Phang penjual banglo dan Lim Guan Eng sebagai pembeli banglo di bawah harga pasaran. Lim Guan Eng adalah Pengerusi PDC selain Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment