Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Sunday, June 19
TUN MAHADIR!!! APA LAGI YANG HANG MAU........?
Maaf dipinta pada penyokong Tun Mahadir yang kini nampaknya sudah kehilangan taring serta sokongan. Jika sebelum ini ada pendapat menyatakan sokongan pada Mantan Perdana Menteri makin bertambah namun setelah keputusan yang telah diumumkan semalam nampaknya memulangkan paku keras padanya.
Minggu pertama kempen PRK yang tenang dan secara kebetulan bermula pada awal Ramadan tiba-tiba bertukar menjadi haru-biru hanya kerana kemunculan dramatik negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara mengejut.
Sebelum kedatangan beliau, ramai penganalisis politik tanah air waima cakap-cakap politik kedai kopi tempatan meramalkan Barisan Nasional (BN) sebenarnya sudah pun menang, cuma hendak tahu berapakah undi majoritinya.
Bacaan jangkaan ketika itu amat memihak selesa kepada calon BN masing-masing Datin Mastura Mohd. Yazid di Kuala Kangsar dan Budiman Mohd. Zohdi di Sungai Besar sekali gus tiada masalah menumbangkan lawan mereka.
Malangnya ibarat sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, kehadiran Mahathir tanpa diduga selepas dipalit kontroversi 300,000 borang Deklarasi Rakyat anjurannya didapati palsu, menukar suasana kempen!
Bukan sehari malah dua hari beliau menghabiskan masa di kedua-dua tempat dan paling mendebarkan kemunculan kali kedua Mahathir dibuat betul-betul dua hari sebelum hari pengundian yang dianggap tempoh amat kritikal.
Di Kuala Kangsar, kempen kali kedua Mahathir diadakan di Pekan Manong yang majoritinya penduduk Melayu dan disusuli pula Pekan Jerlun yang majoritinya kaum Cina. Mujur jumlah kehadiran pada Khamis tidak begitu ramai.
Namun ia tetap membimbangkan BN berbanding sambutan untuk kemunculan kali pertama pada Ahad sebelumnya di Taman Suria yang majoriti hadirinnya kaum Cina dan Taman Chandan Putri pula majoritinya kaum Melayu.
Mendengar ceramah Mahathir, sesiapa yang tidak tahu apa-apa mengenai politik tentu akan membuat andaian ‘Habislah BN kali ini!’ selain kesimpulan bahawa Malaysia akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang selepas ini.
Ironi, bagi sesiapa yang sudah biasa lali dengan program ceramah pembangkang, sambutan ceramah Mahathir sebenarnya menyerupai suasana ceramah DAP ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada Mei lalu.
Jalan raya sesak waima penceramah hebat ‘berapi’ tetapi hasilnya DAP kalah di lima kerusi dipegangnya selama ini menyebabkan parti itu hanya menang tujuh kerusi sahaja, sesuatu yang langsung tidak dijangka mereka sendiri.
Senario kemeriahan ceramah pembangkang ketika PRN di Bumi Kenyalang malah menyerupai sambutan ceramah anjuran pembangkang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) di Singapura pada 2015. Hasilnya semua orang pun tahu!
Malangnya, politik ceramah bukan tanda aras terbaik untuk menilai sambutan pengundi dan perkara ini tidak diberi perhatian oleh pembangkang khasnya PAN yang berceramah macam esok hari BN akan tumbang ditolak rakyat.
Jika kekalahan besar dialami pembangkang dalam dua PRK serentak ini boleh dijadikan kajian, sesungguhnya Mahathir terlupa rakyat Malaysia tidak lupa ‘jasa’ beliau selama 22 tahun memerintah negara secara kuku besi.
Pembangkang langsung tiada saluran bersuara pada zaman beliau dan mereka bukanlah bodoh sebagaimana puisi terkenal Mahathir iaitu Melayu Mudah Lupa yang jahil tidak ingat bagaimana negara dikawal ala rejim diktator.
Hakikatnya BN tanpa Mahathir boleh menang besar di Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 ketika PRU 2013 dan di Sungai Besar pula, BN meraih majoriti 9,191 undi berbanding hanya 399 sewaktu PRU lalu.
Jika Mahathir dengan nada angkuh ketika ceramah mendakwa konon kekalahan BN dalam PRK ini sebagai bukti rakyat meluat BN, maka kemenangan bergaya BN bolehlah dibuat rumusan rakyat meluat terhadap Mahathir pula.
Sesungguhnya ia bukanlah petanda rakyat tidak menghargai segala jasa Mahathir, tetapi ia membuktikan majoriti rakyat masih setia menghargai BN di sebalik pelbagai penghinaan jahat oleh pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
June
(11)
- PERJALANAN LEBIH MUDAH DENGAN PELANCARAN #LEPRapid...
- #LEPRapidKL Tranformasi Pengangkutan Awam @NajibRa...
- 600,000 Penumpang Setiap Hari, LRT Kelana Jaya & A...
- TUN MAHADIR!!! APA LAGI YANG HANG MAU........?
- Perkhidmatan LRT Ampang digantung 7,8 dan 16 Julai...
- OTAI ROCK BAWA BAS @MyRapidKL SAMBIL MENYANYI @azm...
- @rafiziramli "KANTOI" NAK KIRA PUN TAK RETI , ELOK...
- Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, Sampai Bila Mahu...
- NIZAR DAH MURTAD KE........?
- #MH01 Penumpang, Anak Kapal Cedera, Pesawat MH01 A...
- MCA & MIC BERMAIN WAYANG NAMUN UMNO JUGAK YANG GEL...
-
▼
June
(11)
10 comments:
Lepas ni keling kerala belah pergi London untuk 'berpuasa' dengan anak betina terlajak kristian sekeluarga ke?
Dulu mgkin lah...rakyat tak tahu..
Klu berjuang demi lubuk emas para kroni dan waris...menyampah dah rakyat!!!
Kutuk..hina..fitnah..spekulasi..tohmah utk jatuhkan org demi menaikkan legasi 22 tahun sangat menjelikkan.Sungguh munafik sikap dia seolah2 pemerintahan dia cukup bagus.
Kpd yg rapat dgn mahdey...nasihatkan lah dia.Cukup2lah sikap dendam dan munafik bersama dapigs memfitnah org lain...rakyat dh muak.
Memang sedih dan simpati bila melihat dia dilanjutkan usia tetapi hilang integriti dan prinsip bila terlalu mengejar dunia.....
Dengan keputusan ini harap dapat menyedarkan Tun ...supaya berihat lah daripada terus melakukan perkara sebegini..rakyat bukan nya buka dan percaya dengan apa yang disogokkan..rakyat masih lagi merima dan mneghargai segala sumbangan Tun...jadi seblum terlambat dan dihumban rakyat lebih baik lah Tun berundur secara terhormat kubur dan kata mali rumah dah kata pegi tu..
paling sedihnya beliau boleh geng2 dgn si komunis yg tidak turun2 dari tahtanya. pm msia sudah berganti dap muka baboon ni juga. pd aku tun m pon sudah jadi komunis d akhir umor senja dia.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Anon 1029...tak perlulah hina Tun sampai teruk sekali. Walau Tun bukan bapak aku, aku pun sakit hati seorang yang banyak berjasa pada negara2 miskin dan negara2Islam dihina sebegitu rupa. Kau sendiri tak ada ugama itu sebab hina orang sampai macam tu. Allah akan tunjukkan siap yang lebih hina ..kau ke Tun.
Assalam Bro,janganlah kita terlalu menghina Tun M.Dia banyak jasa terhadap negara.Dia tak pernah menghina kita pun.Kita seharusnya menghormati pendirian dia.Ditakuti kita terpaksa menjilat ludah kita balik.....
Gua sayang UMNO BUT NOT NAJIB.
Seperti dia sudah jilat ludah balek dgn bersekongkol dgn limkomunis? Heiiii takkan tak da janji apa2 dorang berdua org politik. Awak fikir najib turun tak da you rub my back i rub ypur back...
pemimpin2 d msia ni dah hilang moral sbb nak kuasa sgt.
Tun lagi jatoh maruah dia sbb dah gang2 dgn komunis...
Post a Comment