Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Thursday, December 22
HARGA YANG PERLU DIBAYAR RAKYAT UNDI PKR &DAP @afifbahardin
APA yang difikirkan entahlah, apabila ada dari kalangan pemimpin muda dalam DAP dan PKR menganggap kehidupan rakyat lebih terbela jika berada di bawah kepimpinan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.
Ketika berhujah dalam forum di Keadilan Square di Perai semalam, ada segelintir pemimpin berumur muda itu menghasut kononnya jika Umno kalah maka kualiti hidup rakyat terus 'transform' menjadi harmoni.
Cerita merepek sama sekali. Hendak pilih calon Perdana Menteri pun belum selesai inikan pula hendak tadbir negara.
Mungkin semasa mereka berkata demikian, anak-anak muda DAP dan PKR itu sedang berada dalam dunia halimunan kerana berkata-kata tanpa merujuk di bumi yang nyata.
Celikkan mata dan lihat apa terjadi di dua negeri yang dikuasai parti Pakatan Harapan iaitu Selangor dan Pulau Pinang.
Bukan sahaja politik dalaman mereka huru hara, kehidupan rakyat pula bagai hidup dalam 'neraka dunia'. Malah, dunia sukan bola sepak pun kucar kacir hasil 'buah tangan' pemimpin mereka di Selangor.
Para peminat bola sepak di Selangor bakal kecewa apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mungkin akan menarik diri dari Liga Malaysia 2017 yang akan bermula 21 Januari depan kerana gagal mendapat RM15 juta.
Mereka berbuat demikian kerana mahu mengutamakan kebajikan pemain, disebabkan tiada langsung bantuan diberikan Kerajaan Selangor.
Buat apa berbangga ada rizab RM4 billion, jika RM15 juta pun gagal disalurkan untuk bolasepak Selangor.
Jika isu sukan pun sudah kucar kacir, apatah lagi isu keperluan asas rakyat.
Walaupun ramai pemimpin dan penyokong PH yang dikuasai DAP ketawakan tindak tanduk Pengerusi Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang bertuala menuju Pejabat Menteri Besar (MB) Selangor pada 21 Disember lalu, namun itulah realitinya.
Selak kembali risalah Manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke 13, perkara pertama yang mereka (PKR, DAP, PAS ketika itu) berjanji akan melindungi hak rakyat untuk mendapatkan air bersih pada harga berpatutan dan membuka peluang rakyat memiliki saham air.
Namun, bukan kata harga air berpatutan, malah jumlah meterpadu yang diperlukan oleh rakyat pun sekarang ini masih membelenggu hidup mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Air sudah terganggu 7 kali di Selangor, sampah gagal diurus dengan baik, jalan berlubang lubang di Selangor, demam denggi no. 1 di Selangor. Yang sedapnya mereka yang duduk di Disneyland dan berkereta tujuh.
Tak kurang 'sengsaranya' juga kehidupan di Pulau Pinang yang juga dikuasai oleh PH. Tarif bil air sudah naik mendadak di sejak DAP memerintah Penang.
Jangan kita lupa, pada Ogos 2016 lalu, lebih dari 15,000 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang terpaksa hidup dalam 'dunia tandus' tanpa air selama 10 jam. Ia disebabkan ketidakcekapan pengurusan air di negeri milik DAP itu.
Selepas 'sengsara' kerana 10 jam tiada air di Pulau Pinang, beberapa bulan selepas itu rakyat negeri berkenaan kembali 'merana' pula dengan banjir yang menenggelamkan negeri itu. Ini termasuklah ketika perayaan Deepavali 29 Oktober 2016 yang bertukar suram kerana perayaan itu 'didatangi' air setinggi 0.8 meter.
Namun, malapetaka banjir itu terus menghantui rakyat hingga November 2016. Yang sedihnya, kelibat Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng tidak pula nampak di kawasan-kawasan teruk dilanda banjir.
Apa dosa rakyat hingga terpaksa menghadapi banjir ini? Menurut kajian yang disahkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, punca rakyat 'sengsara' menjadi mangsa banjir adalah kerana kerajaan negeri tidak cekap mengurus pembangunan yang tidak terkawal.
Sampai muncul "air terjun teh tarik" baru di Paya Terubong.
Tak cukup dengan itu, sebanyak 29 kampung kampung Melayu di Pulau Pinang sedang berisiko 'hilang dari peta' akibat menerima ancaman pembangunan tak terancang dari Kerajaan DAP negeri berkenaan.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, kebanyakannya dari daerah Timur Laut.
Malah katanya juga, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) pula akan menyebabkan 'kehilangan' kampung tradisi di daerah Barat Daya pula.
Malangnya, majoriti kampung itu diduduki mereka yang berbangsa Melayu.
Jelas sekali hujah pemimpin muda PKR dan DAP itu meleset dan tak berpijak di bumi nyata walau sedikit pun. Rakyat di dua negeri dikuasai mereka semuanya merintih terhimpit dengan bebanan hidup hasil daripada tindakan kerajaan negeri.
Ini berbeza dengan kerajaan BN yang dinaunggi Umno. Tak perlu ambil banyak perkara, cukup sekadar kita lihat bagaimana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih dipilih rakyat berbanding inisiatif lain dari kerajaan negeri.
Daripada 7.3 juta penerima BR1M, jangan tak percaya 14 peratus daripadanya adalah rakyat Selangor. Malah setiap tahun dari 2014, ada penambahan penerima BR1M dari Selangor iaitu lebih kurang 80,000 setiap tahun.
Di Pulau Pinang pula, Kerajaan BN sudah banyak membantu rakyat. Contohnya peruntukan sebanyak RM726 juta naik taraf Hospital Balik Pulau, bina blok bertingkat Hospital Seberang Jaya (RM400 juta), bina klinik kesihatan di Bandar Perda (RM25 juta), bina sekolah menengah di Kepala Batas dan Tasek Gelugor (RM92.16 juta), dua projek pelaburan dan ekonomi (RM20.91 juta), tiga projek kesejahteraan rakyat (RM123.22 juta) dan bantuan projek tebatan banjir Pulau Pinang sebanyak RM2.05 bilion sejak 2007 hingga sekarang.
Nasihat kepada para pemimpin muda PKR dan DAP, lain kali eloklah mereka mencuci otak sendiri terlebih dahulu agar tidak hanya mahu mencari salah orang lain, sedangkan diri sendiri penuh dipalit 'noda-noda kezaliman' kepada rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
December
(10)
- Pengendali Pengangkutan awam terbesar di Malays...
- RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN DI STESEN DAN LALUAN ...
- JIKA BR1M TAK BAGUS KENAPA NEGARA LUAR TIRU....?
- ANGGAP AJELAH SITI NURHALIZA KURANG CERDIK BAB PO...
- HARGA YANG PERLU DIBAYAR RAKYAT UNDI PKR &DAP @afi...
- CEO Wanita Malaysia Bertaraf Dunia #Prasarana @Nan...
- PERJALANAN LANCAR DENGAN BAS PENGANTARA UNTUK LALU...
- PETANI MOGOK DI KAWASAN TIMBALAN MENTERI..... APA ...
- TUJUH STESEN LRT LALUAN AMPANG DIBUKA LEWAT AHAD INI
- Demi Keselesaan Pengguna @MyRapidKL #TransformasiP...
-
▼
December
(10)
2 comments:
mohon tuan MKP memasukkan blog sy dlm bloglist tuan
http://harapan-esok.blogspot.my/
tqvm...
Ok tuan
Post a Comment