Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali sistem rel transit dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sempena ambang Tahun Baru 2017 bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan ini.
Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, syarikat induk pengendali tersebut, Lim Jin Aun berkata, perkhidmatan sistem rel LRT, MRT dan Monorel akan dilanjutkan sehingga jam 2.00pagi bagi stesen terpilih bersama 11 laluan bas Rapid KL.
“Stesen yang akan dibuka sehingga jam 2.00 pagi ialah Stesen Masjid Jamek dan KLCC bagi LRT Laluan Kelana Jaya. Bagi LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling, Stesen Masjid Jamek akan beroperasi sehingga jam 2.00pagi, manakala waktu operasi stesen Bandaraya dan stesen Hang Tuah akan dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam.
Terdapat dua stesen di laluan Monorel yang akan dilanjutkan perkhidmatan iaitu stesen Hang Tuah sehingga 12.30 tengah malam dan Bukit Nanas sehingga jam 2.00 pagi.” menurut Lim.
Perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang turut dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi di stesen Mutiara Damasara dan Bandar Utama. Selain itu, perkhidmatan bas pengantara yang menghubungkan stesen terbabit turut dilanjutkan waktu operasi iaitu laluan T809 (Damansara Perdana – MRT Mutiara Damansara) dan bas ulang-alik antara One Utama- MRT Bandar Utama.
Sementara itu, perkhidmatan bas BRT Laluan Sunway dan bas henti-henti Rapid KL turut dilanjutkan selama 30 minit selepas berakhirnya perkhidmatan tren. Ia melibatkan stesen BRT USJ 7 yang dilanjutkan operasi sehingga 2.30 pagi.
Walaupun pintu masuk di stesen-stesen lain ditutup seperti jadual biasa, para pengguna perkhidmatan MRT, LRT, monorel dan BRT masih boleh keluar dari mana-mana stesen sehingga 2.00 pagi untuk meneruskan perjalanan.
Sementara itu, laluan bas Rapid KL yang akan terlibat dengan lanjutan operasi ialah
751 (Taman Sri Muda - HAB Pasar Seni ), 781 (Taman Medan - HAB Pasar Seni), 772 (Subang Suria - HAB Pasar Seni), 780 (Kota Damansara - HAB Pasar Seni), 300 (Pandan Mewah - HAB Munshi Abdullah), 640 (Taman Sentosa - HAB Pasar Seni), 450 (Terminal Kajang - HAB Lebuh Pudu), 220 (Taman Melawati - HAB Munshi Abdullah), 180 (Taman Dato’ Senu - HAB Pasar Seni), 173 (Taman Jasa Utama - HAB Medan Pasar HL) , 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni).
“Kami menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk menggelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyambut ambang Tahun Baru secara berhemah dan menjaga keselamatan masing-masing sepanjang menghadiri sambutan. Sila berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan,” tambah Lim lagi.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my.
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
No comments:
Post a Comment