Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Friday, January 27
Kajian INVOKE Buktikan Parti BN Paling Dipercayai Rakyat
Kajian Invoke ini digunakan sebagai salah satu platform untuk mengutip data khususnya sikap dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap politik. Sebuah organisasi bernama INVOKE telah diwujudkan dengan tujuan bagi menghasilkan kajian bagi menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Ia dikatakan diasas dan dipelopori oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terkenal sebagai 'Raja Fitnah' dengan dipercayai digerak oleh 20 anak muda yang menjadi 'anak didik' kepada Rafizi sendiri.
Mereka menggemparkan Malaysia dengan satu kajian kecenderungan rakyat terhadap parti-parti politik di negara kita.
Menurut kajiselidik Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bertarikh 19 Januari 2017 itu, seramai 41 peratus daripada 104,340 pengundi yang menjawab kajiselidik itu telah memilih parti Barisan Nasional (BN). Ia merupakan jumlah terbesar selepas hanya 24 peratus ingin memilih Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan 21 peratus PAS. Selebihnya memilih untuk tidak mengundi.
Turut diakui oleh 'pasukan' Rafizi tersebut ialah seramai 55 peratus bukan Melayu juga akan mengundi BN berbanding 33 peratus Pakatan Harapan dikuasai DAP dan hanya 3 peratus mahu mempercayai PAS. Manakala 9 peratus lagi cuba untuk berkecuali.
Secara keseluruhannya, kajiselidik yang dilakukan Rafizi ini lebih ke arah mahu memperlekehkan PAS. Mungkin ia ingin memaklumkan kepada umum melalui kajiselidik ini bahawa rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai PAS.
Juga dianalisis dalam kajiselidik tersebut, sebanyak 39 peratus dari ahli PAS lebih cenderung untuk memangkah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP manakala hanya 23 peratus mahu mengundi BN. 38 peratus pula dari ahli PAS lebih bersikap berkecuali.
Fantasi Invoke ini agak melampau apabila meletakkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak mampu menang satu kerusi sekali pun. Pelik, takkanlah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan kalah di Parlimen Maran?
Selain kaji selidik Rafizi ini juga mengakui bahawa BN bakal beroleh kemenangan di 168 buah kerusi Parlimen - sekali gus mengakui prestasi BN bertambah dan berjaya membentuk 2/3 majoriti - namun di sudut pandang yang lain pula, ia sebagai kajiselidik yang sengaja mahu menakut-nakutkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dikuasai DAP..
Invoke nampaknya cuba ambil alih kekosongan kajian persepsi yang dulunya sebelum PRU13 dilakukan oleh Merdeka Center dan UMCDEL. Invoke dipercayai akan buat kajian yang kelihatan memihak kepada pembangkang selepas ini bagi memberitahu rakyat populariti BN makin menurun.
Kajian kedua itu akan keluar dekat dekat masa PRU14 nanti. Itulah "agenda setting" persepsi yang cuba dibuat oleh Invoke.
Namun dalam kajian yang pertama ini, Invoke tidak boleh buat analisa yang tidak masuk akal. Invoke terpaksa bersetuju dengan ramalan Financial Times dan The Economist Intelligence Unit iaitu BN akan mengekalkan kemenangan pada PRU14.
Kajian Invoke ini hanya untuk menyakitkan hati orang PAS. Orang BN sudah dengar cerita ramalan kemenangan itu dua kali dah menerusi (Financial Times dan The Economist).
Kita tunggu kajian kedua Invoke, sudah pasti yang kedua ini ceritanya akan bertujuan sekadar mencipta persepsi semata mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2017
(107)
-
▼
January
(9)
- Kajian INVOKE Buktikan Parti BN Paling Dipercayai ...
- #MRT KINI BERBAYAR.... BERBALOI HARGA DIBERI MURAH...
- TUN MAHADIR NEGARAWAN TAPI DAH DAH JADI TAK KETAHUAN
- SUSAHNYA BILA ADA TELEFON PINTAR TAPI PENGGUNA KUR...
- #MRT DAH MENCATAT SEJUTA PENUMPANG #JOMNAIKMRT
- @rafiziramli LEBIH HANTU DARI HANTU
- PENGKALAN SUNGAI BESI DITUTUP ADA SEBABNYA....?
- DATUK BAHRI MOHD ZIN (SPRM) DAH KANTOI......
- CHE DET DAH JADI NUJUM PAK BELALANG
-
▼
January
(9)
3 comments:
Bukan nak provoke. Siapa yg berkuasa utk menetapkan tarikh PRU14????
Nak adakan PRU mesti ada tujuan utk menang PRU.Itu lazim.
Isu intergriti adalah fenomena yg menghujani kerajaan ketika ini. Apabila isu ada yg menjadi isu panas, ia sudah jadi persoalan besar negara. Apakah kerajaan yakin peratus sokongan sekarang sedang memihak.
Impak sokongan sebenar adalah kepercayaan. Tanya apa yg rakyat percaya dan mahu. Pergilah temui mereka dan minta pandangan politik. Jangan terkejut kalau ada warganegara yg boleh berpendirian tidak setuju utk memilih UMNO dan BN?
Persoalan sekarang,Adakah BN bersedia utk menerima kenyatan ini ? Jangan cerita apa yg UMNO dah buat 60 tahun lalu, ceritalah apa yang UMNO perlu buat sekarang!!!!!
Manis sungguh Cik Anom 945. Dah tahu UMNO buat apa selama 60 tahun. Diantara kau selamat keluar dari rahim Mak kau. Begitu juga anak-anak kau selamat keluar dari rahim bini kau.
Aku nak tanya kau pula apa yang yang pembangkang telah buat dan buktikan telah berjaya mengubah lanskap pemerintahan negara. Mereka bersih dari rasuah, mereka telah mem BERSIH kan negara dari masalah sosial, pelacuran, perjudian, samseng, kongsi gelap. Jangan cuma nak letak atas bahu kerajaan semata-mata.
Jika hebat sangat kenapa tak bersungguh2 membawa kerukunan, kemakmuran dan keselamatan agar rakyat yakin bahawa pembangkang memang boleh dipercayai untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
Mengikut kaji selidik dari Prof Sotong negeri yang ditadbir oleh pembangkang khususnya Selangor dan P.Pinang telah 10 tahun terkebelakang dalam semua aspek. Pembangunan dan kemajuan untuk rakyat adalah kelangsungan dari pemerintahan kerajaan BN sebelum ini dan Kerajaan Pusat sekarang.
Cik Anom 9.45 UMNO BN sedikit pun tidak geli dengan cubit-cubit nakal Pembangkang. Takut2 Cik Anom 9.45 yang terkencing dalam kain.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Post a Comment