Tuesday, November 21

50,000 PEKERJAAN DISEDIAKAN OLEH PRASARANA @MyRapidKL @PrasaranaCEO @CEOrapidrail


Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menjangkakan industri rel tempatan memerlukan kira-kira 50,000 pekerja dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, ia merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding jumlah pekerja yang ada ketika ini.

“Ini berikutan perkembangan industri rel di negara ini terutama apabila negara akan mula melaksanakan projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) dan projek rel yang menghubungkan pantai timur (ECRL).

“Perkembangan ini menyebabkan lebih ramai pekerja berkemahiran yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri,” katanya semasa sidang media selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Menyentuh mengenai kerjasama tersebut, Azmi berkata, anak syarikat prasarana, Rapid Rail dan UiTM akan mengenal pasti inisiatif-inisiatif untuk mengukuhkan, mempromosi dan membangunkan sumber manusia, latihan, akademik, budaya dan penyelidikan dan operasi di lapangan kejuruteraan rel.

Antara skop aktiviti termasuklah kerjasama dalam perundingan dan kajian, perkongsian kepakaran dan sumber, penganjuran simposium, persidangan, kursus pendek dan mesyuarat.

Ini turut melibatkan peluang untuk mengadakan latihan praktikum dan latihan industri.

Dijangkakan kolaborasi selama tiga tahun ini akan melibatkan 1,000 pelajar pelbagai kursus seperti kejuruteraan dan perniagaan.


Menurut Azmi, pelajar-pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh syarikat boleh terus diserap masuk bekerja.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, Prasarana berharap ditawarkan satu lagi projek baharu oleh kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan tren haji baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut rundingan dan menjangkakan pengumuman mengenai akan dibuat pada pertengahan tahun depan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive