Thursday, November 2

Tren monorel 4 gerabak kembali pertengahan Disember


Tren empat gerabak KL Monorel yang diberhentikan perkhidmatannya sejak Mei lalu akan kembali beroperasi pada pertengahan bulan depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata kerja menaik taraf ciri keselamatan dan baik pulih gerabak sedang berjalan.

"Kita sedia maklum kesesakan yang dihadapi pengguna apabila hanya tren dua gerabak digunakan sekarang.

"Jadi kita cuba mempercepatkan kerja baik pulih dan semuanya berjalan lancar. Apabila siap nanti, ia akan mula beroperasi secara berperingkat," katanya.

Azmi juga berkata, Prasarana tidak akan berkompromi mengenai keselamatan, begitu juga soal keselesaan pengguna.

"Sebab itu kita menghentikan sementara waktu tren terbabit. Apabila siap nanti, lima tren empat gerabak akan beroperasi sepenuhnya untuk memberi perkhidmatan kepada warga kota," katanya pada Pelancaran program Senyuman Mesra & Ikhlas, Layanan Efisein (SMILE) di Stesen LRT Putra Heights, di sini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman; Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bas Sdn Bhd, Azam Omar dan Ketua Divisyen Modal Insan, Abdul Mutaliff Abdul Manaf.

Azmi berkata, program SMILE adalah inisiatif Kumpulan Prasarana di bawah program Budaya Layanan Cemerlang dalam menerapkan nilai murni dalam perkhidmatan.

Program itu, katanya diharap dapat menaikkan imej syarikat dan seterusnya lebih ramai menggunakan perkhidmatan yang dikendalikan.

"Selain merapatkan hubungan dengan pelanggan dan menyerlahkan perkhidmatan yang mesra dan ceria, program ini juga untuk memupuk budaya mesra dalam kalangan warga kerja.

"Kita juga meletakkan sasaran jangka panjang untuk menghasilkan tanggapan positif pelanggan terhadap perkhidmatan bas dan rel yang dikendalikan oleh Prasarana," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive