Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
Wednesday, February 28
SUSPEK KES CABUL BERJAYA DI TANGKAP
Seorang lelaki berusia 31 tahun yang disyaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di dalam LRT telah berjaya ditangkap oleh anggota unit tindakan khas (SAT) Polis Bantuan Prasarana pada petang Sabtu lepas.
Suspek berjaya dikesan di Stesen Monorel Imbi sekitar jam 1.35 petang Sabtu ketika sedang keluar daripada tren. Anggota SAT yang sedang menjalankan rondaan dengan berpakaian preman telah terserempak dan seterusnya menahan suspek.
Pengecaman dibuat menerusi gambar dari rakaman kamera litar tertutup dan suspek mengaku gambar yang ditunjukkan itu adalah wajah beliau.
Suspek kemudian dibawa ke pejabat Polis Bantuan Prasarana untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Disember 2017, pengadu mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki ketika menggunakan perkhidmatan LRT dari stesen Pasar Seni ke Stesen Masjid Jamek.
Setelah tiba di stesen Masjid Jamek mangsa dan Polis Bantuan mengejar suspek namun suspek berjaya melarikan diri.
Bertindak atas kejadian, pasukan SAT melancarkan gerakan menjejaki suspek dengan muat turun gambar yang telah dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup. Pemantauan dilakukan disetiap rangkaian pengangkutan kendalian Rapid KL sehingga suspek berjaya diberkas.
Rapid KL ingin menasihati kepada pengguna agar melaporkan terus sebarang kes jenayah kepada kapten bas, pegawai operasi di stesen atau Polis Bantuan sekiranya anda mangsa atau melihat kejadian seumpama ini.
Pengguna LRT, MRT, Monorel, BRT dan bas Rapid KL juga boleh mengunakan aplikasi “Whatapps” untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah. Hantar gambar beserta butiran kejadian seperti no tren, lokasi, tarikh dan masa ke nombor 0107664472. Pihak kami akan mengambil tindakan segera berdasar maklumat yang disalur.
Selain itu, pengguna boleh berhubung dengan kami menerusi aplikasi media sosial Rapid KL Facebook dan Twitter atau hubungi talian bantuan Rapid KL.
Tindakan memuat naik gambar kejadian seperti ini ke dalam media sosial dengan tanpa membuat laporan kepada Rapid KL atau pihak berkuasa akan menyukarkan siasatan. Suspek mungkin akan mengubah identiti ketika menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelak dikesan.
Untuk rekod, kebanyakkan kes jenayah berjaya diselesaikan sejurus selepas laporan dibuat. Siasatan sukar dijalankan tanpa kerjasama dari semua pihak khususnya pengadu.
Keselamatan dan keselesaan pengguna Rapid KL adalah keutamaan kami dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong - KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan pergerakan teru...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
No comments:
Post a Comment