Showing posts with label DIRANG. Show all posts
Showing posts with label DIRANG. Show all posts

Wednesday, March 14

KAU YANG ISTIMEWA : JENAZAH DIRANG SELAMAT DIKEBUMIKAN



Perassan hiba ini hanya dapat dirasakan oleh insan yang bernama Ayah/Ibu.MKP tidak dapat bersembunyi disebalik kesedihan ini.Hanya dapat membaca Al Fatihah dan berharap pekara ini tidak lagi berulang di Malaysia.Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, di Pasir Gudang kira-kira 1.30 tengah hari ini.

Keadaan hujan renyai-renyai dengan cuaca mendung mengiringi pengebumian kanak-kanak itu, seolah-olah turut sama menangisi pemergian Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh manusia berhati haiwan.

Selain ibu mangsa Roselyn Alan, 25, bapa tirinya Lima Medang, 25, dan kaum keluarga terdekat, hampir 100 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat yang simpati dengan nasib insan kerdil yang tidak berdosa itu turut sama menghadiri pengebumian itu.

Ada dalam kalangan mereka tidak dapat menahan sedih dan turut menitiskan air mata apabila melihat keadaan Roselyn yang menangis pilu apabila talkin dibacakan oleh Imam 1 Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek Bandar Seri Alam, Abdul Rahman Ismail.

Terdahulu, Roselyn yang memakai baju dan tudung berwarna merah jambu, tiba bersama ibunya, Milnah Jul, 52, dan anggota keluarga lain di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu kira-kira jam 9.50 pagi untuk melihat kali terakhir jenazah anaknya.

Roselyn kemudian ditemani ibunya masuk ke bilik mayat kira-kira 20 minit sebelum keluar dalam keadaan menangis dan tidak bermaya.

Selepas Roselyn keluar, seorang lelaki berusia 30-an berpakaian baju lokap dan bergari dipercayai bapa kandung mangsa memasuki rumah mayat HSA dengan diiringi tiga anggota polis.

Dia sebelum itu dilihat tiba lebih awal, namun menunggu dalam kenderaan polis sementara menanti giliran untuk menziarahi kali terakhir jenazah anak perempuannya itu.

Setelah hampir 10 minit, lelaki berkenaan kemudian keluar dalam keadaan sugul sebelum dibawa beredar dengan menaiki kenderaan polis.

Jenazah Dirang dituntut oleh keluarganya kira-kira 11.45 pagi selepas selesai urusan memandi dan mengkafan dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Al Muhajirin Masai sebelum dibawa menaiki van jenazah menuju ke tanah perkuburan. 

MKP Ayat Sempoi : Alfatihah......

Tuesday, March 13

MKP MERAYU : Ibu Bapa Tolonglah, Tolonglah Hentikan Sikap Tidak Apa Ini...



Kita telah kehilangan Dirang dan sebelum itu pada tahun 2007 kita juga telah kehilangan Nurin Jazlin. Pada tahun 2008 kita kehilangan Sharlinie.
Tetapi tidak sepertimana arwah Dirang dan Nurin, sehingga ke saat ini Sharlinie tidak ditemui.
Hanya beberapa hari yang lalu juga, seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun (lelaki) hilang dari rumah tetapi bernasib baik ditemui sedang merayau-rayau di tengah-tengah pembahagi lebuh raya Kesas dan dia akhirnya kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Kita hairan bagaimana ini boleh terjadi. Apakah rumah dibiarkan tidak berkunci sehingga seorang budak di bawah umur boleh keluar rumah seorang diri tanpa disedari?
Juga kita tidak faham bagaimana ibu bapa boleh terus menerus mengizinkan anak kecil mereka keluar rumah seorang diri walau pun hanya sekadar untuk ke kedai. Ya! Memang kita tidak faham.
MKP tidak suka untuk mengatakan ini tetapi MKP terpaksa juga demi kebaikan kita semua. Dalam kes kehilangan arwah Nurin dan Dirang, kedua-duanya diculik dan dibunuh oleh orang yang tidak dikenali setelah keluar rumah seorang diri untuk membeli makanan. Dalam kes Nurin ke pasar malam dan Dirang ke kedai di bawah rumahnya.
Kedua-dua Nurin dan juga Dirang tinggal di kawasan yang serupa - iaitu rumah pangsa atau flat.

'Tidak' kerana MKP adalah seorang Melayu tetapi MKP tidak pernah walau sekali pun seumur hidup membenarkan anak-anak keluar rumah seorang diri untuk ke mana-mana sekali pun (walau ke padang permainan di tepi rumah).
'Ya' kerana ibu bapa dari kalangan orang Melayu khususnya mereka yang pernah tinggal di kampung sememangnya tidak biasa menegah anak kecil daripada keluar rumah sendirian.
Mengapa begitu? Kerana mereka tidak menganggap orang sekeliling sebagai ancaman kepada keselamatan anak-anak mereka. Juga kerana mereka mengenali setiap isi rumah di kampung halaman.
Budaya ini terbawa-bawa apabila generasi berikutnya berpindah ke bandar atau kawasan pekan apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah pangsa mahupun flat yang mana kejiranan tidak dipisah-pisahkan oleh pagar atau tembok rumah yang tinggi.
Mereka bergaul sebagaimana ibu bapa mereka bergaul ketika di kampung halaman dahulu. Kecenderungannya pula ialah mereka juga sepertimana ibu bapa mereka dahulu tidak mengamalkan budaya menyekat anak kecil daripada keluar rumah.
Konsep pemikirannya ialah; "Alah!Setakat ke kedai atau ke rumah kakak sebelah apa ada halnya..."
Malangnya, oleh kerana dunia ini semakin penuh dengan orang gila atau maniak yang tidak tahu membezakan pahala dan dosa, serta belas kasihan, amalan ini harus dan wajib dihentikan.
Maka itu kepada semua ibu bapa, MKP ingin katakan, tolonglah, demi keselamatan anak-anak kita, tolong hentikan sikap 'tidak apa' ini.
Mulai sekarang, kita tidak boleh lagi mengizinkan anak-anak kita - tidak kira perempuan atau lelaki - daripada keluar seorang diri sama ada ke kedai, ke rumah kawan, ke rumah jiran, ke pasar malam tanpa ada orang dewasa yang mengiringi mereka.
Malah ketika keluar ke pasar malam, ke pasar-pasar raya atau ke taman permainan, penulis juga acap kali melihat bagaimana ibu bapa dengan sambil lewa melepaskan anak-anak mereka bermain, berlari dan ke sana ke sini sebebas-bebasnya tanpa pengawasan seolah-olah mereka sedang berada di syurga.
Mereka langsung tidak menghiraukan keselamatan anak-anak atau berasa khuatir anak mereka akan diculik dengan sekelip mata oleh orang gila yang sedang memerhatikan gerak-geri anak-anak kita untuk tujuan yang tidak baik.
Tidakkah kita risau? Tidakkah kita berasa serik dan insaf dengan apa yang telah terjadi kepada Nurin dan Dirang mahupun Sharlinie? Hakikatnya ramai yang tidak ambil peduli dan masih ramai yang menganggap persekitaran mereka adalah selamat untuk anak-anak sedangkan pada hakikatnya tidak.
Jika tidak maka tidak hilanglah Sharlinie sehingga ke hari ini dan tidak meninggallah Nurin dan Dirang ditangan orang gila yang tidak faham erti kasih sayang dan belas kasihan.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive