Showing posts with label KPDNKK. Show all posts
Showing posts with label KPDNKK. Show all posts

Saturday, October 3

JEREBU PUN HARGA BARANG NAIK @dhzhamzah @ahmadbashahBB TOLONGLAH..?


Tak tahu bila masalah jerebu akan berakhir. Kalau ikutkan kenyataan Jabatan Alam Sekitar, cuaca di seluruh negara akan kembali pulih minggu depan.

Harap-harap apa yang diramalkan itu betul sebab semakin lama jerebu 'bersarang' di negara ini, semakin banyak kesempatan yang akan diambil sesetengah pihak khususnya peniaga.

Ini bukan cerita main-main apalagi hendak membuat tuduhan tak tentu hala terhadap golongan peniaga. Ini semua datang daripada golongan peniaga sendiri yang kononnya terpaksa menaikkan harga ekoran jerebu yang melanda negara.

Khabarnya, pencemaran udara akibat jerebu telah menyebabkan haiwan-haiwan ternak seperti ayam menjadi tidak sihat dan kerja-kerja memasarkan haiwan ternakan juga terpaksa dikurangkan.

Kesannya, harga ayam dijangka akan dinaikkan sebanyak 60 sen sekilo berbanding harga sekarang RM4.20 sekilo.

Samalah juga dengan peniaga ikan, harga sedia ada pasti akan bertukar pada masa terdekat ini kononnya bukan kehendak mereka tetapi gara-gara jerebu, nelayan tidak berani hendak turun ke laut.

Mereka sendiri memberitahu seramai lebih 500 nelayan di selatan Terengganu tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Entahiya entah tidak.

Jangan lupa dengan peniaga sayur yang hanya menunggu masa sahaja untuk menaikkan harga jualan yang pasti menggunakan alasan jerebu.

Apa lagi yang tak naik akibat jerebu? Golongan peniaga yang suka mengambil kesempatan seperti ini akan cuba merekacipta sesuatu yang pasti akan dikaitkan dengan jerebu untuk menaikkan harga jualan.

Sebelum ini GST dikaitkan menjadi punca harga barang terpaksa dinaikkan. Sampai ke hari ini, tidak ada seorang rakyat pun yang puas hati dengan alasan GST untuk menaikkan harga barang.

Namun peniaga tidak peduli keluhan rakyat kerana kononnya mereka terpaksa berbuat menaikkan harga atau kalau tidak mereka yang tanggung kerugian.

Esok atau lusa, mereka akan menaikkan lagi harga barang atas sebab jerebu. Kita tunggu dan lihat bagaimana bijaknya golongan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang daripada jerebu.

Rakyat pasti akan mengeluh sekali lagi jika benarlah rancangan golongan peniaga ini direalisasikan. Tak pasti bila tetapi pihak kementerian yang menjaga hal ehwal pengguna wajarlah bertindak awal dan memikirkan segala kemungkinan yang akan diambil kesempatan oleh peniaga.

Jangan tunggu sampai harga dinaikkan sebab kalau dah naik, maka susahlah nak turun. Sudahnya, rakyat yang merana.

Saturday, July 27

MENTERI AYAM aka @DatoHasanMalek BERKOKOK, SUARANYA SUMBANG



Ini adalah senarai Pegawai kepada Menteri Ayam yang kurang bijak apabila diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia memikul tanggugjawab yang telah diamanahkan. Korang nie kalau nak duduk kat pejabat dan tidak membuat kerja dengan penuh rasa tanggjungjawab lebih baik berhenti kerja. MKP bukan menghentam pemimpin akan tetapi cara berkerja korang macam melepaskan batuk ditangga.

Apabila tibanya musim perayaan terutamanya sambutan Aidilfitri, perkara pertama yang akan selalu kedengaran ialah bekalan makanan dijamin mencukupi. Lega apabila kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan makanan mentah mencukupi dan meletakkan 20 jenis barangan ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan.

Ini termasuk juga dengan harga sekilogram ayam diletakkan pada kadar serata RM7.70 untuk musim perayaan tahun ini. Tahun akan datang tak tau la lagi.Tetapi seperkara yang saya ingin tanyakan kepada Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malek adakah beliau boleh menjamin tidak ada pengusaha, pembekal dan peniaga yang tidak menaikkan harga barangan kawalan sepanjang musim perayaan ini.

Melalui jawapan yang pernah beliau berikan tempoh hari yang telah menyebabkan rakyat Malaysia terkilan dan pengusaha serta pembekal tersenyum lebar dek kerana kebodohan Menteri terbabit yang dirasakan telah memberikan respon paling bodoh sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara.

“Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya.

Adakah ini jawapan yang rakyat perlukan daripada Menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara di luar bidang kuasa mereka?

Atau sebenarnya Datuk Hasan Malek tidak memakan ayam selama ini?

Saya amat kasihan melihat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke hulu hilir ke seluruh Negara semata-mata untuk meyakinkan rakyat bahawa inilah kerajaan yang benar-benar TERBAIK buat rakyat Malaysia tetapi telah dispoiledkan oleh seorang Menteri yang gagal memahami kehendak makanan feberet rakyat Malaysia.

Suka saya memberitahu kepada Datuk Hasan Malek, kadar perkapita seorang rakyat Malaysia memakan ayam setahun ialah sebanyak 35kg bersamaan 23 ekor ayam setahun. So janganlah sesuka hati tukar selera rakyat Malaysia daripada ayam kepada daging pula. Kan rasanya berbeza-beza.RQ

Monday, July 30

MAHFUZ JADI HERO LAWAK BILA ISMAIL SABRY TUKAR PENGARAHNYA?


Mr Bean PAS AKA Prof Madya Dr Datuk Mahfuz Omar hari ini mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan empat pengarah jabatan koperasi negeri bertukar selepas 2 hari berlangsungnya Hari Koperasi Negara apabila kehadiran yang disasarkan 100ribu orang tidak tercapai.

Kenapa pulak Mahfuz pulak menjadi hero plastik dalam kes ini?Kenapa pulak kes pemecatan ini dipersoalkan oleh pihak PAS mesti ada kaitan diantara Pengarah KPDNKK kepimpinan PAS?Jika tiada kaitan sudah tentu isu ini tidak akan dibangkitkan oleh PAS.Yang menariknya,Mahfuz Omar persoalkan kenapa harus ditukar 4 pengarah dan seorang daripadanya berkhidmat di Kementerian apabila mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik. Zaman kakitangan awam lembab dan tidak menjalankan tugas dengan baik sudah berakhir.

Bercakap mengenai "Musuh dalam Selimut" serta "MUSANG BERBULU BABI" sudah tentulah akan memperkecilkan kreditbiliti mereka tetapi bukti yang nyata dan boleh diterima dek akal dengan sikap mengandu-domba ini kepada siapa? Perumpamaannya senang jika rumah dimasuki pencuri sudah tentu dilaporkan kepada POLIS mustahil jika melaporkan kepada tok Kadi PAS....?????

Transformasi perkhidmatan awam mahukan para kakitangannya berdisplin dan juga mencapai KPI masing masing. Ada yang persoalkan tindakan Ismail Sabri semata mata kambing hitamkan 4 pengarah ini. Apakah tindakan menteri mengarahkan kakitangan kementeriannya yang tidak mencapai standart ditukar menjadi satu kesalahan?Bukannya 4 pengarah ini dibuang kerja.

Ismail Sabri sebagai seorang menteri sudah tentu mahukan yang terbaik apatah lagi yang hadir adalah Ketua beliau sendiri memerangkap Perdana Menteri Malaysia.Apa masaalahnya?

Berikut adalah sumber dalam yang telah diberitahu kepada MKP tentang salah-laku Pengarah dari PAHANG.Di Bahagian Bera dan Pekan BAS yang dijanjikan kepada Ahli Koperasi untuk ke Stadium Bukit Jalil tidak muncul?Kemarahan rakyat bertambah teruk lagi apabila bas yang ditunggu tidak datang seperti menunggu buah yang tidak pasti gugurnya, Lebih teruk lagi apabila telefon pegawai koperasi menteri ditutup,Tindakkan Pegawai yang diberi tanggungjawab serta amanah menyusahkan rakyat terutama warga emas yang menjadi ahli KOOP menunggu bas yang tidak muncul  tidak perlu diambil tindakkan????PAS dan Mahfuz pulak menjadi hero plastik mempertahankan Pegawai Macam nie?Pegawai yang telah melakukan kesalahan hanya ditukar bukanya dibuang kerja adakah itu tidak adil....



Mahfuz persoalkan tindakan pak menteri yang tegas,adakah kita mahu kerajaan yang lembik seperti mana berlakunya dikementerian yang lain apabila ada kakitangan awam menjadi dijadikan bahan lelucon akibat cara mereka bekerja yang sambil lewa..

Dalam masa PAS bersetuju DAP mengurangkan 50% kakitangan kerajaan,mereka juga persoalkan tindakan kerajaan BN yang bertindak tegas terhadap kakitangan kerajaan yang bermasaalah. Yang mana satu sebenarnya mereka mahu.

Kita harus ingat akan kepentingan wujudnya koperasi adalah untuk menghapuskan urusniaga orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Fungsi koperasi adalah untuk berkongsi kos modal dan berkongsi keuntungan tanpa orang tengah.Penubuhan koperasi amat penting dan semua orang patut tahu koperasi juga meraih keuntungan melalui kontrak kontrak besar seperti projek pembangunan,pembuatan,membekal barang kepada kerajaan dan juga kontrak besar di Petronas.

Program sebegini bukan dibuat atas suka suka,sebaliknya ahli KOOP sendiri menitik beratkan keuntungan dan mahukan networking diseluruh negara semasa majlis berlangsung.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive