Showing posts with label bendera. Show all posts
Showing posts with label bendera. Show all posts

Friday, June 28

TENGOK SENDIRI APA YANG APEK NIE BUAT PADA BENDERA 1MALAYSIA.....


Ini yang berlaku di Pulau Pinang, MKP tak mahu berhujah panjang kenapa dan mengapa Apek Tua nie bersikap sedemikian. Mungkin benda sebegini selayaknya sebagai sampah dan menjadi alas sebelum dihumban kedalam tong sampah. Sedikit pun MKP tak terasa hati atau marah kerana ianya bukannya Jalur Gemilang atau Sang Saka Bangsa. 

Apa pulak Komen Anda? 

Wednesday, September 5

Siapa Dalang Tukar Bendera?


Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula2 sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu. Hishamuddin pernah menguar2kan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua2nya bukan garapan anak negeri.

Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yg lumrah. Tetapi yg penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing2. Secara harfiahnya, yg mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Cuba kita lihat bendera Australia, juga ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive