Showing posts with label fauziah salleh.. Show all posts
Showing posts with label fauziah salleh.. Show all posts

Thursday, February 21

FAUZIAH SALLEH YB KUANTAN JANGAN BERMAIN API..........


Apa dah jadi dengan YB PKR nie sampai Islam boleh diperkotak-katikkan untuk meraih undi penganut agama Kristian...Jika dah sampai menentang apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syurah PAS ini adalah bahaya kepada Umat Islam...Akibat dan musibahnya kelak amat merbahaya...Jika nak menjadi sekular pun ini bukan masanya...siap sokong Guan Eng lagi.....Perghhhh...

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.  
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau.

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya. Baca seterusnya KLIK


Adakah kita sebagai umat Islam mahu apa yang digambarkan diatas terjadi pada generasi akan datang.Bagi MKP mungkin tidak...Pembaca boleh nilai sendiri dan berfikir sejenak tidak mustahil ini terjadi....Nahuzubillah...

 
 
 

Friday, October 19

#FuziahPenipu :Strategi Awal Untuk Tolak Keputusan PRU



Kalau tidak menipu, bukan Pakatan Rakyatlah namanya.  Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong.   Setakat ini, beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH.  

Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan. 

Tuesday, November 22

Fuziah cuba cantas Datuk Fauzi


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sedang mencuba untuk merampas kerusi parlimen Indera Mahkota dari calon kawasan itu Datuk Fauzi pada PRU 13 nanti. Ini memandangkan dia sedar bahawa pengundi di Kuantan sudah tidak mahu lagi meletakkannya sebagai wakil yang mewakili suara rakyat Kuantan di parlimen.
Setelah dia berjaya menghalau Azan Ismail dengan cara menjadi juara isu Lynas di Gebeng yang terletak di parlimen Kuantan kini Fuziah cuba memperbodohkan Datuk Fauzi yang mempunyai peluang cerah untuk bertanding di kerusi Indera Mahkota. Inilah sikap  Fuziah yang suka berbohong dan memperbodohkan rakyat. Cukup mudah untuk kita perhatikan prestasi dia sebagai Ahli Parlimen, sebagai contoh di Kuantan ini tiada satu pun masalah rakyat yang dia selesaikan malahan dia sibuk dengan isu yang diluar kawasan parliamennya.
Masalah asas rakyat langsung tidak diperdulikan. Satu perkara yang amat jelas bila dia mengunakan PAS Indera Mahkota untuk menghentam Dr Che Rosli bila isu Lynas dibongkar oleh beliau. Mengapa dia tidak mendapat sokongan dari PAS Kuantan tetapi terpaksa memintak PAS Indera Mahkota untuk membantunya menyelamatkan diri dari terus kelihatan sebagai bodoh.
PAS Kuantan sendiri sudah kenal siapa Fuziah yang suka menipu dan berterusan memperbodohkan rakyat. Kini dia bakal menjadikan Datuk Fauzi sebagai mangsa terbarunya. Politik tikam belakang sudah menjadi darah daging PKR jadi tidak hairanlah jika Fuziah cuba membunuh politik Datuk Fauzi.
Secara keseluruhannya kita sebagai rakyat sudah nampak politik PKR yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah rakyat. Jadi tidak perlulah kita bersusah payah untuk memikirkan siapa harus untuk kita undi pada PRU 13 nanti. Jika Fuziah berjaya menjadi calon Indera Mahkota marilah kita tolak dia dari terus menjadi Ahli Parlimen mewakili rakyat disana jangan lakukan kesilapan seperti pengundi di Kuantan. Jika Fuziah masih kekal di Kuantan sama-samalah kita katakan TIDAK pada Fuziah yang langsung tidak perdulikan pengundi di Kuantan ini.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive