Anthropic Turut Bersaing Dalam Arena Ejen AI Peribadi Melalui Claude Duet
-
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelbagai syarikat bersaing antara
satu sama lain dalam memperkenalkan ejen AI peribadi. Pihak Meta sedia
menempa nam...
Showing posts with label ibadah qurban.MCCBCHST. Show all posts
Showing posts with label ibadah qurban.MCCBCHST. Show all posts
Saturday, November 12
MCCBCHST Apa Masalah LU?
Kenyataan bersifat provokasi, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu qurban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam dan kegiatan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.
Gesaan yang dibuat oleh MCCBCHST dan alasan yang dikemukakan adalah sangat tidak munasabah dan secara jelas cuba membangkit kemarahan serta mencetuskan perbalahan antara umat Islam dengan penganut-penganut agama lain di negara ini.
Sejak turun-temurun lagi, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, ummat Islam di negara ini akan melaksanakan ibadah qurban di kasawan masjid, surau, dewan masyarakat, padang awam atau kawasan-kawasan yang majoritinya didiami oleh orang-orang Islam. Kadangkala ada juga yang melakukan aktiviti penyembelihan di kawasan padang sekolah jika dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar kawasan perumahan atau masjid tersebut.
Ternyata kegiatan penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah sangat sedikit. Jika terdapat aktiviti penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah, ianya membabitkan guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibupaba yang bergama Islam dan tiada kaitan dengan penganut-penganut agama lain. Dakwaan MCCBCHST yang menuduh ummat Islam tidak sensitif terhadap pelajar-pelajar agama lain tidak timbul sama sekali. Dakwaan MCCBCHST ini adalah sangat tidak bertanggung jawab, bertentangan dengan amalan hidup bertolenransi, berfikiran dangkal dan berniat jahat.
Umat Islam di Malaysia sentiasa sensitif dan bertoleransi dengan penganut-penganut agama lain. MCCBCHST yang sebenarnya perlu sensitif terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan mencampuri hal ehwal agama Islam adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina Majlis Raja-raja Melayu.sekiranya MCCBCHST terus menerus mengeluarkan kenyataan berniat jahat seperti ini, ia bakal mengundang permasalahan besar antara penganut berbilang agama di negara kita dan mampu mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Selaku majlis perundingan antara agama MCCBCHST sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan mendidik dan memahamkan masyarakat majmuk di nagara ini agar saling menghormati antara satu agama dengan agama yang lain dan bukannya mencetuskan api perkauman atau ketegangan antara agama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Innalillahiwainailaihirajiun - اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَم...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
