Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Saturday, January 19

VIDEO : APABILA IMAM MEMBERIKAN UCAPAN DI DALAM GEREJA KETIKA KRISMAS...


Kalau buat ini di Malaysia dah ramai orang mengkafirkan Imam ini. Syukurlah di Mesir mereka lebih toleran. Video ini mungkin akan membutakan anda.

Kearah Malaysia yang lebih toleran dan saling memhormati agama orang lain dan tidak asyik mahu bertempik "kristian jahat mahu mengkapirkan kita"

GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam.  
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.  
Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini. BeritaHarian..

DAP sebelum ini telah  membuat laporan polis berkenaan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan tiga akhbar iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times ke atas dakwaan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar tersebut pada 8 Januari 2013.


Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, beliau membuat laporan polis atas kenyataan Mohd Puad dalam Utusan Malaysia yang mengatakan parti tersebut mencetak 100,000 Bible dalam Bahasa Malaysia menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

MKP nak tanya pada Zairil apa pulak komen dan tomahan yang perlu dibuat oleh pihak DAP dengan dedahan yang terbaru ini...Ternyata apa yang telah laporkan polis sebelum ini hanyalah palsu untuk menutup perbuatan khianat DAP terhadap umat Islam kat Pulau Pinang...

MKP Ayat Sempoi :  Kumpulan terbabit terdiri dari 3 orang lelaki dan seorang pompuan telah dikesan menaiki sebuah kereta bernombor PGJ 9002..


Monday, January 16

VIDEO PANAS :Gay and Muslim in Malaysia.



Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab kau tidak minta untuk dilahirkan begitu. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab bukan kau yang minta mempunyai perasasaan sukakan kaum sejenis. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu hak kebebasan manusia. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu aku punya pasal.

Akan tetapi, jika kau seorang muslim, kau boleh menjawab begitu, ketahuilah kau adalah makhluk Tuhan paling keji. Bukan paling seksi ok. Hehehe. Hurm, gejala gay atau hubungan lelaki sesama lelaki kat Malaysia ni boleh dikatakan sudah agak normal dan biasa. Boleh nampak kat mana je lagi-lagi kat KL


Adakah golongan ini yang akan dibela oleh Anwar apabila menjadi Perdana Menteri Kelak????Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya.

Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu.

Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?


Friday, July 22

Al-Quran jadi bahan politik

 
Di negara ini, atas kepentingan politik, orang Islam sendiri mula mempermainkan kesuciannya sehingga membenarkan bukan Islam memetiknya sesuka hati. Dan pemimpin Islam menyokong, kononnya pemimpin politik bukan Islam itu sedang berjinak-jinak memahami al-Quran. 

Alasannya, para orientalis juga mengkaji al-Quran untuk kepentingan politiknya. Para orientalis menggunakan al-Quran sewenang-wenangnya bagi membenarkan teori yang mereka cipta bagi menggambarkan situasi masyarakat Islam. Malah, mereka turut membuat tafsiran berdasarkan perspektif sendiri. 

Orang Islam turut terpengaruh dengan metod ini, sehingga ada sarjana Islam yang menggunakan kaedah ilmiah orientalis dalam melakukan tafsiran semula kepada ayat-ayat al-Quran. 

Unsur-unsur yang bersifat kembali kepada ajaran sebenar ditafsirkan sebagai tidak lagi relevan. Pada mereka, konteks al-Quran yang diturunkan kepada usaha membentuk kesatuan kabilah-kabilah Quraisy, perlu dilihat semula. 

Konteks al-Quran kini telah dilupakan sehingga bukan Islam sudah berani memetiknya sebagai bahan kempen politik. Akibat inginkan kuasa, pemimpin agama sanggup menghalalkan penggunaan al-Quran oleh bukan Islam walaupun di luar konteks.. 

Pemimpin politik yang beragama Islam, yang berada sebaris dengan bukan Melayu tidak berani menegur. Perkembangan di Kedah menjadi satu daripada beberapa insiden politik yang menakutkan orang Islam sendiri. Baru-baru ini, apabila cadangan menutup premis 13 jenis hiburan sepanjang bulan Ramadan, bukan Islam bangkit mendesak agar ia diteliti semula. Maka, kerana ingin menjaga persahabatan pemimpin pembangkang di peringkat Pusat sanggup memberikan arahan agar cadangan itu dibatalkan. 

Hal ini menggambarkan pembangkang masih belum menerima dan menghormati pentadbiran pemimpin Islam. Sebaliknya, pemimpin mereka sanggup mencabar pemimpin Pusat agar melaksanakan cadangan itu secara menyeluruh sebelum negeri-negeri yang diperintah pembangkang melaksanakannya. Inilah dualisme politik yang berlaku di negara ini. Kerana tidak berupaya berhadapan dengan rakan bukan Islam, kerajaan pembangkang menuding kepada kelemahan Kerajaan Pusat. 

Kesucian al-Quran perlu dijaga dan untuk membacanya, umat Islam diwajibkan membersihkan diri. Membaca al-Quran pula mestilah dengan tartil, iaitu berdasarkan adab termasuk hukum tajwid dan sebelumnya seseorang itu perlu belajar memahami tanda-tanda yang terdapat bersama cara menyebutnya. Untuk mentafsirkannya, seseorang itu bukan sahaja tahu berbahasa Arab, malah wajib memahami konteks sesebuah ayat itu diturunkan, kerana ia adalah wahyu dan setiap wahyu mempunyai kisahnya . Kita juga memahami sebelum seseorang itu ingin membaca al-Quran dia perlulah beriman kepada Allah dan mempercayai bahawa ia sebuah kitab suci yang penuh di dalamnya pengajaran yang benar bukan boleh dibaca sesuka hati sekalipun oleh mereka yang tidak beriman dan menolaknya. 

Malah meniru dan membacanya untuk mengeliru fahaman umat Islam dan ia seperti mana ditegaskan oleh Saidina Ali kepada kumpulan yang membaca al-Quran dan menyalahgunakan ia : katanya, "Kalimah yang benar dibaca dengan tujuan palsu". Kumpulan ini juga adalah lebih sesat dan berbahaya dari kumpulan Khawarij yang menjadi penentang umat Islam di zaman Saidina Ali Kamarawajhah. 

Untuk mengenali kaum Khawarij ini, mereka menyalahgunakan al-Quran demi kepentingan mereka, sehingga sanggup menggunakan al-Quran (satu ayat) daripadanya untuk menolak hukum Islam dari al-Quran itu sendiri sehingga tindakan tahkim yang diambil pemerintah ditolak dan menyatakan mereka yang menerima tahkim itu sudah kufur dan keluar dari agama Islam. 

Disinilah bermulanya tuduhan kafir-mengkafir sesama umat Islam sehingga hari ini. Kesempatan ini dipergunakan oleh musuh Islam bagi melemahkan perpaduan Islam.

Sunday, May 29

APAKAH MODENISASI MEMBUNUH NILAI KEAGAMAAN?

BOLEH dikatakan setiap pelusuk dunia masa kini mengalami perubahan. Perubahan ke arah modenisasi. Secara amnya, modenisasi boleh diertikan sebagai transformasi dari keadaan yang tradisional ke arah yang lebih mudah, pantas serta berteknologi. Ini yang dikatakan sebagai pemodenan.
Situasi begini tidak kurang juga dengan apa yang dialami oleh rakyat Australia. Transformasi yang berlaku di sini begitu pantas sekali. Sehinggakan teknologi yang dibangunkan setahun yang lalu sudah dianggap sebagai kuno ataupun ketinggalan zaman.
Ironinya, pembaharuan pesat yang berlaku bukan sahaja bermain di sekitar bidang teknologi, bahkan nilai keagamaan juga mendapat tempias dari arus modenisasi yang sedang melanda dengan begitu hebat sekali di sini.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, dalam agama kristian katolik, confession(pengakuan terhadap dosa), merupakan satu kaedah pembersihan jiwa. Secara tradisionalnya, seseorang perlu hadir ke gereja, berhubung dengan paderi di dalam konsul yang tertutup.
Kemudian pesalah bolehlah membuat pengakuan terhadap segala dosa-dosanya, terutama sekali terhadap 7 dosa besar, yang dilakukannya secara tertutup untuk menjaga kehormatan dan privasi pelaku.
Akan tetapi modenisasi telah memudahkan elemen tradisi keagamaan ini. Kini terdapatnya sistem pandu dan masuk pengakuan dosa. Bagaimana?
Kaedahnya sama seperti memesan makanan ringan dari tingkap pandu masuk. Pendosa boleh memandu kereta sendiri, berhenti seketika untuk mengaku kesalahan yang telah mereka lakukan.
Yang menariknya, para pengaku tidak perlu menyebut secara terperinci akan dosa mereka, cukup sekadar memberi kod kesalahan, yang sedia tertera, untuk memudah dan mempercepatkan proses pengakuan dosa.
Pada akhir upaca, paderi akan menyembur (spray) air mawar tanda simbolik bersih dari segala dosa. Cukup mudah, cepat dan moden.
Modenisasi juga tidak hanya berlaku dalam agama kristian di sini, malah agama Islam juga tidak terlepas dari menongkah arus kemodenan. Seringkali jika anda berada di masjid-masjid sekitar sini, janganlah merasa hairan, apabila ada yang sembahyang disebelah anda memakai seluar pendek.
Tidak pelik juga apabila bertemu dengan mereka yang bertatoo mahupun yang bertindik solat bersama-sama anda. Kadang-kadang terfikir juga adakah ini dinamakan “tajdid” dalam agama, ataupun sekadar “islah”. Tapi bagi saya ini adalah kejahilan dalam agama.
Bukannya saya menentang sebarang pembaharuan, tapi janganlah kelonggaran yang diberikan disalah gunakan sehingga melampaui batas-batas nilai.
Kadang-kadang Islam sering dipandang sepi oleh pengikutnya sendiri. Ada ketikanya saya berjumpa dengan beberapa orang rakan ketika hendak menunaikan solat Jumaat.
Akan tetapi mereka tidak masuk ke masjid, hanya menunggu di luar. Bila ditanya kenapa tidak masuk? Jawapan yang agak mengeliru telah diberikan. Kehadiran kami sekadar untuk memberi hormat kepada jenazah yang ada pada hari ini, bukannya datang untuk bersolat.
Tambah menariknya, di sesetengah masjid lebih menitik beratkan pemakaian stokin berbanding dengan penutupan aurat yang sebenar. Sehinggakan terdapat masjid mengenakan peraturan “no sock no solat”, ironinya mereka yang memakai singlet dan seluar atas lutut dibenarkan pula untuk masuk bersembahyang.
Cuba bayangkan perasaan anda jika anda bersolat bersebelahan dengan mereka ini. Tidakkah anda terasa pelik dan terhina?Kebanyakan penganut agama Islam di sini malu untuk mengaku secara berterus terang tentang keimanan mereka. Sehinggakan bila ditanya jawapan yang cukup dangkal diberikan, “muslim but not practicing”.
Kadang-kadang jawapan yang diberikan dengan intonasi yang cukup bangga. Seolah-olah agama hanya dicari apabila hampir mati sahaja, malah perkahwinan pun sudah seperti tidak perlu kepada restu keagamaan.
Fenomena ini saya lihat dari sudut yang berbeza, hakikatnya ramai mengetahui ajaran Islam itu menepati keperluan sepanjang zaman, namun berapa ramai yang tahu atau mendalami Islam itu sendiri?
Kebanyakan dari mereka sekadar ikut mengikuti satu sama lain. Kesalahan ini saya lontarkan kepada orang pandai agama, kerana gagal meyakini orang awam akan kehebatan dan kebenaran Islam yang sebenar.
Bagi saya, “if you have a good product but you dont know how to sell or market it, it is a waste.”

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive