Showing posts with label live streaming. Show all posts
Showing posts with label live streaming. Show all posts

Saturday, March 2

LIVE STREAMING KETIBAAN JENAZAH PEGAWAI @PDRMSIA DI TUDM SUBANG. #LAHATDATU #WRLIVETV




[LIVE STREAMING] KETIBAAN JENAZAH PEGAWAI @PDRMSIA DI TUDM SUBANG. #LAHATDATU #WRLIVETV
11:00PAGI (FLIGHT DELAY)
2 MAC 2013
LIVE PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) SUBANG

Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi. Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak (dua lelaki dan seorang perempuan).

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang. Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - BERNAMA



Friday, March 1

LIVE STREAMING TV1 : KUASA POLITIK MEDIA BAHARU







Wednesday, February 6

TonTon Live Streaming : NASHARUDIN - BERJUANG DALAM KONTROVERSI.......?

 Siaran Langsung Dari TV3....Penjelasan Ustaz Nasha.....

 Syarikat Media Prima Berhad yg memiliki rangkaian television Swasta terbesar diMalaysia telah menyahut cabaran dari pemimpin PR untuk TV3 memberi ruang dan peluang pada pemimpin PR terutamanya PAS utk keudara distesen mereka....... Ust. Nasharuddin Mat Isa.. telah dijemput dlm program soal jawab diTV3..!!!


Sunday, February 5

PAS Lebih Maju Dalam Media Siber?


Teknologi memainkan peranan penting dalam dunia hari ini akan tetapi jika UMNO masih lagi mengunakan kaedah lama untuk mendekati pengundi dengan cara berceramah.Apa yang didedahkan ini bakal mengejutkan pemimpin kita.Releven lagilah kaedah yang sekarang kita guna pakai,ternayata PAS lebih setapak lagi dalam usaha ini. 



Ini adalah sebahagian daripada teknologi yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pas. Pegawai Telekom telah memaklumkan mereka kerap menerima panggilan dari pengguna internet daripada warga emas yang minta telekom segera membaiki sambungan internet sekiranya berlaku kerosakan.


Sebarang kerosakan perlu segera dipulihkan bagi membolehkan warga emas menonton siaran LIVE.


Kini ceramah Haji Hadi di Marang dapat ditonton oleh ribuan pengikut Pas seluruh negara terutama di Terengganu,


Gambar di atas adalah iklan promosi ceramah Azhar Idrus di Ladang pada 10 Februari depan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive