Showing posts with label pekida. Show all posts
Showing posts with label pekida. Show all posts

Thursday, April 26

PEKIDA BAGI AMARAN, SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK?


Sejak semalam selepas debat Khairi Jamaluddin dan Ambiga ramai yang respon kepada debat tersebut menyatakan Ambiga sudah ketandusan idea serta penganjuran Bersih 3.0 tidak lagi releven.....Berbalik pada itu MKP bertanyakan kepada ahli PAS serta PKR sekitar Pulau Pinang menyatakan tidak akan turun pada bersih kali ini kerana hilang pecaya kepada kepimpinan Bersih 3.0.Terbaru pertubuhan bukan kerajaan mahu penganjur BERSIH 3.0 untuk tidak meneruskan hasrat mereka mengadakan bantahan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Hari ini, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) berkata pihaknya bersiap sedia mengarahkan lebih 500 ahlinya untuk turut serta bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamaiah Malaysia (Pekida) bagi menghalang perhimpunan itu.

Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, bagaimanapun, arahan itu bergantung kepada situasi dan keadaan sebenar sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 itu diadakan."Sekiranya penganjur BERSIH 3.0 akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis untuk tidak berhimpun di Dataran Merdeka, kami tidak akan bersama dengan mereka.

"Tetapi sekiranya mereka masih berdegil untuk berhimpun di Dataran Merdeka, kita sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) anti BERSIH akan bersama dengan NGO yang lain untuk menghalang dan memprotes tindakan mereka ini," katanya.

Mengulas lanjut, Razali turut mengajak mana-mana NGO yang prihatin dan bertanggungjawab untuk turut sama menyertai gabungan ini.Semalam, Pekida Bandar Tun Razak melancarkan 'perang' ke atas himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bastari Muslim memberi amaran bahawa ahli PEKIDA akan turun menentang perhimpunan itu."Sarang tebuan jangan dijolok, Harimau yang tidur jangan dikejut kami akan berperang habis- habisan," ujarnya.

Penganjur BERSIH sehingga kelmarin tetap berdegil dan mahu mengadakan himpunan 'duduk bantah' itu di Dataran Merdeka meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

DBKL kemudiannya menawarkan beberapa alternatif lokasi lain yang telah digazetkan oleh kerajaan dalam Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012.

Saturday, June 18

Yusof Haslam, Pekida Berdamai.



Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.
Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.
"Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.
"Demi Allah, pihak kami tidak mempunyai niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, kontroversi yang berlaku mungkin salah faham dan terlepas pandang," katanya selepas mengadakanpertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam.
Majlis terserbut turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.
Majlis musyawarah itu diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangsterdan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.
Tambah Yusof, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan filem akan datang terutamanya sekuel KL Gangster tidak lama lagi dan akan memastikan isu sama tidak timbul.
“Saya akan membuat pemantauan lebih teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.

Saturday, June 11

Pekida Minta David Teo, Yusof Haslam Mohon Maaf


Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka RoslanDahaman memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua penerbit filem Kongsidan KL Gangster untuk meminta maaf secara terbuka.
Kedua-dua penerbit itu ialah Datuk Yusof Haslam dari Skop Production yang menerbitkanKL Gangster dan David Teo dari Metrowelth Movie Productions (Kongsi).
Katanya, jika kedua-dua penerbit filem tersebut enggan berbuat demikian mereka akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan termasuk ke Parlimen.
"Isu kedua-dua filem ini telah menyentuh sensitiviti pertubuhan Pekida. Kami memberi masa selama tujuh hari untuk kedua-dua penerbit itu meminta maaf secara terbuka.
"Mereka yang menimbulkan perkara ini dan sepatutnya bertanggungjawab. Kami hanya meminta mereka meminta maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut," ujarnya pada sidang di pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), di sini, Jumaat.
Majlis sidang media tersebut diadakan berikutan isu penggunaan dialog dan pekara-pekara lain dalam filem tersebut telah menyentuh perjuangan Pekida.
Tambah Roslan, pihaknya tidak mahu perkara berkenaan berulang kembali sehingga menjadi ikutan kepada penerbit filem tempatan dalam menghasilkan karya masing-masing.
"Saya tidak mahu apa yang dihasilkan dalam dua filem itu menjadi trend penerbit lain apabila mereka mmenghasilkan filem seumpama itu," tuturnya.
Dalam pada itu, Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata penapisan trhadap filem berkenaan dibuat mengikut garis agensi itu.
"Pihak kami membuat tapisan mengikut empat garis panduan utama iaitu mengambil kira soal keselamatan, kententeraman awam, sensitiviti agama dan tatasusila masyarakat.
"Kedua-dua filem tersebut melepasi keempat-empat tapisan tersebut dan selepas dinilai seramai 70 ahli penal LPFM," katanya.
Bagaimanapun Hussain berkata pihaknya meminta maaf dan mengaku kesilapan mereka melepaskan kedua-dua filem tersebut.
"Saya dan ahli panel yang menilai filem ini tidak arif tentang sensitiviti yang berkaitan dengan apa-apa juga pertubuhan seperti yang dipaparkan dalam filem ini.
"Kami berjanji selepas ini pemantauan lebih ketat akan dilakukan terutamanya melibatkan sensitiviti segelintir pihak," jelasnya.
Katanya, dia akan membuka peluang kepada ahli Pekida untuk menjadi ahli panel bagi filem-filem akan datang sekiranya ia menjurus kepada pertubuhan tersebut.

Friday, June 10

Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul



Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,"
Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.
Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.
"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.
"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.
Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.
"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.
"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive