Showing posts with label pelajar malaysia indonnesia. Show all posts
Showing posts with label pelajar malaysia indonnesia. Show all posts

Thursday, October 13

Katakan Perang Kepada Malaysia.


Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta terus menjadi sasaran demonstrasi oleh kumpulan penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia dan pada Khamis oleh kumpulan Laskar Merah Putih (LMP).


Kira-kira 70 anggota LMP yang berpakaian seragam celoreng mengadakan tunjuk perasaan selama satu setengah jam dengan membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia, yang didakwa telah mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.
Anggota polis yang berkawal di depan bangunan kedutaan besar itu telahmenghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan itu daripada mendekati pintu pagar.
Sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin oleh Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu dan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar di situ pada 28 Oktober ini.
Pernyataan itu antara lainnya meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu pertikaian sempadan antara kedua-dua negara. Isu sempadan itu ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya telah diambil secara haram oleh Malaysia.
Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan itu kerana ia tidak berasas.
Ini adalah hari kedua berturut-turut demostrasi diadakan di hadapan KedutaanBesar Malaysia berkaitan isu itu, setelah kumpulan Forum Betawi Rempug (FBR) yang membawa anggota berjumlah 650 orang berbuat demikian semalam.
Demonstrasi semalam menjadi kecoh apabila apabila penunjuk perasaan melempar batu, kayu dan buluh ke dalam kawasan kedutaan besar itu kerana marah dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu.
Perbuatan mereka telah mengakibatkan beberapa harta kedutaan rosak dan sembilan anggota polis Indonesia mengalami luka-luka kerana terkena benda-benda yang dilemparkan itu.

LAPORAN DEMONSTRASI DI LUAR KEDUTAAN BESAR MALAYSIA JAKARTA ATAS ISU PERSEMPADANAN NEGARA



Education Malaysia Indonesia ingin memaklumkan bahawa pada 12 Oktober 2011 bermula jam 1300 hrs (WIB) telah berlaku demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Demonstrasi ini dipercayai disebabkan oleh isu pertindihan pemilikan tanah di sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak. Isu ini mula mendapat liputan besar-besaran di media massa Indonesia sejak minggu lalu dan mula memuncak pada semalam.


Pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia telah diingatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan mereka terheret sama dalam kancah pertikaian isu ini. Terdapat aduan daripada pelajar yang sedang menjalankan ko-asisten (praktikal) di Hospital diprovokasi oleh para doktor dan jururawat. Manakala, aduan juga diterima dimana pelajar diprovokasi oleh pensyarah dan teman kuliah Indonesia.


Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, EM Indonesia telah meminta semua pelajar Malaysia supaya tidak menjawab atau memberi sebarang respon kepada rakyat Indonesia yang cuba membuat provokasi kepada mereka. Mereka juga diminta berada dalam kumpulan jika berada di luar rumah, mengelak dikenali melalui identiti berpakaian ketika menghadiri kuliah atau berada di luar rumah dan perlu berada di rumah sebelum menjelang tengah malam.


Selaras dengan keadaan ini, EM Indonesia telah meminta semua mahasiswa Malaysia di Indonesia mengaktifkan SOP bagi menghadapi situasi ini dan pemantauan 24 jam dibuat oleh EM Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Cermin pos pengawal Kedutaan Malaysia di Jakarta pecah dalam demonstrasi


Isu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat yang dihangatkan oleh media tempatan telah menyebabkan sekumpulan rakyat Indonesia mengadakan demonstrasi dan bertindak liar depan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini sehingga merosakkan cermin pos pengawal.


Kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) yang berjumlah kira-kira 650 orang berdemonstrasi selama satu setengah jam mulai pukul 1 petang, melempar benda keras seperti batu, kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan. Ini menyebabkan cermin pos pengawal dan beberapa lampu pagar kedutaan pecah hingga melukakan sembilan anggota polis yang berkawal di situ. 


Penunjuk perasaan itu dikatakan membantah tindakan Malaysia yang didakwa kononnya mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.
 
Kumpulan itu dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy. Pejabat Kedutaan Besar Malaysia tidak melayani sebarang nota bantahan dari kumpulan itu kerana dakwaan mereka itu tidak benar. 


Penunjuk perasaan menjadi marah apabila dihalang oleh pihak polis daripada memasang bendera FBR di pintu pagar bangunan pejabat kedutaan itu sehingga mereka bertindak liar merempuh anggota polis. 


Pasukan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka bagi mengawal keadaan daripada menjadi bertambah buruk. 


Isu pertikaian sempadan itu berlaku apabila Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin hujung minggu lalu mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, yang didakwa telah diambil oleh Malaysia.

 
Dakwaan beliau bagaimanapun segera disangkal beberapa menteri kabinet Indonesia kerana ia tidak berasas. Mereka ialah Menteri Penyelaras Kementerian Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Djoko Suyanto; Menteri Luar Marty Natalegawa; Menteri Dalam Negeri Gamawan Fauzi; dan Menteri Pertahanan Purnomo Yusgiantoro. 


“Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada 1891, 1915 dan 1928,” kata Marty. 


Perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris itu telah menetapkan garis sempadan kedua-dua negara itu dan sejak sekian lama tidak ada sebarang pertikaian mengenainya. -- BERNAMA 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive