Jeff Bezos, Pengasas Amazon Dilaporkan Membeli Pegangan Pada Liverpool FC
-
Sebuah konsortium yang turut disertai oleh Jeff Bezos, iaitu pengasas
Amazon kini dilaporkan dalam perbincangan untuk membeli satu pertiga
daripada peganga...
Showing posts with label penang Projek Taman air teluk bahang. Show all posts
Showing posts with label penang Projek Taman air teluk bahang. Show all posts
Sunday, November 27
GEMPAR!!!.... Projek Taman Tema Air Di Teluk Bahang.
Difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng (LGE) melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah meluluskan sebidang tanah berkeluasan 44 hektar yang bernilaiRM120 juta untuk dijadikan Penang Theme Park (PTP).
Fasa Pertama yang merangkumi keluasan sebanyak 17 hektarini akan dibangunkan sebagai 'adventure park' dan 'water park' dan dijangka siap pada tahun 2013. Tanah milik Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP) akan dipajakkan (mungkin selama 60 tahun) kepada sebuah syarikat yang difahamkan telah dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri. Difahamkan juga ada beberapa pihak di PBAPP tidak bersetuju dengan cadangan ini memandangkan cadangan tersebut terlalu hampir dengan Empangan Teluk Bahang dan boleh menjejaskan sumber air utama rakyat negeri Pulau Pinang.
Penulis pernah belajar subjek Geografi di zaman persekolahan satu ketika dahulu dan penulis masih ingat bahawa di kawasan tadahan air, pokok-pokok dikeliling kawasan tersebut memainkan peranan agar sumber tidak terus melimpah ke bawah dan seterusnya dapat mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.
Justeru itu Laporan Penilai Kesan Alam Sekitar atau Environmental Impact Accessment (EIA) adalah amat penting sekali bagi memastikan keberkesanan projek ini selaras dengan kehendak semasa di samping mampu memelihara alam sekitar. Namum penulis yakin bahawa projek ini bakal sedikit sebanyak akan mengganggu sumber air utama rakyat di negeri Pulau Pinang ini.
Kerajaan Negeri ternyata begitu rakus di dalam melaksanakan sebarang projek demi mengaut keuntungan segera tanpa memikirkan tentang kerosakan alam semulajadi yang bakal memberikan kesan jangka panjang kepada seluruh penduduk negeri Pulau Mutiara ini. Banyak lagi tapak yang difikirkan sesuai untuk tujuan itu. Semoga projek ini tidak berjaya dan rakyat negeri Pulau Pinang boleh menarik nafas lega serta tidur lena kerana sumber air mereka terjamin.
Blog Pendekar Siber.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
MENU HUJUNG MINGGU... SPAG BOLOGNAISE WITH BEEF BALLS - Hujung minggu adalah masa untuk menikmati makanan yang beza sikit daripada yang dimakan sepanjang week day. Kalau tiba ha...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com