Showing posts with label peniaga.. Show all posts
Showing posts with label peniaga.. Show all posts

Wednesday, July 20

Roboh Kedai Melayu,Regim DAP Berkebajikan

Untung menjadi melayu di Pulau Pinang,regim DAP begitu prihatin atas nasib para peniaga melayu.Maka tiada bayaran dikenakan untuk merobohkan kedai kedai mereka.Semuanya dijalankan secara percuma oleh pihak Majlis Perbandaran Regim DAP yang mentadbir cara Islamik yang begitu disanjungi oleh para alim ulamak khawarij PAS.

Melayu diberi keutamaan untuk dirobohkan kedai mahu pun kampung mereka kerana didapati tidak menepati kehendak dasar kerajaan negeri yang mirip kepada kerajaan Singapura.Kita semua sedia maklum regim DAP tidak rasis dan perkauman,kerajaan berkebajikan ini begitu prihatin terhadap peniaga peniaga melayu.Kita semua tahu peniaga melayu tidak akan mendapat layanan sebegini rupa dimana mana negeri diseluruh negara.

Pujian harus diberikan kepada Lim Guan Eng dan gerembolan rasis chauvanis ultrakiasu kerana melaksanakan negeri berkebajikan dan sama rata.Kesamarataan ini diterjemahkan dengan kebebasan peniaga cina di seluruh Pulau Pinang yang tidak dipedulikan oleh penguatkuasa majlis perbandaraan kerana tidak diambil tindakan langsung.
PULAU PINANG 19 Julai - Seorang pengusaha agensi pelancongan di Jalan Batu Feringghi di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila premis perniagaannya diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.

Tindakan itu diambil oleh MPPP atas alasan premis Mohamad Yusoff Ibrahim, 59, dibina secara haram di atas tanah pihak lain.

Kira-kira 20 anggota penguat kuasa MPPP terlibat dalam kerja-kerja merobohkan premis tersebut pada pukul 11 pagi. 

Mohamad Yusoff tiada di premisnya ketika operasi merobohkan gerainya dilakukan kerana dia terlantar sakit di rumah.

Seorang pegawai penguat kuasa MPPP yang mengetuai operasi berkenaan memberitahu, premis tersebut didirikan di atas tanah milik individu.

Beliau yang enggan dikenali berkata, notis telah diberikan kepada Mohamad Yusoff, dua minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, pihaknya kecewa dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah 'lepas tangan' dalam isu berkenaan.

Menurutnya, Mohamad Yusoff mendakwa Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman sebelum ini pernah memberi jaminan akan membantunya dalam isu tersebut.

"Apabila pemimpin kerajaan negeri memberitahu dia boleh beroperasi di sini, bermakna dia telah mendapat mandat untuk meneruskan perniagaan.

Wednesday, January 5

Peniaga Nasi Kandar Buat laporan Polis Terhadap Setiausaha Politik Lim Guan Eng



Peniaga nasi kandar, Syed Kassali Mohamad Aliyar, hari ini membuat laporan polis mendakwa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik, mengasarinya dan menyita peralatan di gerainya tanpa sebarang notis malam tadi. 

Pemilik gerai "Nasi Kandar Mohamad Aliyar" di Gat Lebuh MacCalum itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Bercakap kepada pemberita, Syed Kassali mendakwa tindakan Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menyita peralatan di gerainya pada 11 malam tadi itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Beliau mendakwa beberapa pekerjanya turut dihamburkan dengan kata-kata berunsur perkauman. 


Sumber Berita Harian.


Mat Kilau kata DAPig nie memang parti racist apa kata PRU 13 kita pakat-pakat ubah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive