Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Monday, August 20

GEMPAR : PAS Teluk Intan Kutip Wang Fitrah?

Terdesak sampai wang fitrah pun PAS Teluk Intan nak sapu ke?Apa punya kejadah harami memalukan umat Islam SeMelaysia aje nie?Pada mulanya MKP ingat benda nie hanya sekadar gurauan  akan tetapi apabila meneliti dengan dengan lebih mendalam dan terperinci sah bahawa PAS Teluk Intan memenang dok saku duit orang ramai untuk kegunaan Parti PAS.
Terkejut saya di pagi hari didalam sebuah masjid di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan apabila saya membayar fitrah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya kepada Pusat Zakat Dan Fitrah, Jabatan Agama Islam, Perak. Kenapa harus jadi begini dan apakah hak untuk Parti Pas mengutip Fitrah kepada Rakyat. Ini sudah menjadi satu kesalahan bagi undang2 Kerajaan Malaysia.... Apakah Parti Pas sudah tiada duit untuk digunakan bagi PRU nanti dan cara itu sahaja digunakan untuk mendapatkan duit..... Tiadakah cara lain untuk menipu rakyat lagi dan ini jelas menunjukkan Parti Pas sudah mula menipu rakyat. Semuga Allah memberikan pembalasan kepada Ahli2 Parti Pas termasuk para Pemimpin Pas yang bersubahat didalam perancangan aktiviti kotor ini...PenditaAlam 

Laporan Polis Dibawah telah mengesahkan apa yang telah berlaku.


Tuesday, June 19

Panas :Dato Hamidah Menghalau Rakyat? @ybmidah


Betulke dakwaan yang telah dibuat ini Datuk Hamidah? tapi penjelasan harus diberikan leh YB Datuk Hamidah kerana ini adalah provokasi oleh pihak pembangkang di DUN Sungai Rapat.YB Lim Boon Chai nie memang muka tak malu sebab datang hanya untuk menganggu majlis yang telah diaturkan oleh UMNO dan YB Datuk Hamidah.video ini akan menjelaskan niat jahat mereka,Rakyat sekarang dah matang dan cerdik menilai perbuatan dan sikap durjana DAP dan PAS nie.....


MKP Ayat Sempoi: Kalau majlis Anwar diganggu macam nie depa bising satu dunia salahkan UMNO.Tapi yang nie tajuknya membabitkan rakyat padahal DAP dan PAS buat angkara...

Tuesday, February 21

SAPA PUNYA PROGRAM NIE!!! SABOTAJ PM KOT???



Sapa punya Program nie depa dah mula nak sabotaj PM ke?Kekadang pelik dan musykil dengan pihak yang menguruskan Program nie........Nak buat program pun lain kali berhati-hati dengan tomahan dari pihak pembangkang lahanat nie.Depa akan berusaha apa saja untuk menjatuhkan imej PM dan UMNO sendiri.Banyak dah Tranfomasi yang dibuat oleh PM nie,Depa pun dah sakit kepala dengan PM buat untuk Rakyat Malaysia.Orang Penang kata depa nie umpama Beruk Dan Kera kena belacan dah. 

Kebetulan hari nie MKP berada di PERAK.Dah mai nie nak buat keja risik mengenai kes nie.Almaklum sekarang nie kena ada bukti dan sahih untuk tembak sapa saja yang cuba mensabotaj PM.Tak kira lah walaupun kawan atau sebaliknya.


Betul tue Ustad MKP setuju sangat apa yang dikata.

Monday, November 28

Nga Kor Ming Kutuk Melayu Dalam Majlis Melayu.




Kenapa pak lebai nie semua gelak????????//nak tahu nie semua pasal masyukkkkkkkkkkkkk la tengok gambar diatas berapa depa kaut dalam setiap ceramah.Semua duit yang dikumpul kononnya untuk PARTI padahal benda yang berlaku masyyyyyyukkkkk kantong sendiri.

Seronok sungguh Melayu berkopiah ketawa apabila orang Islam berkulit gelap dihina oleh orang cina yang bernama Nga Kor Ming.

Masih ingat dulu bagaimana Azmin Ali menggelarkan N.Gobalakrishnan dengan perkataan 'PARIAH'? 

Adakah kenyataan sebegini tidak rasis?

Masih ingat dengan orang Melayu yang menyebut 'kaki botol' dan 'mata sepet'?

Apa jadi dengan orang itu?

Dikenakan tindakan?

Diberhentikan kerja?

Cuba tanya 'pak google'...

Thursday, November 24

Pelacur politik" dan ' katak"




Timbalan Yang Dipertua DUN Datuk Hee Yit Foong yang mempengerusikan persidangan meminta Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) yang membahaskan Belanjawan 2012 negeri supaya menarik balik kata-kata berkenaan kerana ia menghina golongan wanita termasuk ibu dan nenek kepada wakil pembangkang berkenaan.


"Ia menghina (kaum) wanita, tarik balik, kalau tidak saya putuskan jangan berbahas... ibu dan nenek Yang Berhormat juga kaum wanita," katanya pada persidangan DUN di Ipoh.

Namun, Nga enggan menarik kenyataan itu dan berkata beliau tidak menuduh sesiapa dan juga tidak menyebut nama tertentu bagi membayangkan maksud "pelacur politik" dan "katak" itu.

"Adakah saya tuduh sesiapa? Siapa makan cili dia terasa pedas... saya tidak cakap sesiapa tapi kenapa Timbalan Yang Dipertua terasa sangat?" katanya.

Keengganan Nga menarik balik kenyataan itu menyebabkan Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan Dr Wan Nooashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) bangun lantas mendesak dengan keras supaya wakil rakyat itu berbuat demikian.

Hee memutuskan persidangan ditangguhkan lima minit seperti dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan disokong Hamidah untuk menenangkan keadaan.

Bernama melaporkan penangguhan itu bagaimanapun tidak meredakan keadaan kerana sebaik persidangan bersambung semula, Nga meneruskan perbahasannya serta masih enggan menarik balik kenyataannya walaupun diberi peluang sebanyak tiga kali oleh Hee.

Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) bangun lalu berkata: "Kami di sebelah sini dengar perkataan yang dikeluarkan iaitu "pelacur politik". Saya mahu bertanya kepada sidang ini adakah perkataan ini dibenarkan di sini? Jika tidak diizinkan ia perlu ditarik balik."

Beliau berkata jika wakil rakyat Pantai Remis tidak mahu tarik balik perkataan itu, Timbalan Yang Dipertua dewan boleh "menghalau" Nga daripada persidangan hari ini dan cadangan itu disokong Jamaluddin Mohd Rdzi (Bebas-Behrang).

Berikutan keengganan Nga menarik balik kata-kata berkenaan, Hee akhirnya mengarahkan Nga keluar dewan kerana menggunakan perkataan menghina serta mencela anggota DUN di samping berkata beliau tidak memberi peluang kepada mereka yang biadap.

Beberapa wakil rakyat pembangkang terutama V.Sivakumar (DAP-Tronoh) bangun membantah keputusan itu dan mendesak Hee yang keluar dewan kerana mengatakan "adakah wakil pembangkang minat pelacur, jika betul saya boleh bawa".

Nga pula kekal ditempatnya enggan mematuhi arahan Hee.

Yang Dipertua Datuk R.Ganesan, yang kemudiannya mengambil alih sesi persidangan menggantikan Hee, berkata Nga telah menimbulkan keadaan haru-biru dengan mengeluarkan perkataan "pelacur politik" serta "katak" malah enggan menarik balik selepas diberi banyak peluang.

Bertindak tegas, Ganesan mengarahkan Nga keluar dewan dan meminta Datuk Hamdi Abu Bakar (BN-Pengkalan Baru) meneruskan sesi perbahasan Belanjawan 2012 negeri menyebabkan wakil pembangkang itu akhirnya akur dengan arahan keluar dewan.

Selain Nga, wakil rakyat pembangkang lain iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut meninggalkan persidangan sebagai tanda protes terhadap keputusan dewan. 



AGENDADAILY>

Thursday, March 17

Nizar ajak Aznil masuk PAS


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin menyuruh Bob Lokman memujuk pengacara popular, Haji Aznil Nawawi menyertai PAS. Beliau juga berpesan kepada Aznil supaya tidak lagi mangajar anak-anak kecil berhibur hingga melalaikan mereka.

'Saya nak suruh Bob Lokman ajak Aznil masuk PAS. Udah-udah le ngajo budak-budak melompat-lompat', katanya ketika Ceramah Sensasi bersama Bob Lokman dan Ustaz Radzi Melissa di Kg Bahagia, Teluk Intan Semalam.

Ceramah itu dihadiri lebih 1000 orang. Rakyat yang hadir dihiburkan oleh bekas Vokalis Kumpulan Melissa, Ustaz Radzi. Beliau menyanyikan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Ceramah yang disampaikan oleh Pelawak terkenal dan penulis lirik isabela, Bob Lokman menggamit rakyat yang hadir. Auranya sangat kuat dan ceramahnya sangat menarik. Beliau menceritakan bagaimana beliau berubah serta meninggalkan dunia hiburan dan menyertai PAS.

Mat Kilau Penang kata awat hangpa nie dah kering modal kot dok ajak artis pulak masuk PAS-PIS-PUS.lebih baik lompat dari tersasar dok ikut hampa menjual agama untuk mencapai matlamat politik Hampas hampa,Diperkudakan oleh DAPig.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive