Showing posts with label sarang judi. Show all posts
Showing posts with label sarang judi. Show all posts

Thursday, June 23

DAP MEMERINTAH PULAU MUTIARA JADI PUSAT JUDI.



Hampir sebahagian penduduk di Taman Puteri Gunung kesal dan kecewa apabila rata-rata pemilik perniagaan di kawasan itu menyalahgunakan premis mereka. 

Difahamkan, pemilik premis mendaftar perniagaan mereka sebagai kedai telekomunikasi yang sepatutnya menjual kad prabayar, kad tambah nilai dan telefon bimbit namun apabila penduduk ingin mendapatkan perkhidmatan berkenaan semuanya tiada. 

Apabila perkara berkenaan diselidik penduduk, mereka mendapati bahawa hampir keseluruhan premis kedai yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi terbabit menawarkan perkhidmatan judi iaitu nombor ekor. 



Penduduk yang mahu dikenali sebagai Khairul, 21, berkata, setiap hari dia melihat orang ramai berkunjung ke kedai itu.

“Di luar kedai jelas tertera sebuah premis menjalankan perniagaan telekomunikasi namun dalamnya menawarkan perkhidmatan nombor ekor.

“Saya yakin perkhidmatan telekomunikasi berkenaan adalah sebagai pelindung terhadap kegiatan mereka,” katanya.

Menurutnya, kegiatan berkenaan berlarutan sejak tiga tahun lalu dan ia semakin berleluasa apabila tiada pihak berkuasa yang tampil untuk membuat sebarang tindakan.

“Lebih mengecewakan, kegiatan berkenaan melibatkan orang Islam yang rata-rata terdiri daripada golongan warga emas.

“Sebagai generasi muda, saya berharap agar pihak berkuasa dapat menangani masalah ini dengan segera kerana perbuatan ini amat memalukan terutamanya golongan Islam dan ia seharusnya dibendung,” katanya. 



Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yati berkata, tindakan pemilik premis berkenaan yang menyalahgunakan pendaftaran perniagaan mereka seharusnya dikenakan tindakan tegas.

“Saya malu apabila pekerja kedai berkenaan dengan bangganya memberitahu bahawa meskipun kedai mereka didaftarkan atas perniagaan telekomunikasi, namun ia beroperasi sebagai kedai nombor ekor.

“Saya tidak tahu mana perginya pihak berkuasa kerana bukan kedai ini sahaja yang menjalankan kegiatan nombor ekor malah kedai kek serta beberapa premis di kawasan berhampiran juga turut menawarkan perkhidmatan nombor ekor, “katanya. 



Ternyata, dakwaan penduduk terhadap beberapa kedai telekomunikasi yang menyalahgunakan pendaftaran perniagaan mereka benar apabila beberapa penduduk termasuk warga emas menulis nombor ekor. 


MKP KATA:lama-lama Pulau Mutiara tukaq jadi Pulau Judi.Takkan Pihak Berkuasa dok tengok saja.Apa kejadah semua nie.

Monday, April 25

PANAS DAP PATUT BANGGA DENGAN KEJAYAAN INI.





DAPig patut berbangga dengan apa yang dicapai menjadikan Pulau Pinang sebagai sarang perjudian dan maksiat terkenal rantau ini.Dok sembang kata depa nie sebagai khalifah dan mentadbir berdasarkan khalifah Umar abd. Aziz pirah mabuk jangan dok banyak tembak macam meriam padang kota.Pasti selepas ini menjadikan pihak berkuasa sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri.


YB Malik itik patut jawap pasal ini jangan dok diam dan membisu apa dah jadi baru 3tahun memerintah kalau 30 tahun hancur Pulau-Pinang.Jangan jadi barua dok ikut cakap Guan Eng hangguk-geleng sama. 


Aktiviti judi didapati semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang apabila kian banyak tangkapan dilakukan, terbaru polis berjaya menumpaskan satu sindiket judi bola haram membabitkan taruhan sehingga jutaan ringgit.


Sindiket yang beroperasi di sebuah pangsapuri di Jelutong itu tumpas setelah polis berjaya menahan tujuh lelaki dan dua wanita ketika mereka leka mengambil pertaruhan dalam talian.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan awal pagi semalam, polis merampas tiga buah komputer riba, kerusi serta meja ala kasino.


Pada Khamis dan Jumaat lepas, polis berjaya menahan 50 orang yang sedang berjudi di Tokong Batu, Jelutong dan Tanjung Jaya, Jalan Raja Tun Uda, Pulau Pinang.



Bermodalkan komputer riba dan talian Internet di sebuah pangsapuri sebagai pusat operasi judi bola haram, satu sindiket di Jelutong di sini mampu memperoleh nilai pertaruhan mencecah jutaan ringgit sehari.



Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive