Showing posts with label siti nurhaliza.. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza.. Show all posts

Friday, April 13

SAPA MAU DUIT 100,000?


Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.

Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.

Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.

Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara; Dato' Siti Nurhaliza.

"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut."

Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."

Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen televisyen swasta.

Sunday, February 26

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Unit Mewah The Istana Bernilai Lebih RM1 Juta Di Australia



Kami sukakan nama projek kediaman mewah di Melbourne, Australia ini yang menggunakan The Istana — yang pada kami cukup ringkas &classy.
Semalam berlangsung’nya majlis pelancaran projek kediaman The Istana yang juga menyaksikan Dato’ Siti Nurhaliza menandatangani perjanjian jual beli untuk menjadi pembeli pertama.
The Istana merupakan projek perumahan mewah pertama di’luar negara untuk Magna Prima Bhd dan 62% kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa — selebihnya untuk pembeli Malaysia.
Dato’ Siti Nurhaliza membeli sebuah unit pangsapuri satu bilik di The Istana yang memerlukan pelaburan RM1.1 juta dan ke’atas. – Utusan Malaysia
Demonstrasi Anti Lynas Langgar Syarat Himpunan
Penganjur Himpunan Hijau 2.0 didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bagi mengadakan himpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK4) di sini, Ahad kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd Jasmani Yusoff.
Beliau berkata antara garis panduan yang telah dilanggar ialah beberapa kumpulan didapati berarak daripada tempat mereka berkumpul menuju ke padang MPK 4 bersama-sama pemimpin parti pembangkang, membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun menyertai himpunan, memberi ucapan berbaur politik serta menjual dan mempamerkan pelekat serta sepanduk yang mengutuk kerajaan turut di bawa oleh peserta.
LAPORAN PENUH MENGENAI DEMO LYNAS KLIK SEMUT HITAM


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive