Showing posts with label tanah runtuh hulu langat. Show all posts
Showing posts with label tanah runtuh hulu langat. Show all posts

Sunday, May 22

TERKINI:Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 12 Terkorban; 4 Tertimbus


Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah:
1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11, * umur tidak diketahui



Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan sejumlah RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia di Hulu Langat dekat sini.
Bantuan berkenaan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas melakukan tinjauan di tempat kejadian malamSabtu.
"Selain itu segala keperluan dari segi pengkebumian akan ditanggung oleh kerajaan Pusat...kita akan biayai keperluan yang berkaitan.
"Kita juga akan menangani mengenai masalah keperluan rawatan kesihatan kepada mangsa yang terselamat," katanya ketika ditemui media.
Tambah beliau, usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang dilaporkan hilang ditemui.
"Kerja-kerja ini tidak akan terhenti sehinggalah selesai semua bilangan mangsa ditemui sama ada mereka hidup ataupun meninggal dunia," katanya.


Sehingga berita ini ditulis, seramai 21 mangsa berjaya dikeluarkan dengan 12 daripadanya meninggal dunia.
Usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari empat lagi mangsa termasuk seorang dewasa.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, maklumat lengkap mengenai tragedi berkenaan akan diperolehi daripada pihak berwajib bagi mengetahui mengenai punca kejadian.

LIVE Tanah runtuh: Lelaki tertimbus ditemui selamat



HULU LANGAT 21 Mei – Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, hari ini, dikeluarkan dengan selamat.
Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam.terbaru 12.15am Dah sah: 3 dewasa, 6 kanak 2 selamat, 1 dewasa dan 9 meninggal, nasib yg lain belum diketahui

Saturday, May 21

TPM:TURUN PADANG DI-LOKASI TANAH RUNTUH








HULU LANGAT 21 Mei - Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.
Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian. 
Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Seorang lagi meninggal dunia di Hospital Ampang,menjadikan enam orang mati,10 masih lagi tertimbus,8 cedera..........



.SUMBER KLPOS

Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 5 Terkorban


Lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 10 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak 10 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive