Showing posts with label umno Penang. Show all posts
Showing posts with label umno Penang. Show all posts

Wednesday, December 7

Breaking News:Surat Khabaq Cina Jangan Melampau.

PULAU PINANG 7 Dis. – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menuntut dua akhbar berbahasa Cina menarik balik artikel mereka yang didakwa suatu pembohongan serta palsu.

Selain itu, beliau juga meminta permohonan maaf dibuat dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar itu kerana menyiarkan laporan yang tidak tepat berkenaan ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Menurut Musa, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit tidak benar sama sekali dan bercanggah dengan isi ucapannya selaku wakil UMNO Pulau Pinang.

"Kenyataan penarikan balik artikel itu dan permohonan maaf mereka harus dicetak dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar berkenaan.

"Saya juga memberi mereka tujuh hari untuk berbuat demikian dan tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Wanita UMNO negeri, Zabariah Wahab.

Kenyataan kedua-dua akhbar tersebut menyebut Musa mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) hanya menghantar UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tidak bergantung kepada parti komponen yang kalah pada pilihan raya lalu untuk menakluk Pulau Pinang.

Musa menafikan berucap sedemikian sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya menyentuh mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh UMNO di Pulau Pinang. - Utusan

Friday, December 2

VIDEO PANAS:UMNO P.Pinang Bidas Fitnah Anwar.



Sebagai ahli  MT UMNO ,  beliau menegaskan bahawa UMNO Malaysia tidak pernah mengeluarkan buku panduan pilihanraya yang di dalam menyatakan menyuruh mencipta fitnah .  Sebagai sebuah parti yang berpengalaman  dan banyak  berjasa kepada rakyat  , UMNO tidak perlu  membuat kerja menabur fitnah ini.


Buku yang dinyatakan didalam blog tersebut.

Kenapa tidak meletakkan gambar buku seperti ini dalam blog hampa.Nak kencing pun agak-agak la.Nie nampak sangat nak kencing merecik la nanti hancing satu malaya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive