Showing posts with label wifi.. Show all posts
Showing posts with label wifi.. Show all posts

Wednesday, August 10

LAWAKKING:DAP bagi WIFI FREE di Pasar AWAM.

Dey karawale punya Guan Eng lepas janji PRU 12 kata nak bagi semua rakyat Pulau Pinang FREE WIFI tetapi semua tue macam musibat ada bukan tak ada tetapi hanya melepaskan batuk ditangga buat saja lebih kurang.Lihat apa yang telah disenaraikan diatas bukan semua tempat boleh guna,inilah ketua menteri yang tak boleh pakai dalam sejarah Pulau Pinang.

Tadi kisah yang lama nie ada pulak cerita baru pasal FREE WIFi jugak,depa DAP celaka nak bagi FREE WIFI Dekat Pasar la pulak,Yang pertama telah dibuat di Pasar Awam Bayan BAru,Bestla orang bayan baru pasal pi market lepas nie boleh dapat wifi free.Apa punya bangang DAP nie PASAR bagi wifi.awat makcik dan serta mami-mami Penang pi Pasar bawak Blackberry kot Tengok apa boleh beli hari nie dan tengok apa yang murah kat Pasar tue guna internet melalui Blackberry.

Seterusnya akan di perluaskan kesemua pasar basah di negeri Pulau Pinang sebanyak 32 tempat semuanya.Lokasi seterusnya adalah Pasar Awam Balik Pulau.Ada pulak syaratnya,kalau nak pakai hanya boleh guna selama 30minit sahaja.lepas tue kena log-in balik.apa punya kejadah semua nie,lebih baguih pi kedai mamak Free jugak tempat selesa tak payah ada macam-macam sekatan serta kerenah cuma order makanan dan minuman dan enjoy sepuasnya.sekarang dimana sahaja restoran ada WIFi Percuma,Guan Eng tak payah lah dok nak jadi populis dan nak cari glamour yang bagi orang meluat. 

Keadaan Dipasar awam diPulau Pinang bukanlah selesa dibandingkan dengan tempat lain.bukan nak memperlekehkan negeri sendiri tetapi inilah hakikat yang patut kita terima.Jika diberi peluang untuk melayari internet dipasar MKP akan berfikir sepuluh kali kerana tidak selesa dengan suasana serta wangian yang paling busuk menusuk hidung.Pasar Umumnya menjual ikan serta bahan mentah mana ada yang wangi kecualilah dipasaraya besar.Pasar selalunya adalah tempat yang paling sibuk dengan bermacam bunyi dan bising tak tau lah ada pasar yang semua orang tidak memekik untuk melariskan jualan mereka.Apalah gunanya memberikan Wifi percuma dipasar dan tentunya kerajaan Negeri mengeluarkan Banyak peruntukkan bagi tujuan tersebut.Atau Depa dok Ada AGENDA lain yang orang lain tak boleh tahu dan Protes walaupun EXCO DAP. 

Tuesday, May 3

GUAN ENG PENIPU LIDAH BEWAK:Pemuda Gerakan Pulau Pinang



Kemudahan internet tanpa wayar (Wifi) yang disediakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP adalah satu penipuan dan pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dipasang di kawasan yang tidak strategik, kata Ketua Pemuda parti Gerakan Oh Tong Keong.
Beliau berkata pemantauan oleh sayap parti itu di beberapa lokasi mendapati kemudahan yang disediakan itu langsung tidak boleh digunakan.
"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengumumkan talian itu dapat digunakan biarpun dalam lingkungan 100 meter, tetapi (kini) dalam lingkungan 20 meter pun ia tidak dapat digunakan, kebanyakan tempat tumpuan orang ramai dan perumahan yang dikatakan mempunyai kemudahan Wifi juga tidak dapat digunakan, ini merugikan semua," katanya dalam persidangan media di sini Isnin.
Terdahulu Oh bersama Naib Ketuanya H'ng Khoon Leng meninjau kemudahan Wifi di Lorong Argyll di sini, dan mendapati kemudahan itu langsung tidak dapat digunakan.
Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya memperbaiki kemudahan Wifi yang dipasang pada fasa pertama sebelum melaksanakan fasa kedua yang menelan kos kira-kira RM8.49 juta membabitkan pemasangan 750 wifi router.
Ssebelum ini Matkilaupenang ada menyatakan pembohongan ini KLIK DISINI

Friday, April 22

Guan Eng Musibat Tipu WIFI FREE

Tak habis-habis musibat nie dok tembak pasal free wifi berikut adalah fakta yang sahih tetang apa yang terjadi pasal wifi sekitar parlimen Tanjong yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan.Kalau hampa tak pecaya atau ragu-ragu tentang fakta nie boleh bawak apa saja yang boleh mengesahkan wifi dapat disambungkan ditempat berikut.hanya satu dari sepuluh buat malulah Musibat Guan Eng umpama tembak meriam padang kota nie.satu yang kena lain semua kona.Pelaburan RM8.49million wow ini sudah bagus jual orang lebih untung dari jual unta tanpa tender terbuka.CAT konon pirahhh.Yang MKP tau cat ada kat Sarawak sempat bergambar dengan kucing kat sana. 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive