MKP tak nak mengulas banyak tentang video ini akan tetapi biarlah ianya menceritakan sendiri pada korang semua , Nilai dengan hati yang terbuka dan waras. Selamat menonton...
Zulkifli Nordin diserang oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab di Taman Petaling Perdana. Ceramah anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan apabila salah seorang daripada mereka naik ke pentas dan menolak muka pengerusi majlis.
Penduduk itu kemudiannya berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali. Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan.
Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.
Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.
Difahamkan pengisian ceramah Zulkifli malam itu kebanyakannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu.
Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.
MKP Ayat Sempoi : Orang PAS panas telinga bila sebut "Cicak Mengkarung" perilaku cicak nie sama dengan Nik Aziz.....
Pesanan dari pada YB Datuk Zul Kulim,mengadaikan semuayang ada untuk memenuhi nafsu seorang pemimpin seperti Anwar Al-juburi. Semuanya telah terbukti dan tidak dapt diselindungkan lagi.Seorang lagi sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau 'meninggalkan' Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
"Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran.
Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.
Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.
Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.
"Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?
"Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau," katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.
Ditanya mengenai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901', beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.
"Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.
"Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik.
MKP:Kredit kepada Det Guaq video yang hebat,,,,,,,,jutaan terima kasih.
Tahniah MKP ucapkan kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pada Rabu dilantik sebagai Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang baru.
Zulkifli dilantik menerusi satu usul tergempar yang dikemukakan ahli dewan tertinggi Perkasa, Muhammad Zahid Md Arip pada sesi perbahasan persidangan Agung Perkasa Kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini.
Usul tersebut diluluskan sebulat suara.
Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.
40 Hari Tanpa Kak Jee
-
*Bismillahirrahmannirrahim.*
Hari ini, genap 40 hari pemergian isteri tercinta, Fauziah Samad, atau
lebih mesra disapa Kak Jee oleh semua pembaca dan sah...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com