Ulasan REDMI 17 5G – Kelas Permulaan Yang Memeningkan
-
Peranti REDMI bukan satu nama yang asing untuk peranti kelas permulaan dan
juga pertengahan kerana menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga yang
mamp...
Sunday, April 24
Transformasi BN Tanjong.Bersediakah Parti Komponen?
Adakah BN tanjong bersedia berubah untuk mencapai matlamat yang diutarakan oleh pucuk pimpinan?bersediakah akar-umbi menerima transformasi yang bakal dilakukan tanpa komitmen yang bertekad untuk kearah tujuan itu.bengkel gerak gempur pilihanraya BN parlimen Tanjong.Tujuannya ialah mengwujudkan hubungan yang lebih erat dan kefahaman terhadap konsep 1malaysia. Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang lebih yang lebih teratur di kalangan ahli pemuda,puteri dan beliawanis dari semua parti komponen wajib dikenal pasti agar matlamat kemenangan mutlak di capai dan dilihat pergerakan semua pihak adalah satu pasukan dibawah panji BN dan bukanya dari parti komponen secara individu.
DAP:Lim Kit Siang KUDAkan Melayu PAS+PKR.
PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang masih teruja meraikan kejayaan besar parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak. Seperti yang dijangka percaturan DAP mempergunakan Pas dan PKR membuahkan hasil.
Rasanya keyakinan Kit Siang melonjak dengan misi DAP akan mencapai kemuncaknya pada pilihan raya umum akan datang. Semuanya kerana formula beliau memainkan sentimen perkauman melampau telah memikat pengundi Cina. Kit Siang membakar sentimen kaumnya. Pendekatan DAP menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan dan menafikan orang Melayu, amat berbahaya. DAP tidak pernah bersuara membela nasib orang Melayu yang miskin terutama di luar bandar. Perhatian kepada kaum India juga sekadar di bibir.
DAP adalah parti paling rasis. Berselindung di sebalik slogan demokrasi dan kesamarataan untuk semua kaum tetapi agenda utama parti itu hanya untuk kaum Cina. Pemimpin dan ahli kaum lain seperti India dan Melayu, hanya menjadi tukang seri.DAP adalah parti milik Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Kit Siang seorang diktator dalam parti.Beliau tidak boleh ditegur. Beberapa pemimpin DAP yang berkualiti terkeluar daripada arus perdana parti itu sejak lebih tiga dekad lalu hanya kerana mengkritik kepimpinan Kit Siang. Orang Melayu yang pendek akal sahaja akan termakan umpannya.
Kit Siang sendiri adalah politikus yang tidak sebersih mana. Khabarnya, ada kisah tertentu tentang beliau yang mula jadi bahan bualan. Partinya juga banyak kepincangan dan keburukan. Terbaru, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin dan aktivis parti itu bagi mengaut banyak projek. Kerja-kerja yang sepatutnya milik kontraktor bumiputera kelas F juga disapu.
Tidak mengejutkan jika lebih banyak berlaku salah guna kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau DAP memerintah lebih lama di negeri-negeri itu, bukan sahaja kaum lain akan ditindas seperti berlaku di Pulau Pinang malah rasuah menjadi parah.Padanlah Kit Siang selama ini bermati-matian mengalihkan isu kepada kematian Beng Hock bagi menutup pokok persoalan iaitu siasatan SPRM terhadap rasuah dan salah guna kuasa parti itu. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?
Persoalannya lagi di mana integriti DAP dalam melawan rasuah yang sepatutnya menjadi contoh dan kalau benar kononnya parti itu mencerminkan pemikiran kaum Cina?
Apa pun, Kit Siang harus memikul tanggungjawab jika sesuatu yang buruk melanda negara akibat daripada sentimen perkauman dahsyat yang beliau corakkan.
OMEGAPHOBIA:Azmin Tentang 1melayu 1bumi
Adakah Azmin sedar masyarakat cina telah bersatu untuk meneruskan agenda yang tersirat serat tersurat dengan memecah-belahkan Melayu supaya senang DAP masuk daun dan mencelah meneruskan agenda mereka.Kita telah melihat bagaimana PAP di kota singa telah melenyapkan melayu di republik itu hilang segalanya dan kuasa politik apakah kita mahu menjadi seperti itu.sama-sama kita renungkan.
Atau takut PAS bersatu dengan UMNO berikut kenyataan Datuk Ahmad Maslan:
KUALA TERENGGANU 22 April – UMNO masih membuka pintu kepada Pas untuk bersama-sama parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu jika Pas bersedia berbuat demikian demi perjuangan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu rundingan antara UMNO dengan Pas sentiasa terbuka, malah UMNO kini menunggu dengan tangan terbuka.
“Seperti mana kenyataan pucuk pimpinan parti (UMNO), pintu rundingan UMNO dengan Pas tak pernah ditutup. Apa saja yang berlaku diharap selesai sebaik sahaja kes video (video seks pemimpin pembangkang) selesai.
“Ia umpama terowong yang gelap, (tetapi) di hujung sana ada cahaya perpaduan, kita tunggu dengan gembira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Retreat UMNO Negeri Untuk DUN Kalah di sebuah hotel di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini mengenai kesediaan parti itu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dalam pembangkang jika hasil siasatan mengesahkan siapa pelakon sebenar dalam video seks membabitkan pemimpin pembangkang.
Ahmad menjelaskan, sekiranya terlaksana kelak (persepakatan UMNO-Pas), ia merupakan langkah terbaik demi kebaikan serta manfaat orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, ini kerana, majoriti rakyat yang sentiasa hidup harmoni tanpa sebarang percakaran sesama sendiri dapat membantu mewujudkan semangat perpaduan seterusnya membangunkan ekonomi negara.
Ditanya kemungkinan Pas bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO andainya hasil siasatan mengenai identiti pelaku dalam video seks itu diketahui, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Malah Ahmad turut yakin, suatu hari nanti, Pas akan mengubah pendiriannya untuk bersama-sama UMNO demi perpaduan Melayu dan Islam seperti yang pernah berlaku semasa era kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak Hussein dahulu.
“Kita lihat orang Cina boleh bersatu untuk kebaikan, begitu juga dengan kita orang Melayu dan yang lebih penting adalah perpaduan umat Islam,” ujarnya.
MKP kata Azmin jawab dulu kes skandal Anugerah tuhan dengan bini hang,lepas tue baru meroyan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS - Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

