Thursday, July 28

Pusat hiburan bertambah di Kedah


Apa dah jadi dengan Azizan yang serba tau tau nie kedah dah jadi dalca-marba sejak diperintah oleh Kerajaan PAS yang membawa imej islam dan terbaru negara kebajikan.Inikah kebajikan yang dibawa oleh ostaz azizan menambahkan rumah urut mungkin berhajat untuk menyaingi negara sebelah iatu thailand.Pastinya kerajaan PAS serta ostat azizan akan menyalahkan BN iatu kerajaan terdahulu sebelum mereka.inilah mentaliti sempit yang akan dinyatakan untuk menutup kelemahan depa. 

ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.
“Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.
“Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.
“Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.
“Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam reaksinya hari ini menafikan pusat-pusat hiburan serta rumah urut semakin banyak dibuka di negeri ini.
“Ada masa pula Mukhriz datang tengok. Kita tak bagi lesen pun untuk buka pusat hiburan dan rumah urut ini.
“Jika ada pun, mungkin pusat hiburan dan rumah urut tersebut beroperasi secara haram,” katanya.utusan malaysia.

Wednesday, July 27

Sumbatkan Saja Beruk Kuning Nie Ke ISA.Tonton Video.



Puak lahanat nie suka membuat kacau selepas apa yang dirancang pada 9hb lalu gagal terdesak hingga mengganggu pelancaran kibarkan jalurkan gemilang oleh PM Datuk Seri Najib Razak.10 orang ditahan kettika cuba menyerahkan surat.Buat pencacai Aljuburi nak serah surat boleh tapi buatlah cara yang betul.Sebenarnya niat mereka cuba memanipulasi keadaan supaya orang yang kurang cerdik atau penyokong tegar aljuburi melihat polis atau sesiapa sahaja mengunakan keganasan semasa menahan mereka.



Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 27 Julai: 10 orang temasuk enam anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang ditahan polis di stesen Sentral Kuala Lumpur siang tadi dibebaskan kira-kira jam 5.50 petang selepas diambil keterangan.

Kesemua mereka yang ditahan di Balai Polis Travers itu sebelum ini disoal siasat dibawah Seksyen 105, Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, mereka ditahan kira-kira jam 2.50 petang ketika sedang berbaris bersama pelatih PLKN menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di sini.

Antara yang ditahan termasuklah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azin Mat Rasip, Exco AMK Pusat, Zaki Yamani, Zulfikar Ali Ariffin, Manivannan Gowindasamy, Chegu Sekar dan pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan.

Insiden berlaku apabila Zaki cuba masuk ke dalam laluan Najib bagi menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri itu.

Sebaik sahaja beliau masuk sambil memanggil "Datuk Seri", empat pengawal peribadi Najib terus memegangnya dan mengheret beliau keluar dari tempat tersebut dan diserahkan kepada anggota polis yang sedia berkawal.

Najib juga dilihat sempat melihat ke arah Zaki dan pergelutan yang berlaku yang hanya berjarak kira-kira satu meter darinya.

Seorang rakannya, Zulfikar pula ditahan apabila cuba menayakan kepada polis kenapa Zaki ditahan dengan cara kasar.

Ekoran itu kesemua mereka yang memakai baju kuning itu ditahan pihak polis. -hahaharakahkahkah-daily



Azizan belum temui formula terbaik bantu rakyat Kedah



Pemimpin baik dan mesra rakyat memang antara faktor penting dalam sebarang kepemimpinan, namun ia mesti diiringi kemampuan menjana ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat.
Ini antara dilema dialami ramai pemimpin terutama pembangkang yang selama ini asyik mengkritik kerajaan, tetapi apabila rakyat memberi peluang mentadbir negeri, mereka bukan saja tidak mampu memperbaiki kelemahan didakwa berlaku, bahkan turut gagal membawa sebarang perubahan kepada kemajuan negeri terbabit.
Selain Kelantan yang tidak banyak mengalami perubahan besar sejak PAS mentadbirnya 20 tahun lalu, tinjauan ke atas Kedah yang turut ditadbir parti itu juga tidak menampak sebarang perubahan dari segi fizikal, apa lagi usaha untuk meningkat ekonomi rakyat seperti diuar-uarkan kepada dunia.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, nyata belum lagi menemui formula terbaik untuk mengeluarkan majoriti rakyat Kedah, terutama golongan petani daripada kemelut kemiskinan, malah pentadbirannya sejak tiga tahun lalu juga gagal menyegarkan proses pembangunan di negeri jelapang padi itu.
“Untuk jadi pemimpin memang antara faktor penting, takkan kita mahu pemimpin zalim. Baik hanya satu daripada prasyarat, selain itu banyak lagi ciri-ciri lain yang perlu dimiliki pemimpin – berwawasan, bijak dalam membentuk strategi, penuh inspirasi, boleh berkomunikasi dan bijak mengurus kewangan.
“Pemimpin tidak cukup menjadi orang bijak bercakap, tetapi mereka juga perlu mendengar, mendapat maklumat dari pelbagai pihak.
“Saya memang mendengar cerita baik mengenai Azizan dan saya juga akui Azizan memang baik, tapi kalau setakat baik ia tidak menjamin kita akan cukup makan untuk anak-anak kita, tidak jamin kita akan mendapat pekerjaan, tidak jamin kita boleh berniaga, tidak jamin kualiti hidup kita akan sempurna, apa lagi baik Azizan juga tidak menjamin masalah sampah sarap yang menjadi isu besar kepada rakyat Kedah dapat diselesaikan dengan bijak,” kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.
Azizan dilantik menjadi Menteri Besar Kedah selepas pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum 2008 dan ramai berharap pentadbiran PAS akan membawa perubahan kepada nasib mereka dan proses pembangunan negeri itu.
Kelulusan Universiti Al-Azhar dan Universiti Kent, Canterbury ini bagaimanapun menyedari tidak mudah menjadi Menteri Besar kerana antara isu pertama dihadapinya ialah perasaan tidak puas hati daripada kalangan ahli partinya sendiri.
Antaranya membabitkan tuduhan mendakwa Menteri Besar ini gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi hingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.
Mereka juga mendakwa, pegawai kerajaan mendapat layanan istimewa daripada Menteri Besar berbanding pegawai lantikan politik.
Lebih perit, Azizan dan barisan Exco didakwa selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf, manakala ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendakwa ada kepemimpinan PAS Kedah bersikap bongkak terhadap mereka.
Terkini, usahanya untuk memperkasa agama dengan menguatkuasa Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadan nanti, turut menerima tempelakan daripada PAS Pusat yang tidak mahu mengecilkan hati sekutunya, DAP.
“Sejak memenangi pilihan raya dan menjadi kerajaan negeri tiga tahun lalu, saya sebagai Ahli Parlimen Jerlun yang boleh dikatakan balik kawasan hampir setiap minggu tidak nampak perubahan yang berlaku di negeri ini,
“Apa yang saya nampak hanya ceramah. Saya nampak pembangunan Kedah ini terhenti dan sudah tiga tahun ia ‘terhenti...kita bimbang kalau mereka menang lagi, Kedah akan jadi ‘terhenti’ sampai bila-bila,” kata Mukhriz.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata sebenarnya Kedah mempunyai banyak kelebihan yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Negeri ini bernasib baik kerana mempunyai taman perindustrian Kulim Hi-Tech yang menjana banyak peluang pelaburan dan pekerjaan bagi membantu rakyat Kedah.
“Walaupun diperintah PAS, Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada Kedah. Kita terus membawa masuk pelabur dan hari ini Kulim Hi-Tech antara taman perindustrian terbaik negara.
“UMNO juga meneruskan tugasnya untuk membantu – antara inisiatif yang kita lakukan ialah menggembleng kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta yang membuka pelbagai peluang kepada rakyat Kedah dan Kerajaan PAS Kedah juga menerima limpahan rezekinya,” katanya.
Kedah sebenarnya antara negeri yang mempunyai geografi indah, tanah subur dan sumber manusia berbakat. Sesiapa yang menguruskan negeri ini sebenarnya tidak sukar menjana ekonomi yang lebih hebat kepada rakyat Kedah.
Pemerintahan PAS Kedah sudah memerintah negeri ini selama tiga tahun, tapi rakyat masih menunggu Azizan mengotakan janji manifestonya ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive