Wednesday, April 24

VIDEO : LETUPAN IED DI CERAMAH @BarisanNasional NIBUNG TEBAL.... @Dzainalabidin @PDRMsia #GE13 #PRU13

 

Apa punya haram jadah sampai nak mempertikaikan tugas dan kerja Polis. Itulah sifat dan kerja macai-macai pembangkang. Takkan UMNO nak menipu mengenai kes besar macam nie. Ini dah mencabar kreditbiliti Polis bila mempertikaikan dakwaan bahawa letupan BOM di Nibong Tebal adalah rancangan Jahat UMNO untuk meraih simpati. Macai-macai Blogger makan dedak yang dah mula spin cerita nie KLIK KLIK. Dan berikut adalah pengesahan dari Ketua Polis Pulau Pinang...
Kejadian letupan berhampiran bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal malam tadi adalah daripada alat letupan rekaan (IED). 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis percaya bahan letupan IED yang diletakkan dalam longgokan sampah di kawasan ceramah itu adalah perbuatan khianat yang dirancang sekumpulan profesional. 
Polis menemui dua IED dalam longgokan sampah dan percaya ia bertujuan menakutkan orang ramai dan menimbulkan suasana tidak tenteram serta huru hara di kawasan ceramah.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis menubuhkan satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah bagi menyiasat kejadian itu dan mengesan mereka yang terbabit. SUMBER
Sehingga kini pihak Polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap Letupan BOM IED. Dan berikut adalah respon dari Datuk Zainal Abidin mengenai isu ini di laman Twitternya..



Video pemusnahan BOM oleh PDRM semalam.



MURSYIDUL AM DAP KARPAL TUMBANG & CIUM PENTAS TERSEBAR.. #GE13 #PRU13


Mungkin ini adalah petanda pada DAP yang bakal tersungkur di Pulau Pinang. Ceramah yang diadakan malam tadi di Jalan York, Pulau Pinang telah mencatatkan sejarah apa bila Mursyidul Am DAP jatuh tersembam..

Mungkin kejadian Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh sebagaimana dalam video di bawah, ia berlaku secara tak disengaja disebabkan wujudnya unsur kecuaian.

Atau mungkin sebenarnya ada unsur sabotaj oleh jentera PR, aspek ini sukar dipastikan.

Tapi melihatkan orang tua tu jatuh tersembam menyembah bumi memang kasihan. Kita harap tiada kecederaan serius yang berlaku. 

Apa pun, jika perkara sebegini berlaku pada pemimpin UMNO tentunya ramai penyokong PAS menganggapnya sebagai bala. Sebab ia menimpa pemimpin idola PAS, automatik dianggap sebagai ujian agaknya.




Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau Hina Melayu Pulau Pinang Bodoh......


Pentas ceramah digunakan sepenuhnya oleh pembangkang sebagai medan untuk meniupkan sentimen perkauman dan menghina Barisan Nasional (BN) dan penyokong dalam usaha menanam kebencian terhadap parti itu.

Ketua Publisiti DAP, Dr. Hew Kuan Yau yang hadir sebagai penceramah jemputan dalam program anjuran DAP di Taman Berjaya di sini malam tadi beberapa kali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin Kerajaan Pusat dan BN.

Kuan Yau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' di kalangan kepimpinan DAP sememangnya sinonim dengan ucapan berbaur provokasi yang sarat dengan kata-kata kesat dalam ucapannya.

Di hadapan kira-kira 1,000 penyokong DAP malam tadi, Kuan Yau mendakwa kaum Melayu, Cina dan India yang menyokong BN sebagai rakyat yang bodoh selain mendakwa parti itu menanam kebencian di kalangan orang Melayu terhadap DAP.

"Hanya orang Cina yang bodoh akan undi untuk MCA dan Gerakan, hanya orang India yang bodoh akan undi MIC dan hanya Melayu yang bodoh akan undi UMNO.

"Mereka (BN) cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila kita (DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai agama rasmi).

"(Bila BN) cakap kepada orang Cina, kita nak tubuhkan negara Islam apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya nak takutkan rakyat," katanya.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman dan calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jawi, Soon Lip Chee.

Sementara itu, Mansor yang juga calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Nibong Tebal terpaksa 'mempromosi' dirinya di hadapan masyarakat

Cina yang yang hadir dalam ceramah berkenaan.

Beliau yang merupakan calon yang diimport pakatan pembangkang untuk bertanding di Nibong Tebal dilihat bersungguh-sungguh merayu undi masyarakat Cina di kawasan itu.

Namun usahanya sia-sia apabila ucapannya tidak dipedulikan sebahagian besar hadirin berbangsa Cina yang hadir pada majlis itu yang leka menyerbu kaunter penganjur untuk membeli kemeja-T, bersempena kempen pakatan pembangkang sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN ONLINE

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive