Monday, October 21

Calon BN Gugup Di Sungai Limau


Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, gugup kerana bertanding di kubu kuat Pas.

Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mengakui perasaan gugup itu tidak dapat dielakkan kerana bakal berdepan tentangan kuat pembangkang selain menjadi perhatian media dari seluruh negara.

Bagaimanapun beliau yakin BN akan mencapai kemenangan kerana pengundi di kawasan berkenaan dahagakan pembangunan serta pembelaan.

Sokongan kuat keluarga dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir telah memberi keyakinan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab yang diserahkan oleh Pengerusi BN Kedah yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai anak jati Sungai Limau beliau faham kerajaan kawasan itu tidak pernah pinggirkan kerajaan walaupun dimenangi Pas dari tahun 1995 lagi.

Bagaimanapun situasi itu, kata beliau menyebabkan, suara rakyat di kawasan berkenaan tidak dapat dibawa ke atas kerana wakil rakyatnya adalah dari parti pembangkang.

''Masalah pesawah dan nelayan tidak mendapat pembelaan kerana ia tidak dibawa kepada pengetahuan kepada peringkat negeri dan pusat,'' katanya.

Ahmad Sohaimi yakin beliau diterima baik oleh penduduk setempat yang telah mengenalinya dan beliau berjanji akan memperbaiki kemudahan asas di kawasan berkenaan termasuk jalan yang rosak dan jambatan runtuh yang menjadi rungutan masyarakat di kawasan tersebut.

Anak Kampung Sungai Lintang itu juga memberi jaminan tidak akan membawa politik provokasi yang dapat merenggangkan hubungan sesama penduduk.

Beliau yang meletakkan jawatan sebagai Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata, memang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan sanggup mengorbankan jawatan yang dipegang sebelum ini.

Sementara itu Muhyiddin menganggap Ahmad Sohaimi adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan terkenal sebagai seorang yang kuat agama.

Muhyiddin ketika berucap mahu jentera BN bersatu-padu dan memastikan kemenangan calon BN.

Menurut beliau, Sungai Limau penting untuk BN bagi memastikan kerajaan negeri Kedah kukuh dan sekali gus dapat menjadikan negeri itu sebagai negeri maju dalam tempoh yang singkat.

Muhyiddin juga mengingatkan jentera BN supaya menjaga perilaku semasa berkempen kerana parti UMNO dan Pas adalah sama memperjuangkan Islam dan keadilan, jadi tidak wajar masyarakat berpecah-belah kerana perbezaan fahaman politik.

Mukhriz semasa berucap berkata, apa yang dibawa UMNO bukan ideologi berlainan, tetapi mahu membawa pembangunan  dan kerjasama kedua-dua pihak kerajaan negeri dan pusat akan dapat merealisasikannya.

''Kita sedar ini kubu kuat Pas dan ini menjadi cabaran kepada jentera BN bersatu padu untuk memastikan kemenangan,'' kata Mukhriz.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan wakil rakyatnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.

BIAR BETUL INI @MukhrizMahadir MB KEDAH.....


Ini adalah gambaran sebenar yang mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah memang ikhlas membantu rakyat Kedah yang dilanda musibah Banjir ketika ini.Kalau dulu MB boleh bersenang lenang tapi tidak sekarang kena turun padang membantu rakyat. Ini adalah satu pendekatan yang inklusif bukannya Ekslusif. 

Rasanya hanya MB kedah sekarang nie sahaja kot yang boleh macam nie. MB negeri lain MKP tak pasti pulak. Lepas pemilihan UMNO masa untuk tumpukan pada PRK Sungai Limau.

Di Sungai Limau secara umumnya kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Biasanya, di mana ada cawangan PAS di situ ada cawangan Umno. Kewujudan sokongan PAS dan Umno berlaku secara tradisi. Persaingan utama politik pun cuma berlaku antara PAS dan Umno sejak berzaman. 

Pengalaman melalui beberapa pilihan raya  kecil, kekuatan antara Pakatan dan BN selalunya tidak seimbang. Banyak tempat di mana Pakatan tiada cawangan, berbanding BN.  Jika BN berjaya mengepung ahli-ahlinya sahaja cukup untuk menang. Dan itulah yang mereka lakukan.

Untuk PRK Sungai Limau, kerja 'mengepung ahli' sendiri untuk pertahankan kemenangan terbeban kepada PAS. Bagaimana cara untuk melakukannya ke tahap maksimum, terserah kepada kebijaksanaan jentera PAS.  Itulah rahsia besar kejayaan PAS pertahankan Sungai Limau - secara teorinya.

PENANG BANJIR, WA BERENANG AJE............


Hebat Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang nie siap boleh berenang pakai pelampung bebudak lagi. Lepas menang pada PRU-13 apa peduli lagi pada rakyat Pulau Pinang. Korang nak mampus atau tenggelam itu masalah korang. Kecuali ada kena mengena dengan Kaum Sebangsa dengan Guan Eng.

Korang tengok sendiri sikap Guan Eng bila belum menang pada 2008 dan selepas menang pada 2013. Takkan benda mudah macam nie pun masih ramai melayu Haprak masih nak sokong. Mungkin lepas nie boleh bagi rasuah sama korang hanya dengan rm200 aje untuk kembali sokong DAP. Mudahkan melayu Pulau Pinang dibeli DAP.



Kalau pemimpin UMNO depa kata nie semua Drama Melayu. Memang dasar harami. Yang melayu UMNO nie pun kurang pandai berdrama namun demi rakyat yang telah mengundi nak tolong walaupun kena angkat Kain atau seluaq.

Tapi MKP tabik spring pada Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Cikgu Zaidi yang turun padang pada hari pertama menang Kerusi panas nie. Parlimen paling panas tue. Kalau macam nie punya buat kerja sudah pasti pada PRU-14 boleh merampas Permatang Pauh. Bukan berkerja ikut musim aje. Mana Anwar masa rakyat sedang dilanda musibah. Memang kamjat Anwar nie kalau nak mengkongkek cepat. Nak tolong rakyat kawasan sendiri pun tidak.

Tapi MKP musykil jugak dengan Cikgu Zaidi nie. Biasalah penyapu baru memang solid sapu bersih. Jangan pulak hanya hangat taik ayam pulak. Apa pun Tranformasi telah bermula jangan pandang belakang dah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive