Thursday, November 14

SUDAH PANDAI BOGELKAN SESAMA SENDIRI.......


Apa sudah jadi dengan Pas? Pemilihan parti yang dicemari dengan kata-kata dan imej gambar superimpose yang menjijikkan?

Betulkah perkara ini berlaku dalam Pas? Parti yang selama ini digambarkan mempunyai pemimpin yang baik, alim, warak, jujur dan dihormati kawan serta musuh.

Hakikatnya begitulah.

Pas adalah sebuah parti, manakala yang mencorakkannya adalah manusia. Sejauhmana sempurnanya seseorang manusia dalam Pas, tidaklah semaksum para nabi dan penghulu segala nabi, Muhammad SAW, walaupun dalam mengeluarkan hujah dan mentafsirkan ayat al-Quran mengalahkan para ulama.

Pemimpin Pas sama seperti pemimpin mana-mana parti politik di negara ini dan dunia khususnya. Mereka dikatakan alim, kerana rakyat disogok dengan gambaran kejujuran. Mereka dikatakan baik, kerana rakyat sentiasa didedahkan dengan perwatakan alim, sedangkan di sebalik kejujuran dan alim itu tersembunyi fakta di luar tingkah laku.

Inilah yang berlaku dalam Pas hari ini.

Walaupun mereka berusaha hendak menyembunyikan sifat dan sikap kewarakan itu, akhirnya terdedah juga dengan sendirinya. Pendek kata, bagi yang mengenali parti itu, tidaklah sama sebagaimana 'Manikam mengenali Jauhari'.

Sikap tamak dan gila kuasa seseorang manusia yang berpolitik tidak dapat tidak akan ada dalam diri mereka sekelumit sifat dengki, iri hati, cemburu dan perasaan jahat. Sikap ini kemudian diterjemahkan dalam perbuatan.

Biasanya, bagi seseorang pemimpin yang licik, mereka tidak akan melakukan perbuatan tidak bermoral secara bersendirian, melainkan mengupah konco-konconya untuk menjalankan agenda menjatuhkan regu atau lawan.

Konco-konco ini pula, apabila terlalu taksub dan mendapat upahan lumayan, melakukan kerja jahat dan khianat adalah tugasan mudah bagi mereka.

Justeru, tidak hairanlah kalau dalam sehari dua ini, rakyat dikejutkan dengan pelbagai cerita, berita, kejadian, tragedi dan peristiwa kotor yang menggegarkan kempen pemilihan kepemimpinan Pas.

Keadaan ini berlaku kerana Pas yang dahulunya dibarisi ulama telah bertukar ganti kepada golongan liberal yang boleh dikatakan memenuhi hampir 90 peratus jawatan-jawatan kanan dalam parti itu.

Jadi, tidak hairanlah kalau Pas kini dilihat lebih ‘ganas’ daripada Pas dahulu yang tidak tahu menahu mengenai teknologi maklumat sehingga meletakkan parti itu jauh ketinggalan berbanding parti UMNO.

Akibat kepandaian inilah mendorong penyokong Pas yang berfahaman ulama dan anti-liberal menggunakan laman sosial dan kecanggihan teknologi digital untuk memburuk-burukkan pihak lawan, yang juga daripada parti sama.

Ini yang berlaku kepada calon Ketua Dewan Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff apabila gambarnya telah ditukar secara superimpose dengan gambar seekor anjing.

Gambar itu kemudian dimuat naik melalui laman sosial Facebook penyokong Pas, 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami', sebelum dikongsi oleh facebooker lain sehingga tersebar luas dalam sekelip mata.

TERKINI : MISI KP1M #Tyfoon #Haiyan @AzeezPutera @NajibRazak @HishammuddinH2O


Situasi terkini apabila Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) termasuk doktor dan petugas media Malaysia selamat tiba di bandar Tacloban pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) dalam menyampai misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan.

Walaupun masa ketibaan agak awal namun keaadan telah gelap seperti berada di Malaysia pukul 8malam.Penerbangan menggunakan dua pesawat Charlie C-130 yang membawa 30 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan mendarat di Lapangan Terbang Tacloban yang teruk musnah dan terjejas akibat taufan itu.

Gambaran dari udara kemusnahan akibat taufan Haiyan.

Keadaan pada waktu ketibaan adalah gelap kerana difahamkan bekalan elektrik terputus sejak bandar ini dilanda bencana alam itu Jumaat lepas.

Hanya beberapa lampu dipasang daripada bekalan elektrik yang diperoleh daripada beberapa set generator bagi tujuan penyelenggaraan kesemua bantuan daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Keadaan penempatan sementara mangsa taufan Haiyan penuh sesak

Sekarang ini difahamkan lapangan terbang itu hanya menjadi pusat pengumpulan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia, selain menjadi tumpuan mangsa taufan dari kawasan berdekatan bagi mencari perlindungan, menunggu bantuan dan peluang dibawa keluar dari bandar ini.

Turut tiba bersama 30 sukarelawan yang diketuai Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ialah Angkatan Tentera Malaysia Inspektorat Kesihatan bagi menganalisis situasi semasa bagi tujuan bantuan lanjut.

Gambaran keadaan Lapangan Terbang musnah.

Kelihatan ramai mangsa yang beratur menunggu bantuan dan difahamkan mereka juga menunggu untuk dibawa keluar dari bandar ini.


Selain masalah bekalan elektrik, akses kepada komunikasi juga adalah sangat terhad.

Para sukarelawan turut dinasihatkan anggota keselamatan di sini untuk terus bermalam di kawasan lapangan terbang demi keselamatan mereka 

ADUN PENANTI BUANG GAMBAR ANWAR IBRAHIM PADA 4WD....


Gambaran diatas adalah 4WD Pusat Khidmat Rakyat ADUN PENANTI. Penanti adalah kawasan kubu kuat di Parlimen Permatang Pauh yang terkenal di seluruh Malaysia kerana Ahli Parlimen yang suka lubang kunyit. MKP musykil dengan ADUN bermulut senget menjadi wakil rakyat yang dipilih oleh MACAI PENJILAT lubang kunyit Anwar. Memang orang Penanti yang mengundi PKR tempoh hari dalah kurang cerdik. Dah depa kurang cerdik nak buat macam mana lantak pi kat depa lah. Orang penang kata dah bodo tak boleh ajaq lagi.


Ini adalah wajah muka senget ADUN Penanti memang berpelajaran tinggi tapi akal dan pertimbangan hanya setakat lutut. Jaga-jaga berjalan berhadapan dengannya takut nanti terkena lutut pulak.ADUN PENANTI nie macam dah tak disukai rakyat Penanti terutama pemyokong Anwar kerana sikap angkuh dan sombong. Minggu lepas MKP bertembung denganya sekali lagi di Lapangan Terbang Subang ketika mahu menaiki pesawat tambang murah ke Pulau Pinang. Nampak macam orang tak berapa betul. Seperti takut pada bayang-bayang sendiri apabila berapa dikhalayak ramai. 

Politik Pulau Pinang di khabarkan akan bergolak lagi seperti mana selepas PRU 2008 apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Penanti melepaskan jawatannya akibat konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Adun Penanti kini iaitu Dr Norlela Ariffin di khabarkan akan melepaskan jawatan akibat menerima tekanan politik dari pihak pihak tertentu di dalam PKR.....

Di maklumkan beliau amat tertekan dengan sikap anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang di lakukan oleh Adun ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK. dan yang terbaru telah di khabarkan Dr Norlela telah di marahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP.

Menurut satu sumber Pengerusi PKR negeri turut terlibat dalam konspirasi ini kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor tidak berpuas hati apabila Dr Norlela di sebut sebut sebagai seorang wakil rakyat yang kuat bekerja dan sejak menjadi Adun di kawasan tersebut telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah masalah tertunggak yang telah di tinggalkan oleh Dr Mansor sedangkan ketika beliau menjadi Adun sebelum PRU yang lalu beliau di lihat oleh penduduk setempat tidak mesra rakyat dan gagal untuk menyelesaikan masalah masalah yang di hadapi oleh penduduk Penanti terutamannya masalah banjir.

Tapi Dr Norlela pula walaupun baru sahaja memegang jawatan Adun tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah yang seian lama di hadapi oleh penduduk. Perkara ini menurut sumber tersebut telah membuat Dr Mansor terasa seolah olah beliau lansung tidak punya harga bagi rakyat penanti...

Apakah konspirasi terhadapa Fairuz bakal berulang lagi.... kita tunggu sahaja kerana kononnya Timbalan Ketua Menteri sekarang iaitu dato Rashid juga tidak selamat kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor juga tidak puas hati kerana gerak kerja TKM sekarang lebih laju berbanding dengan Dr Mansor ketika beliau menjadi TKM dulu...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive