Tuesday, May 6

AKADEMI REL LAKAR SEJARAH BARU UNTUK INDUSTRI REL NEGARA @NajibRazak @ShahrilMokhtar @MYRapidKL


Melakar sejarah, Akademi Rel – institusi yang bermula sebagai sebuah jabatan latihan 17 tahun lepas sebelum berkembang pesat sebagai akademi yang diiktiraf kerajaan, hari ini mengurniakan tauliah kepada kumpulan graduan pertama, dan sekali gus membuka lembaran baru dalam industri rel tanahair.


Seramai 469 wargakerja Rapid Rail – sebuah anak syarikat Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan diperakui di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Ditubuhkan pada 1997 sebagai sebuah jabatan latihan dalaman yang terus dipermantapkan sebagai strategi pembangunan insan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), Akademi Rel  telah diiktiraf JKM sebagai Pusat Latihan Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) pada bulan Jun 2011.

Diadakan dengan penuh istiadat dan gemilang di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, majlis konvokesyen Rapid Rail 2014 itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan dihadiri oleh Ketua Pengarah JKM, Datuk Dr Pang Chau Leong dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Khairani Mohamed.

“Bagi pihak Kumpulan Prasarana, saya ingin melahirkan rasa bangga saya atas kejayaan yang ditempa oleh Akademi Rel atau Rail Academy dalam melatih dan membimbing warga kerja Rapid Rail dan membangunkan institusi ini ke tahap sekarang.

“Pembangunan Rail Academy untuk menjadi institusi pengajaran yang diiktiraf daripada hanya sebuah jabatan latihan pada 1997 sememangnya adalah satu kejayaan besar; bukan saja kepada Kumpulan Prasarana, tetapi juga industri rel negara kita secara keseluruhan.

“Ini adalah kerana Kumpulan Prasarana, khususnya Rapid Rail, adalah penggerak utama kepada kemajuan industri ini selari dengan operasi harian kita sekarang untuk mengendalikan dua laluan LRT dan rangkaian monorel di Lembah Klang.

“Dengan rangkaian LRT yang bakal diperkembangkan lagi dan MRT bakal beroperasi pada akhir 2017, penggantungan rakyat kepada rel sebagai sistem pengangkutan harian akan semakin tinggi,” kata Shahril dalam ucaptama dan pengisytiharan pembukaan berkenaan.

Dengan perkembangan ini, katanya, rel akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan pengangkutan awam dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti bas dan teksi menjadi perkhidmatan sokongan.

“Sekali gus, ini bermakna negara akan terus memerlukan lebih ramai lagi jurutera, eksekutif dan pekerja-pekerja mahir dalam bidang rel ini. Dan, ini akan hanya dapat dilaksanakan dengan memantapkan lagi institusi-institusi pengajaran di bidang ini dan Rail Academy mengorak langkah lebiih agresif dalam usahanya memperbanyakkan kuantiti dan meningkatkan kualiti di bidang ini,” tambah beliau.

Kata Shahril lagi, di pihak pengurusan Kumpulan Prasarana, ia akan terus meletakkan Rail Academy sebagai agenda yang penting dalam perancangan masa depan Prasarana.

“Rail Academy akan dipupuk untuk menjadi ikon kejayaan dan sumbangan Prasarana kepada negara,” tambah beliau.

Menghamburkan pujian kepada Akademi Rel atas kejayaannya, Pang, dalam ucapannya, berkata pengajian di akademi berkenaan memberi peluang kepada wargakerja Rapid Rail untuk memantapkan skil dan mempertingkatkan karier mereka di bidang rel.

“Dalam masa yang amat singkat, Rail Academy telah mengeluarkan hasil yang tinggi dalam usaha memperkasakan tenaga mahir di bidang rel,” kata Pang, yang turut menyarankan akademi berkenaan untuk terus mengembangkan sayap dan berkembang menjadi akademi di peringkat antarabangsa.

“Kita perlu sentiasa melihat pada masa akan datang,” kata Pang, yang turut menyarankan supaya kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan dipertingkatkan lagi.

Dalam ucapannya, Khairani berkata Sijil Kemahiran Malaysia di Rapid Rail dilaksanakan melalui dua program iaitu Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), yang ditawarkan kepada tenaga pengajar, jurulatih dan ketua jabatan dan SLDN, yang dijalankan di Rail Academy.

Untuk SLDN, pendekatan yang digunakan adalah membangunkan kompetensi tenaga kerja berkemahiran berorientasikan industry di mana 30 peratus berdasarkan teori dan 70 peratus berdasarkan praktikal di tempat kerja.

Lapan bidang pengajaran dilaksanakan di Rapid Rail iaitu Laluan Tetap (Permanent Way), Pengawal Operasi Rel (RAIL OPERATION CONTROLLER), Penyelenggaraan EMU (ELECTRICAL MULTIPLE UNIT MAINTENANCE), Pemandu EMU (EMU DRIVER), Isyarat dan Komunikasi (SIGNALING & COMMUNICATION), Operasi Stesen, Sistem Perelektrikan Rel dan ‘ROLLING STOCK QUALITY ASSURANCE CONTROL’.

Menyarankan agar Akademi Rel terus  meningkatkan usaha menambah ilmu dengan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dalam bidang rel, Kharani berharap kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi diperhebatkan lagi.

Di kalangan 469 graduan, dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri – Encik Mohd Taufik Abdullah dan Puan Jamaliah Ibrahim, yang masing-masing lulus di bidang Pengawal Operasi Rel (Tahap 3) dan Operasi Stesen (Tahap 3).

Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, kedua-dua mereka berazam untuk terus meningkatkan skil dan kemahiran mereka ke bidang diploma (Tahap 4) dan Diploma Lanjutan (Tahap 5) bagi meningkatkan kerjaya masing-masing.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Rail Academy kerana memberi peluang kepada kami mempertingkatkan diri kami dan memberikan platform untuk terus maju dalam bidang ini,” kata Taufek.

Friday, May 2

VIDEO #BantahGST UNTUK TONTONAN MENTERI UMNO YANG #SYOKSENDIRI


Ini adalah realiti yang berlaku semalam semasa perhimpunan #BantahGST. Rakyat tak faham apa itu GST dan penjelasan perlu dilakukan secara bersekala pada semua rakyat malaysia sehingga mereka faham apa itu GST. Jangan pulak menteri yang bertanggungjawab hanya pandai bercakap tapi hakikatnya rakyat tak faham. 

Pendapat MKP senang saja, Kalau rakyat faham mereka tidak akan termakan tipu daya pembangkang. Ini bagi penjelasan seperti melepas batuk ditangga. Korang nak faham fahamlah tak nak pergi mampus padahal perbelanjaan untuk memberikan penerangan pada rakyat melebihi 17juta. Ini yang membuatkan rakyat lagi marah. Pada penasihat menteri tue sesudahlah buat keja membodek boss korang yang memang tak boleh terima pendapat orang lain.


4,967 program penerangan GST sejak 2010

Thursday, May 1

KOLEKSI AWEK TERBAIK #BantahGST....


Perghhh ini adalah daya tarikan yang membuatkan mamat kat belakang tue cair. Bukan kata depa tapi MKP pun cair. Tapi sayang muka cantek tapi akai letak kat lutut. Sayang seribu kali sayang. 






Apa punya haram jadah nak bantah GST sesama hampa pun dok bergaduh. Nie mesti kes raba awek yang MKP tunjukkan diatas. Depa nie nak bergaduh tak ada benda lain. Macam Ketua Pembangkang jugak kes Lubang Kunyit pun dok berebut. Macam haram jadah. Macam mana nak bangunkan Malaysia macam nie, Ada akai jangan pulak letak kat lutut. Tapi di kepala. Sesama kita renungkan. 

ini video terbaik sepanjang zaman. apa lagi kasi pecah la kepala tue. Nak suruh MKP pecahkan kepala orang lagi ke......? huhuhuhu

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive