Thursday, June 5

USAH LUPA DARATAN WAHAI YTL...... #SEDARDIRI


Syarikat Kolomerat YTL tak payah mendabik dada walaupun berjaya dipelbagai bidang yang diceburi.

Syarikat ini berjaya kerana geran serta kelulusan lesen yang diberikan pada mereka oleh Kerajaan Malaysia. Jika Kerajaan Malaysia tidak bersikap adil,berat sebelah ataupun tidak meluluskan lesen mana mungkin syarikat kolomerat ini mendapat keuntungan serta gah seperti sekarang.

Setiap perjanjian yang dimenterai mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Malaysia serta pemimpin yang ada sekarang mana mungkin pelaburan yang dibuat boleh meyakinkan pelabur dari luar.

Bagi MKP janganlah mendabit dada bila dah berjaya.Walaupun berjaya sekarang tak mungkin bakal muflis seperti General Motor yang begitu gah di Amerika Syarikat suatu ketika dulu.

Kenyataan Tan Sri Francis Yeoh Managing Director YTL sempena forum Global Malaysia Series anjuran PEMANDU di Securities Commission di Bkt Kiara 3 Jun 2014, adalah kenyataan orang yang tidak sedar diri dan cakap besar. 
1. Desakan beliau bahawa kerajaan mesti menghapuskan 'crony capitalism' begitu angkuh seolah olah tiada kesungguhan di pihak kerajaan untuk memerangi amalan rasuah dan kronisme. Masalahnya, ada syarikat gergasi yang menjadi duri dalam daging kerana penghalang besar kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan transperansi dan integriti. 
2. Memang ada syarikat gergasi atau konglomerat tidak perlu menemui PM untuk melobi sesuatu projek seperti yang TS Yeoh dakwa. Tetapi apa yang berlaku ialah, ada syarikat gergasi ini merasuah pegawai pegawai yang bertanggungjawab membuat keputusan tender. Mereka membina empire di kementerian tertentu dan mewujudkan mafia di dalamnya. Sebab itu YTL tidak perlu bercakap besar.

3. Mungkin benar mereka tidak 'kowtow' pada PM tetapi mereka kowtow pada sesetengah pegawai yang boleh dibeli. Dengan kata lain yang menggagalkan usaha murni kerajaan ialah ahli ahli perniagaan dan syarikat syarikat gergasi ini. Saya difahamkan ada sesetengah syarikat sanggup menyediakan peruntukan khas 'entertainment' bagi membelai pegawai tinggi yang berpengaruh dalam membuat sesuatu keputusan tender. 
4. Kalau betul YTL dapat projek mega melalui merit saya berharap YTL mesti bersedia untuk mendedahkan semula bagaimana mereka boleh mendapat tender IPP sehingga mengaut keuntungan besar. YTL mesti telus untuk membenarkan kerajaan menyemak semula perjanjian IPP yang dikatakan berat sebelah dan merugikan TNB. 
5. Saya juga mendesak YTL supaya amal cakap serupa bikin terutamanya dalam isu kaum yang juga dibangkitkan oleh TS Francis Yeoh. Saya mempersoalkan sejauh mana YTL bersikap adil memberikan pekerjaan kepada graduan Melayu di syarikat mereka termasuk memberi kerja kerja kontrak kepada kontraktor kontraktor Melayu. 
6. Dalam isu merit saya juga mempersoalkan pelaksanaan projek 1Bestarinet oleh YTL ke semua sekolah sekolah di Malaysia melibatkan kos hampir RM 1 Billion. Banyak rungutan daripada pihak sekolah kerana ia tidak efisien. Setahu saya YTL bukan pemain utama bidang telekomunikasi berbanding dengan Telekom Malaysia.

Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Ahli MT UMNO.

Tuesday, June 3

RSN RAYER #DAPCELAKA MELuTUT MINTA MAAF.........?


Dari pemerhatian MKP sejak kekalahan DAP di Teluk Intan banyak memberikan impak pada semua pemimpin DAP. Kem DAP kini bergolak dan menyalahkan sesama sendiri. Tapi macam biasa segala perbalahan mereka ditutup rapat namun berjaya juga dihidu. RSN Rayer dipersalahkan kerana memperlekehkan Melayu dan UMNO.

Sebelum ini RSN Rayer berkeras serta tidak mahu meminta maaf. Namun sejak semalam setelah didesak oleh Cuvanis DAP akhirnya RSN Rayer menyalah dan melutut meminta maaf.

Kenyataan Media YB Dato Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
3 Jun 2014

Kenyataan balas terhadap kenyataan YB Seri Delima RSN Rayer yang diterbitkan dalam portal media The Malaysian Insider pada 2 Jun 2014
Rayer: "jika ada pihak yang mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu maka ia juga harus dibuat dalam sidang DUN yang akan datang."

1. Kenapa selepas dua minggu Sidang DUN selesai, tiba-tiba Adun Seri Delima mengeluarkan kenyataan ini? Semasa diminta memohon maaf dan menarik balik kata-kata kesat beliau semasa Sidang DUN berlangsung, beliau telah berkeras untuk tidak berbuat demikian?

2. Rayer turut mengakui beliau ada dinasihati oleh pimpinan DAP untuk menyelesaikan isu ini dalam laporan semalam. Apakah nasihat tersebut ada kena-mengena dengan kekalahan calon Melayu DAP kepada calon BN di PRK Telok Intan Sabtu lalu? Apakah pimpinan DAP sedar keangkuhan dan keceluparan mulut Rayer dalam Sidang DUN Pulau Pinang menyebabkan kekalahan calon DAP di Telok Intan?

3. Kenapa setelah selesai PRK Telok Intan baru Rayer tergerak untuk mengeluarkan kenyataan ini? Ia nya menunjukkan Rayer tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak ada rasa kekesalan dalam mengeluarkan kenyataan beliau semalam.
Rayer: “Kalau saya tak tarik balik, mereka boleh rujuk saya kepada tindakan disiplin melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."
4. Apakah Adun Seri Delima sudah hilang ingatan? Suatu Usul telah dibawa ke Sidang DUN oleh Adun BN pada Khamis 22 Mei bagi mendesak Adun Seri Delima memohon maaf dan menarik balik ucapan kata-kata kesat beliau; walaubagaimana pun usul itu dikalahkan kerana tidak cukup bilang untuk dibahaskan kerana BN hanya ada 10 orang wakil. Tiada seorang pun Adun penyokong kerajaan yang menyokong usul berkenaan. Apakah usul pihak BN akan disokong sekiranya dibawa sekali lagi pada Sidang DUN yang akan datang?

5. Adun Seri Delima dalam satu ceramah di Air Itam pada 19 Mei 2014 semasa berkempen untuk PRK Bukit Gelugor telah mengeluar perkataan "Celaka Celaka UMNO" dan memberitahu akan mengulangi nya di Sidang DUN keesokan hari.  Ternyata Adun Seri Delima adalah seorang ahli politik yang hipokrit dan penipu apabila menyatakan beliau tidak pernah menyebut perkataan"Celaka celaka UMNO" di luar Sidang DUN.

6. Rayer juga membuktikan beliau seorang ahli politik yang penakut apabila hanya berani menyebut nama-nama pemimpin UMNO yang tiada dalam DUN untuk menjawab kata-kata beliau semasa Sidang DUN tetapi tidak berani untuk mengulanginya di luar DUN setelah dicabar beberapa pemimpin UMNO. Hanya berani dengan berselindung di belakang tabir imuniti Dewan. Sebagai seorang peguam beliau sepatutnya maklum bahawa perkataan-perkataan yang berbaur hasutan dan yang menyebabkan perasaan benci dan bermusuhan adalah tidak dilindungi oleh imuniti Dewan dan boleh diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Pemimpin begini adalah merbahaya dan anasir yang mengancam keselamatan dan perpaduan Negara.


Pemuda UMNO tak bersalah kata Rayer.
Dari TMI:
 Pemuda Umno tidak boleh disalahkan 100% kerana mereka mendapat maklumat yang tidak tepat dari media arus perdana.
“Mereka salah faham kenyataan ini tak ditujukan kepada Umno secara amnya tetapi kepada tiga pemimpin sahaja. Nama mereka sudah pun disebut dalam sidang Dewan. Kemungkinan mereka hanya melihat laporan yang dibuat di TV tertentu dan bertindak atas laporan itu. Saya tak salahkan mereka (Pemuda),”

7. Nampaknya Rayer lupa bahawa kini zaman teknologi canggih dan perjalanan Sidang DUN Pulau Pinang disiarkan secara langsung melalui internet. Pemuda UMNO tidak perlu bergantung kepada laporan MSM untuk mendapat maklumat apa yang berlaku di dalam Sidang DUN.

8. Segala perbuatan dan percakapannya dalm DUN dapat dilihat secara langsung. Kata-kata kesat beliau terhadap pemimpin-pemimpin UMNO menyakitkan hati Pemuda dan beliau perlu terima tindak balas Pemuda UMNO terhadap percakapan beliau sendiri. Mengeluarkan perkataan - perkataan yang menyakitkan hati juga bercanggah dengan Peraturan Sidang DUN  46 (13).

9. Kenyataan Rayer yang menyatakan Pemuda UMNO tidak patut dipersalahkan menunjukkan Rayer tidak sependirian dan bercanggah dengan pandangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP mengenai insiden berkenaan yang mendesak hukuman berat terhadap individu-individu terlibat.

10. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 28 Mei 2014 mengeluarkan kenyataan mendesak Pejabat Peguam Negara menyiasat dan mendakwa individu-individu yang terlibat dengan memasuki di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Seksyen 121(B) dan 124(B) Kanun Keseksaan.

11. Saya dan Adun-Adun BN telah meminta Adun Seri Delima memohon maaf dalam Sidang DUN yang lalu namun beliau berdegil dan menunjukkan keangkuhan untuk tidak memohon maaf dan menarik balik kata-kata beliau.  Ketua Menteri sendiri menyatakan jika buat salah perlu mohon maaf, namun beliau sendiri tidak mengarahkan Rayer memohon maaf di Sidang DUN yang lalu walaupun didesak oleh Ketua Pembangkang.

12. Kenapa Rayer perlu tunggu sehingga Enam (6) bulan untuk memohon maaf dalam Sidang DUN yang akan datang? Sekiranya beliau seorang budiman, beliau boleh memohon maaf pada bila-bila masa dan di mana sahaja;  kita bersedia menerima permohonan maaf beliau sekiranya beliau betul-betul jujur, ikhlas dan berasa kesal di atas ucapan beliau pada 20 Mei 2014. Saya juga ingin berpesan kepada Rayer, jangan main-main dengan permohonan maaf beliau mengenai isu ini.

Terima kasih.

Sunday, June 1

ANALISIS #PRKTelukIntan GUAN ENG DAN LIM KIT SIANG GAGAL.......?

MKP melihat perubahan yang cuba dibawa oleh Lim Kit Siang dan Guan Eng nampaknya gagal dan tidak bermakna. DAP masih lagi bersikap Cauvanis dan hanya memilih mereka yag berbangsa cina mewakili mereka di Parlimen.


Pergolakan dalaman DAP tidak nampak ketara namun telah dijelaskan didalam bentuk undi.Nak sembunyi macam mana kalau dah kaum cina sendiri tidak keluar mengundi. Dimanakah pengundi mereka sebanyak 7ribu yang dimenangi semasa PRU-13. Guan Eng mengatakan kekalahan pada kali nie kerana 10% pengundi Cina telah beralih pada Barisan Nasional.

Bagi MKP itu adalah fakta yang kurang menyakinkan. Tapi Fakta yang sebenarnya adalah Datuk Mah hanya menambah 78 undi dari deposit yang dimenangi pada PRU-13 yang lalu. Datuk Mah perlu berkerja dan lebih fokus pada Teluk Intan selepas ini.

Guan Eng dan Lim Kit Siang pastinya bakal berdepan masalah ketika pemilihan CEC kelak. Sokongan dari Ahli DAP bakal berkurangan. Kenapa ketepikan pimpinan DAP yang ada di Teluk Intan. Adakah DAP sudah kekurangan pemimpin yang berkaliber dan bersih dari semua segi yang diwar-war oleh Tokong Cauvanis ini.

Ternyata Lim Kit Siang telah kalah dari segi Stategi Perang serta perubahan POLITIK BARU.

1. Mengapa Gerakan menang?

Kemenangan Gerakan menunjukkan beberapa perkara tentang bagaimana pengundi di Teluk Intan berfikir.

Penganalisis mengatakan bahawa salah satu sebab utama undian memihak kepada Mah adalah kerana beliau adalah tokoh tempatan yang rakyat kenal dan janji-janjinya adalah praktikal.

Personaliti Mah sangat sebati dengan orang Teluk Intan dan kempennya lebih menumpukan kepada kebajikan penduduk.

Itu dilihat lebih mudah diterima penduduk tempatan daripada mesej abstrak DAP mengenai idealisme dan isu-isu nasional.

Adalah sukar untuk menolak kata-kata Mah mengenai pembangunan ekonomi dan infrastruktur ditambah pula dengan sokongan kewangan yang jelas daripada kerajaan negeri dan persekutuan.

Paling diberi perhatian adalah tawaran jawatan Menteri Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang suka atau tidak ia membantu undian kepada Mah.

Ia juga membawa maksud bahawa rakyat mempercayai Mah sebagai seorang yang berpendirian apabila dia  enggan menerima perlantikan sebagai senator yang menjadi impian pembangkang.

2. Mengapa DAP kalah?

Pertamanya adalah kerana DAP gagal meyakinkan sepenuhnya pengundi luar terutamanya pemuda-pemudi berketurunan Cina serta Melayu untuk pulang ke kampung halaman dan mengundi.

Jumlah kehadiran pengundi yang sangat rendah ini sebenarnya memberi tamparan hebat kepada DAP dalam mempertahankan kerusi di Teluk Intan.

Undian pengundi luar ini gagal meskipun manifesto yang dibawa Dyana dilihat bagai dibuat khas untuk pengundi muda urban.

Tanpa analisis yang mendalam kepada corak pengundian setiap komuniti dan hanya menganggap jumlah undi merendah pada semua kaum, ia membawa maksud populariti Dyana sedikit mengelirukan.

Mungkin Dyana popular dikalangan peminat ‘online’, bukan ‘offline’.

Apabila tiba hari pengundian, populariti ini terlihat jelas.

Teluk Intan sekali lagi menunjukkan bahawa populariti di media sosial tidak menjamin kemenangan.

Jumlah kehadiran ketika di ceramah-ceramah kempen tidak menterjemahkan jumlah undian.

Beberapa pemerhati juga menyatakan Dyana terlindung disebalik orang-orang kanan DAP serta jelas kurang pengalaman di atas pentas terutama dalam menjawab soalan sukar ataupun soalan mudah.

Walaupun ia pasti mesej menarik buat ahli-ahli politik lama tentang keindahan belia, namun mungkin mesej itu tidak dapat dilihatkan kepada undi.

3. Apa maksud kemenangan ini kepada Gerakan dan Mah?

Tahun ini adalah perjalanan yang panjang buat Mah selepas beliau mengambil alih peranan presiden dalam parti Gerakan dan pastinya beliau mendapat sayap baru selepas kemenangan ini.

Semangat dalam Gerakan pastinya melonjak naik secara drastik.

Ahli-ahli parti yang sudah lama tidur kini akan bangun menyahut panggilan masa depan yang lebih baik.
Mungkin Gerakan akan dapat mencari kembali asas zaman kegemilangan parti itu.

Parti yang sentiasa disebut-sebut sebagai ‘suara hati nurani’ BN ini diharapkan mampu keluar dari kepompong dan menzahirkannya dengan lebih vokal.

Walau bagaimanapun, ia masih belum dapat dilihat sama ada Gerakan akan berdiri dan bersuara terhadap ‘abang besar ‘ UMNO atau parti komponen lain dan melangkaui batasnya.

Tetapi kemasukkan satu lagi ahli kedua Gerakan di Dewan Rakyat dan Menteri di Kabinet, telah banyak meningkatkan nilai parti tersebut.

4. Apa maksud kekalahan ini kepada DAP?

Adakah eksperimen DAP menurunkan seorang Melayu di kawasan majoriti Cina, gagal? Adakah Malaysia telah kembali kepada cara lama yang lebih selesa di mana bangsa dan politik perlu sentiasa seiring?

Mungkin majoriti pengundi masih belum bersedia untuk menentang arus dan belum bersedia menerima identiti masyarakat yang saling berkaitan dengan yang lain dan berusaha untuk cita-cita yang tidak kelihatan 'realistik'.

Ia adalah mustahil untuk meminta ahli-ahli politik untuk menukar kulit mereka, apatah lagi rakyat.

Untuk berlaku adil, idea mengurangkan politik kaum juga disokong Gerakan dan ironinya Gerakan turut menggelarkan dirinya sebagai parti berbilang kaum seperti DAP.

Mungkin, simbolik langkah awal Dyana ini  boleh dijadikan contoh stau hari nanti.

Buat masa ini, DAP nampaknya akan kembali kepada cara lama tanpa ada tindakan ‘berani’ lagi.
Adakah itu bermakna lebih banyak Ahli Parlimen berbangsa Cina akan mewakili kerusi ‘Cina’ pada masa hadapan?

5. Apa maknanya kepada Dyana?

Dyana kalah berlumba tetapi dia belum tentu kalah pertandingan. Umurnya baru 27 tahun. Pada pilihan raya umum ke-14 nanti, umurnya mungkin 30 atau 31 tahun. Langkah politiknya baru bermula. Langkahnya masih jauh.

Pilihan raya kecil Teluk Intan ini tentunya mematangkan anak muda ini untuk berdepan dengan sepak terajang dan caci maki politik yang lebih mencabar. Seperti yang pernah dia sebut sendiri, dia dicaci dan dimaki sekali semasa memilih jalan politik bersama DAP. Dia dicaci dan dimaki lagi sewaktu jadi setiausaha politik kepada Lim Kit Siang.

Dua pengalaman itu menyiapkan dirinya untuk dicaci dan dimaki serta difitnah sepanjang kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Untuk PRU-14, dia tentunya lebih bersedia.

6. Apa maknanya kepada politik Malaysia?

Pilihan raya kecil ini hanya mengukuhkan satu perkara: politik baru itu sesuatu yang sangat asing dan janggal. Dalam politik negara setakat ini, tidak ada yang namanya pertembungan idea atau polisi. Debat pun masih belum menjadi budaya kita. Apa yang ada masih lagi politik ugut-mengugut, fitnah dan caci maki.  Garis perkauman dalam politik juga masih terlalu tebal.

Selebihnya, peranan ahli parlimen sebagai pembuat dasar dan penggubal undang-undang itu masih belum difahami dengan betul termasuk di kalangan orang politik. Untuk kesekian kalinya, ahli parlimen masih diharapkan untuk menjalankan tugas pejabat daerah.

Selepas 2008, kita masih bermimpi kosong tentang politik baru.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive