Tuesday, February 24

KESIAN.......... @rafiziramli LUDAH KELANGIT ?


Kurang satu tahun yang lalu, Rafizi Ramli tampil membentangkan apa yang dikenali sebagai Langkah Kajang. Menurut Rafizi, Langkah Kajang adalah keperluan mendesak untuk mengekang ketegangan kaum dan agama di Selangor yang menurut beliau, didalangi Umno.

Ahli PKR dan Pakatan Rakyat diajak Rafizi untuk menyokong usaha menumbangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua tahu natijah Langkah Kajang dan bagaimana ia memecahbelahkan PKR dan Pakatan Rakyat sehingga hari ini, kononnya kerana ketegangan agama dan kaum perlu dikurangkan.

Semalam Rafizi muncul dengan lagi satu dalil iaitu Anwar kononnya dipenjara kerana Umno mahu memecahbelahkan PKR dan Pakatan Rakyat.

Kata Rafizi ia juga bagi memudarkan ingatan rakyat pada Ketua Umum partinya itu di samping memastikan PKR bergolak dan menghadapi krisis dalaman.

Hujah Rafizi boleh diterima jika PKR adalah sebuah parti 'kukuh' bersatu dan utuh di bawah naungan Anwar.

Dalil Ahli Parlimen Pandan itu juga boleh dipertimbangkan jika Pakatan Rakyat kukuh dan  bersatu kerana kepimpinan Anwar.  Namun hakikatnya adalah PKR dan Pakatan Rakyat dalam keadaan berpecah belah. Perpecahan itu menjadi lebih serius selepas pilihan raya umum 2013.

Di dalam PKR, dua pemilihan parti sekali lagi dicalari dengan pelbagai dakwaan penipuan, politik cantas-mencantas khususnya dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Langkah Kajang yang diilhamkan Rafizi menyaksikan segala kekotoran dalam parti itu didedahkan kepada umum.

Semua ini berlaku dengan Anwar sebagai peneraju PKR.
 
Jelas PKR mempunyai keupayaan semula jadi – tidak kira dengan Anwar di dalam atau di luar penjara – untuk berpecah belah dengan amalan politik kabilah mereka.

Jika pun betul andaian Rafizi kononnya wujud campurtangan kerajaan untuk menghantar Anwar ke penjara, penulis tidak fikir Umno tidak peka kepada realiti di dalam PKR.

Umno juga tentunya sedar kemungkinan besar PKR merapatkan semua saf sebagai reaksi kepada ketiadaan Anwar lagi di barisan depan.  Itupun jika hendak dilayan dakwaan Rafizi bahawa adanya campurtangan politik dalam kes mahkamah Anwar.

Hujah sama juga benar dalam kes Pakatan Rakyat. Anwar gagal menyelesaikan pertikaian di antara PAS dan DAP sekian lama. Malah,  akibat Langkah Kajang, beliau sendiri terheret dalam pertikaian dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Masa depan Pakatan ibarat telur di hujung tanduk semasa Anwar 'menerajui' pakatan itu.

Justeru ketiadaan Anwar besar kemungkinan menjadi pemangkin untuk pemimpin PAS dan DAP 'menangguhkan' pertikaian mengenai hudud untuk memberi fokus kepada PRU 14.

Semua andaian ini berpaksi kepada dakwaan Rafizi bahawa adanya campurtangan politik.  Namun andaian Naib Presiden PKR itu bertapak di atas hujah-hujah cetek – sama seperti alasan yang diberi beliau untuk menggerakkan Langkah Kajang.

Mereka yang arif dalam politik tentu mengakui risiko besar yang ditanggung Umno dengan Anwar di dalam penjara.

Anwar di Penjara Sungai Buloh memberikan sebab dan dorongan kepada PKR dan Pakatan Rakyat untuk merapat semula saf bagi menumpaskan Umno pada PRU 14.

Politik dan agenda Umno lebih tersusun apabila Anwar bebas dengan kelemahan beliau dalam menerajui PKR dan Pakatan Rakyat dipersoal dan dipertikaian oleh kalangan pembangkang sendiri.

Namun kini, Umno terpaksa keluar daripada zon selesa itu dan terpaksa menerima keputusan mahkmah untuk mensabitkan Anwar di atas tuduhan meliwat.

Sudah tentu Mahkamah tidak terikat dengan kepentingan politik Umno mahupun PKR dan membuat keputusan berlandaskan hujah peguambela dan pendakwaraya semata-mata.

Umno kini terpaksa berdepan dengan realiti politik baru susulan keputusan lima hakim memperakui hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

Jika dahulu, Umno 'selesa' memerhatikan segala kecelaruan dalam PKR dan Pakatan yang diterajui Anwar, kini mungkin ia cemas memikirkan bagaimana PKR dan Pakatan akan menyusun langkah mereka.

Justeru, alasan-alasan Rafizi kononnya Umno mahu 'mengkuburkan' PKR dengan memenjarakan Anwar hanya taktik murahan untuk mencari simpati ahli PKR.  Namun beliau harus meraih simpati itu dalam cara lain, bukannya dengan tuduhan dan tohmahan yang tidak masuk akal.

Rafizi sering menuduh beberapa segmen media termasuk portal ini sebagai memutarbelit atau 'spin' kenyataan beliau, lazimnya tanpa sebarang bukti.

Tindakannya itu ibarat meludah ke langit.

Monday, February 23

SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR! @LokmanAdam


Pada  23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut.

Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.

Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.

Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.

Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?

Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut.

Jawapan saya mudah,

1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Liwat.

2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.

3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.

4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.

5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia.

Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwat.

LOKMAN NOOR BIN ADAM.

Friday, February 20

KETUA BAHAGIAN PERMATANG PAUH MOHD ZAIDI MOHD SAID MAHU KISAH ANWAR DIBAKUL SAMPAHKAN... @KhairyKJ @AzwanBro @PPUMonline


Terkedu MKP bila melihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh mahu kisah Main Pungkoq dibakul sampahkan semasa kempen di PRK Permatang Pauh.

Selaku tuan rumah yang bakal berdepan perbagai rintangan yang mendatang sekarang atau pun selepas PRK Permatang Pauh.Orang luar termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairy Jamaluddin perlu mempunyai rasa hormat pada Tuan Rumah.

Lepas korang tabur apa sahaja di Permatang Pauh korang balik. Nak kena menjawab adalah Ketua Bahagian serta kepimpinannya yang tak boleh lari kemana. Sebagai manusia serta Rakyat Malaysia yang mempunyai adab serta budaya ketimuran yang tinggi patut menghormati tuan rumah bukan main tangkap muat....?

Sebelum ini heboh diperkatakan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan diletakkan sebagai ayam sabung Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Permatang Pauh.

Tiba-tiba, keluar berita daripada Biro Politik PKR yang telah bermesyuarat dan mahukan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi yang disandang suaminya itu.

Keputusan akhir atau muktamad hanya boleh diputuskan oleh Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selama lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Baik Azizah mahupun anaknya Nurul Nuha, pemerhati politik dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bukan ahi PKR melihat tindakan meletakkan salah seorang daripada nama tersebut sangat tidak wajar.

Kenapa mesti pilih juga calon daripada ahli keluarga Anwar? Apakah ini menunjukkan seolah-olah Permatang Pauh tidak layak dipimpin oleh orang lain selain anak-beranak Anwar?

Memang kerusi tersebut susah untuk dimenangi pihak yang melawan Anwar sebelum ini kerana auranya yang cukup kental di sana tetapi antara sedar dan tidak, dalam diam, ramai rupanya penyokong PR yang tidak mahu keluarga Anwar terus kekal di Permatang Pauh.

Komen yang kedengaran antara lain berbunyi, PKR bukannya keluarga milik Anwar dan kerusi Permatang Pauh juga bukan mutlak milik Ketua Pembangkang itu.

Jika Nurul Nuha dipilih, bermakna empat orang dalam keluarga Anwar menjadi pemimpin PKR yang pada dasarnya tidak salah tetapi PKR akan dilihat sebagai parti anak beranak.

Tidak keterlaluan jika PKR dinamakan sebagai parti keluarga jika Nurul Nuha pula dijadikan pemimpin Permatang Pauh.

Siapa pun boleh menggantikan Anwar di Permatang Pauh dan dalam PKR sendiri ramai yang layak dan berpengalaman berbanding Nurul Nuha yang tidak ada pendedahan politik kecuali untuk membela bapanya.

Wan Azizah pula telah pun diberi tempat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang pada pilihan raya kecil tahun lalu. Apa lagi yang ahli PKR mahukan untuk menjulang nama Anwar?

Memang ini masalah dalaman PKR dalam menentukan arah tujunya dan orang luar tak sepatutnya masuk campur.

Cuma satu yang harus diingat, sekiranya Nurul Nuha yang dipertandingkan dan kemudian menang, apakah dia berupaya menjalankan tugasnya sebagai pemimpin politik?

Jika Wan Azizah pun terpaksa menerima cemuhan kerana gagal membangunkan Kajang dan menangani masalah penduduk di kawasannya, mampukah Nuru Naha menjadi lebih baik?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive