Monday, August 31

PENGORBANAN DEMI MALAYSIA TERCINTA #MakkahMetro @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidKL


Mereka mungkin berada di perantauan dan berkhidmat beribu-ribu batu daripada tanah air. Namun, hati dan semangat mereka tetap kepada tanahair khususnya di ambang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 58 hari ini.

Berkhidmat di Mekah untuk operasi perkhidmatan rel Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, mereka memulakan latihan simulasi 24 jam bagi memastikan para jemaah haji dari seluruh dunia menikmati perjalanan yang selesa dan mudah ketika menunaikan haji nanti.

“Kami di sini bukan sahaja untuk Prasarana, tetapi untuk Malaysia dan saudara-saudara Islam kami di seluruh dunia. Untuk Malaysia yang bakal meraikan Hari Kemerdekaan ke 58, kami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan.

“Komitmen kami di sini kepada negara adalah untuk menghasilkan tugas yang sebaik mungkin demimemertabatkan nama Malaysia di pentas antarabangsa,” kata Muhammad Fardzreen Abdul Razak, yang ditugaskan di Mekah sejak Mei lepas.

Bertugas sebagai eksekutif bahagian kesihatan dan keselamatan pekerja, Fardzreen, berkata bekerja di perantauan di Tanah Suci Mekah tentunya mengharungi cabaran khususnya dari aspek cuaca dan senarai tugas yang perlu dilaksanakan dalam masa singkat.

“Saya antara anggota kumpulan yang awal datang ke sini. Di kalangan kami, ada yang terlibat secara langsung dalam proses penerimaan segala aset berkaitan dengan operasi tren daripada pengendali terdahulu. Semua barang dan aset perlu diperiksa dan didokumenkan sebelum urusan seterusnya boleh dijalankan.

“Alhamdulillah, berkat usaha gigih dan kerjasama erat semua rakan-rakan di sini serta doa rakan-rakan kami di Malaysia, segala persiapan berjalan lancar dan kini, kita sudah sampai ke fasa latihan terakhir iaitu latihan simulasi 24 jam yang bermula hari ini,” tambah Fardzreen, yang berasal dari Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Seperti rakannya Muhammad Fardzreen, Encik Hamdan Mat Isa daripada Bahagian Operasi Tren (Train Operations) turut melahirkan rasa syukur kerana mendapat peluang bertugas di Tanah Suci Mekah Mukarammah.

“Ini bukan saja peluang untuk menambah pendapatan syarikat tetapi, turut menaikkan imej Malaysia di persada dunia kerana mereka yang menunaikan fardhu haji nanti tidak melihat kita sebagai staff Prasarana tetapi duta Malaysia,” katanya.

Noor Hafiezie Adli Noorjali dari Bahagian Tren (Rolling Stock) menganggap peluang bertugas di Makkah Metro memberi peluang kepada staf Prasarana mempamerkan kepada dunia untuk memperkasakan budaya tinggi Malaysia yang berbudi bahasa dan bertoleransi tinggi.

Pegawai keselamatan, Muhammad Izhar Ratiban, 27, pula melihat projek mengendali dan menyelenggara perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro menjadi platform kepada rakyat Malaysia mempamerkan kebolehan mereka mengendalikan operasi tren yang paling mencabar di dunia.

Dibina oleh China Railway Construction Consortium (CRCC) pada 2009, projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro mula beroperasi sepenuhnya pada 2010 dengan dikendalikan oleh syarikat dari negara China itu sehingga tahun lepas sebelum kontrak operasi dan penyelenggaraan dianugerahkan kepada Prasarana pada Mei lepas.

Seramai 300 staf dan kakitangan Prasarana ditempatkan sementara di Tanah Suci Mekah bagi mengendalikan projek ini disokong oleh kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Express Rail Link (ERL).


Beroperasi hanya tujuh hari setahun pada musim haji, perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro menghubungkan Jamarat, Mina, Mudzalifah dan Arafah, yang merupakan lokasi-lokasi wajib dalam menyempurnakan urusan haji.

Mengulas persiapan menjelang operasi sebenar bermula 7 Zulhijjah nanti, Pengarah Projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro, Haji Khairani Mohamed memuji dedikasi dan komitmen staf dan kakitangan yang bertugas di Mekah.

“Cabaran terbesar yang kami hadapi adalah tempoh masa yang singkat daripada masa penyerahan aset kepada hari operasi. Namun, mereka di sini telah bekerja keras untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk sampai ke peringkat ini.

“Hari ini bermula latihan simulasi 24 jam terus menerus sehingga bermula hari operasi. Kita sudahpun selesai fasa menguji tren dan juga sesi operasi ujian atau ‘trial ops’. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik.

“Berdasarkan apa yang saya lihat daripada kesungguhan dan dedikasi staf-staf saya di sini, saya yakin latihan simulasi 24 ini juga akan berjalan dengan baik seperti direncanakan. Kami sudah bersedia untuk memastikan perkhidmatan yang sebaik mungkin demi menaikkan mertabat Malaysia.

“Kejayaan projek ini adalah penting untuk keselesaan jemaah haji dari seluruh dunia dan juga Malaysia bagi membuka pintu kepada peluang-peluang perniagaan baru kepada syarikat-syarikat tanahair. Sukses projek ini adalah lambang semangat patriotik kami di Prasarana,” tambah Khairani, yang pernah bertugas sebagai jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia.

Sunday, August 30

APA DAH JADI, TUN MAHATDIR SERTA SIFAT MUNAFIKNYA


'Matlamat menghalalkan cara" itu yang bermain difikiran MKP apabila melihat Tun Mahadir turun di perhimpunan Bersih4 kali ini. Tindakan seorang Negarawan yang dulunya melawan habis-habisan politik demo jalanan (Refomasi 1998) kini seperti menjilat ludahnya kembali. Itupun pembaca masih ingat ketika Tun Mahadir masih lagi berkuasa. Beliau amat benci pada refomasi yang dicetuskan Anwar pada tahun 1998. Siapa Perdana Menteri ketika itu.Sehinggakan Tun pernah digelar MahaZalim.


Komen dari Bangsat DAP Tian Chua ini mungkin boleh mengingatkan Tun Mahadir bahawa DAP memang berdendam pada Tun. Kalaulah diukur hidung Tun memanglah mancung akan tetapi DAP tidak akan menerima Tun, Mereka mempunyai agenda tersendiri. Menjatuhkan kerajaan yang sedia ada walau apa cara sekali pun. 

Sudah terang lagi bersuluh agenda perhimpunan haram Bersih siri ke-4 ini jelas didalangi ideologi pihak pembangkang dan sekutunya untuk menjatuhkan serta menggulingkan pihak kerajaan sekarang.

Walaupun dibantah, perhimpunan jalanan tersebut masih mendapat perhatian masyarakat sehingga ada yang mendakwa seramai lebih 60 ribu orang konon telah membanjiri ibu kota bagi merealisasikan acara berkenaan.

Ini adalah himpunan kali keempat sejak yang pertama diadakan tahun 2007.Himpunan sebelum ini pun boleh dikatakan seperti murai tercabut ekor.

Bunyi saja bising, riuh sekampung, tetapi manfaatnya tidak ada.

Sungguhpun empat kali mereka turun di jalanan, memenuhi setiap ruang kawasan strategik di ibu kota menunjuk perasaan dan menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemimpin, namun kerajaan BN masih kekal berkuasa sehingga hari ini.

Kalau begitu rumusan kepada himpunan Bersih 1 (November 2007), Bersih 2.0 (Julai 2011), Bersih 3.0 (April 2012) dan terbaru, Bersih 4.0 (Ogos 2015) boleh dianggap gagal sepenuhnya.

Kegagalan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan menerusi demonstrasi jalanan ini menyebabkan pembangkang hilang akal.

Segala strategi yang diatur menemui jalan buntu.

Disebabkan tiada pilihan, melainkan demonstrasi jalanan antara kaedah terbaik bagi melemahkan pentadbiran kerajaan BN, maka himpunan demi himpunan diadakan.

Soal sumber kewangan tidak penting kerana mereka mendapat sokongan pelbagai pihak dari luar negara yang akan menyalurkan berapa banyak kos diperlukan.

Asalkan kerajaan Malaysia jatuh, banyak mana wang dikeluarkan pun tidak menjadi perkiraan.

Jika tiga perhimpunan ‘besar-besaran’ sebelum ini gagal, yang menyaksikan tidak sedikit peserta Bersih dan anggota polis mengalami kecederaan, tidak mustahil tragedi sama berulang lagi dalam demonstrasi hari ini.

Pembangkang melaungkan demokrasi dan sistem pemerintahan yang adil, tetapi mereka sendiri tidak tahu bagaimana demokrasi itu harus diterjemahkan.

Mereka hanya sekadar menjadi Ahli Parlimen yang masuk ke Parlimen untuk elaun.

Mereka tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada di Parlimen untuk mengemukakan cadangan bagaimana kerajaan BN harus berlaku adil atau mentadbir dengan baik.

Pembangkang hari ini hanya pentingkan diri sendiri.

Mereka menjadi wakil rakyat pembangkang bukan untuk menegur dan memperbetulkan pentadbiran pemerintah, sebaliknya mempunyai agenda lebih besar dari itu, iaitu menjadi kerajaan.

Yang teraniaya ialah rakyat. Mereka dijadikan alat dan dipergunakan sepenuhnya oleh pembangkang supaya turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan.

Bagi kebanyakan penuntut pengajian tinggi, jika waras mereka tidak akan sekali-kali turun ke jalan rayahari ini kerana bala menanti mereka.

Masa depan mereka gelap dalam sekelip mata sekiranya dikenakan tindakan disiplin oleh pihak universiti. Siapa yang rugi?

Pembangkang dan penganjur Bersih 4.0 tidak pernah rugi. Mereka tidak akan kehilangan kerjaya, tetapi penuntut pengajian tinggi yang dikenakan tindakan akan kehilangan segala-galanya.

Apabila Allah memberi akal untuk berfikir, gunakanlah akal itu sebaik mungkin dengan memikirkan bagaimana hendak membalas jasa kedua ibu bapa di kampung yang membanting tulang siang malam mencari duit untuk membesarkan mereka dan menghantar belajar ke menara gading.

Tidak ada ibu bapa mahu melihat anak-anak hidup di jalan yang salah. Harapan mereka amat besar sekali, iaitu mahu anak mereka berjaya. Berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Menyertai atau melibatkan diri dalam himpunan haram Bersih 4.0 bukan suatu tindakan yang berfaedah, sebaliknya mengundangkan kecelakaan yang lebih besar kemudian hari.

Mungkin mereka hilang kelayakan sebagai penuntut universiti dan mungkin juga mereka disisihkan masyarakat.

Ada cara untuk mendesak kerajaan BN supaya berlaku adil kepada rakyat.

Saturday, August 29

TERKINI #BERSIH4 SEKITAR SOGO, DATARAN MERDEKA DAN KL SENTRAL


Kumpulan berbaju kuning mula berkumpul di hadapan Menara Maybank, Pudu. 


Anggota Polis bersiap sedia dengan kehadiran Kumpulan berbaju kuning. Setakat ini keaddan di Dataran Merdeka masih tenang serta keadaan masih lagi terkawal. 


Keadaan di KL Sentral. Tak ramai yang ada disini adelah sekitar 50 orang yang memakai baju Kuning. Kebanyakkan mereka terdiri dari golongan cina DAP...

Bersih 4 adalah lanjutan daripada siri himpunan demonstrasi dengan kali terakhir para demonstran beraksi di jalanan adalah sekitar 4 tahun lalu berlabelkan Bersih 3.

Sejajar dengan pengumuman itu, pelbagai reaksi diterima daripada segenap lapisan masyarakat, baik daripada parti politik yang sedia memberi komitmen mengembleng ahli turun ke jalanan hinggalah kepada aktivis kaki demonstrasi sejak dahulu lagi. 

Ada yang awal-awal lagi lantang menolak, ada yang bereaksi tidak sabar mahu kembali beraksi dan ada yang masih ragu dan kabur.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive