Wednesday, September 30

SIAPA NAK KAUT UNTUNG NI? @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @KP_JIM


Entah berapa kali nak buat pemutihan untuk pendatang asing nie, Ibarat anak kera dihutan disusukan anak sendiri dirumah dibiarkan mati kelaparan. Ketika ini rakyat malaysia mengeluh dengan kos kehidupan yang agak tinggi sehingga Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk memastikan semuanya didalam keadaan yang baik.

Namun ada jugak pihak yang mengaut keuntungan dari Program yang dilaksanakan kerajaan. Setahu MKP program pemutihan ini bukan sekali tapi ini dah masuk kali kedua rasanya.....? 

Wow! Hebaat kan ni? Sebelum ni 4P, 5P dan memersembahkan sekarang 6P dan yang paling best sekali tengok iklan ni, rumah urut, pub dan karaoke semua boleh apply benda ni. Ini bermakna semua pekerja haram tanpa permit dari negar-negara yang disebut diatas boleh mendapat permit halal dengan menyertai program 6P ni.

Itu hari aku ada tulis pasal pendatang haram yang mahu diputihkan, KLIK SINI

Apa yang sedang terjadi dengan negara kita ni? Kita dok sibuk pertikai hak melayu la, hak cina la, hak India la dan hak peribumi semua tapi kita terlepas pandang perkara paling besar iaitu isu kebanjiran PENDATANG HARAM TANPA IZIN. Ini adalah masalah paling besar.

Tuesday, September 29

PRASARANA KAJI SEMULA OPERASI MAKKAH METRO UNTUK MANTAPKAN PERKHIDMATAN @NajibRazak @azmiaziz60

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), yang menerajui operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) buat julung kali tahun ini, akan mengkaji semula formula pergerakan tren yang digunakan tahun ini bagi memantapkan operasi Haji musim depan.

Walaupun mendapat pujian daripada pihak berkuasa Arab Saudi untuk operasi sulungnya tahun ini, Prasarana, yang dianugerahkan kontrak tiga tahun sehingga musim haji 2017, mahu mutu perkhidmatan diperbaiki lagi untuk meningkatkan keselesaan dan melicinkan lagi perjalanan haji para jemaah yang menggunakan MMMSL.

Pengarah Projek MMMSL, Hj Khairani Mohamed melakukan flag off tren terakhir yang berkhidmat untuk Jemaah Haji musim 1436H ini pada jam 6 petang (11 malam waktu Malaysia) di Stesen Mina 3, kelmarin.Maka dengan itu, khidmat lebih 400 orang rakyat Malaysia & kakitangan #RapidKL beransur-ansur tamat.

Sehubungan dengan itu, satu worksyop khas akan diadakan di Mekah pada 1 November ini bersama-sama dengan pakar-pakar runding antarabangsa dan para pegawai tinggi Kementerian Pihak Berkuasa Perbandaran dan Luar Bandar (MOMRA/Ministry of Municipality and Rural Authorities), yang bertanggungjawab untuk keseluruhan operasi haji Arab Saudi.

“Beberapa jam sebelum berakhirnya operasi keseluruhan tahun ini pada Ahad lepas (13 Zulhijjah/27 September), kami telah mengadakan pertemuan dengan MOMRA di Pusat Kawalan Operasi dan mereka telah menyatakan rasa puas hati terhadap perkhidmatan tahun ini.

“MOMRA juga menyatakan bahawa mereka berbangga kerana keupayaan Prasarana menyediakan perkhidmatan yang komprehensif walaupun mempunyai masa yang singkat untuk membuat persediaan,” kata Pengarah Operasi MMMSL, Haji Muhammad Burhanordin Ismail.

Perjanjian antara Prasarana dan Kerajaan Arab Saudi telah dimeterai pada 3 Mei lepas. Bagaimanapun, urusan penyerahan fasiliti dengan kontraktor terdahulu, China Railway Construction Consortium (CRCC) hanya disempurnakan pada bulan Jun sekali gus hanya memberikan Prasarana kira-kira tiga bulan untuk membuat segala persiapan.

“Itu adalah antara cabaran besar yang kami hadapi tahun ini. Masa yang ada di tangan kami cukup singkat. Untuk musim depan, kita mempunyai masa yang lebih banyak untuk membuat persediaan. Worksyop ini nanti adalah permulaan persiapan musim depan,” kata Borhanuddin.

Menurut beliau, worksyop yang akan diadakan itu akan melihat semula seluruh operasi tahun secara terperinci dan mengkaji semula keberkesanan program-program yang dilaksanakan tahun ini khususnya formula pergerakan, yang digunakan sejak perkhidmatan ini diperkenalkan pada 2010.

“Kita akan tengok balik kesemua lima pergerakan khususnya Pergerakan B dan C pada Hari Wukuf 9 Zulhijjah, yang sememangnya hari yang kritikal dengan pergerakan yang komprehensif dan dalam tempoh yang sihat.

“Seluruh jemaah sama ada mereka menggunakan tren, kenderaan lain atau berjalan kaki akan berkumpul di Arafah menjelang Zohor pada Hari Wukuf dan meninggalkan Arafah serentak selepas Maghrib untuk ke Muzdalifah dan Mina pada hari yang sama. Itu sememangnya cabaran terbesar dalam mengendalikan operasi ini,” kata Burhanordin.

Dengan laluan sepanjang 18.1km, laluan MMMSL menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, yang merupakan tiga tempat rukun dan wajib dalam ibadah Haji selain daripada Masjidil Haram di mana para jemaah melakukan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah dan saei antara Bukit Safar dan Bukit Marwah.  

Selesai urusan di Jamarat, yang menjadi lokasi stesen Mina 3, para jemaah akan berjalan kaki ke Masjidil Haram untuk meneruskan ibadat mereka atau kembali ke stesen Mina 3 untuk pulang ke khemah sementara masing-masing di Mina dan Muzdalifah.

Menggunakan 15 set tren 12 gerabak, MMMSL mempunyai kapasiti untuk menggerakkan sehingga 3,500 penumpang pada satu masa. Jumlah bilangan dan kekerapan tren bergantung kepada format pergerakan pada sesuatu masa.

Bermula dengan Pergerakan A pada 7 Zuilhijjah, enam tren digunakan untuk format operasi metro, yang menyaksikan tren berhenti di semua stesen dan sehinggalah pukul 8 malam (waktu Arab Saudi) pada tanggal 8 Zulhijjah.

Ketika itu, bermulalah pula Pergerakan B, yang berlanjutkan sehingga 10 pagi (waktu Arab Saudi) tanggal 9 Zulhijjah di mana tren-tren berhenti untuk mengambil penumpang di Mina 1, Mina 2 dan Muzdalifah 3 dan menurunkan mereka di stesen-stesen Arafah 1, Arafah 2 dan Arafah 3.

Tepat jam 6.18 petang (waktu Arab Saudi) ketika masuknya waktu Maghrib, Pergerakan C dijalankan dengan pergerakan pengantara antara stesen-stesen Arafat dan Muzdalifah sehingga 11 malam, yang berhenti selama 30 minit sebelum memulakan Pergerakan D pada 11.30 malam.

Pergerakan D, yang akan berlanjutan sehingga 8.30 pagi (waktu Arab Saudi) akan menyaksikan perkhidmatan pengantara antara stesen-stesen Muzdalifah dan Mina. Manakala, untuk empat hari terakhir, operasi MMMSL menggunakan format Pergerakan E, yang mana tren-tren dalam perkhidmatan akan hanya berhenti di stesen-stesen Mina 1, Mina 2, Muzdalifah 3, Arafat 3 dan Mina 3 di Jamarat.

Kata Burhanordin: “Kita akan berbincang tentang pergerakan-pergerakan ini dan lihat kesesuaiannya dan jumlah tren yang paling ideal. Terdapat beberapa saranan telah dibuat semasa operasi tahun ini khususnya untuk Pergerakan B dan C. Kita akan menilai semula segala saranan-saranan ini dan juga menimbang cadangan-cadangan baru pada worksyop nanti.

“Apa yang pasti, kami akan usahakan sesuatu yang lebih baik untuk keselesaan dan kemudahan jemaah pada musim depan,” tambah Burhanordin, yang terlibat dalam operasi MMMSL sejak 2010 dengan kontraktor yang terdahulu sebelum berkhidmat dengan Prasarana tahun ini.

Monday, September 28

MMMSL Berakhir, Prasarana Puas Hati @NajibRazak @azmiaziz60 @AKaprawi @myrapidkl


Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) yang dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) untuk musim Haji 1436H di tanah suci, berakhir pada Ahad.

Pengarah Projek MMMSL, Haji Khairani Mohamed turun padang membantu.

Timbalan Pengarah Operasi MMMSL (Tenaga Kerja dan Pentadbiran), Zaki Mohamad berkata, pada hari terakhir operasi itu, perkhidmatan MMMSL yang bermula pada 4 pagi menyediakan perkhidmatan di stesen-stesen Arafat 3, Muzdalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 semasa ibadat haji berakhir dengan jemaah melakukan lontaran di Jamarat.

Hamdan Isa Ketua Pemandu 

Beliau berkata Prasarana juga amat berpuas hati dengan prestasi setiap kakitangannya yang menjalankan tugas mereka bagi melancarkan MMMSL.

"Saya amat berbangga dengan pasukan kami dan apa yang telah mereka capai.

Ini bukan tugasan kecil. Ini adalah tugasan antarabangsa pertama bagi Prasarana Malaysia Berhad dan pada keseluruhannya, Prasarana sangat gembira," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Namun, katanya Prasarana akan menambah baik perkhidmatan itu, yang beroperasi hanya untuk tempoh tujuh hari mulai 7 Zulhijjah.

Prasarana ditawarkan kontrak untuk mengendali dan menyelenggara MMMSL pada Mei tahun ini selepas mengambilalihnya daripada China Railway Construction Consortium (CRCC) yang mengendali perkhidmatan itu sejak ia beroperasi pada 2010.


Perkhidmatan sepanjang 18.1 kilometer itu menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Kira-kira 370,000 jemaah menggunakan perkhidmatan itu pada musim haji ini.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive