Friday, October 30

@tonypua BACUL!!! ALASAN TAK MASUK AKAL


CERITA asalnya ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua baru-baru ini mencabar Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasmy untuk berbicara secara langsung.

Mudah cakap ia sebenarnya platform debat terbuka bagi pemimpin pembangkang itu menghentam syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia tersebut dan kemudian memalukan Arul Kanda di depan khalayak ramai.

Dengan berbuat demikian, mereka menjangka Arul Kanda menjadi takut sekali gus memudahkan pembangkang hasut rakyat kononnya 1MDB bermasalah teruk, tidak telus sehingga membazirkan duit negara begitu sahaja.

Jika ikut rancangan asal, secara logik mana mungkin Arul Kanda berani debat kerana beliau mungkin kena dedah banyak maklumat sulit yang disiasat pihak berkuasa khasnya SPRM, BNM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara.

Ini bermakna Arul Kanda tidak akan berani ‘jawab’ soalan cepumas atau cakap isu sensitif sembarangan apatah lagi 1MDB turut berdepan proses siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen Malaysia.

Secara kebetulan, Tony Pua ialah ahli PAC, dan semua maklum pemimpin DAP itu cukup lantang ‘belasah’ 1MDB walhal jawatankuasa tersebut pun masih lagi melakukan siasatan yang turut disertai ramai wakil pembangkang.

Malangnya apa yang sangat diharapkan Tony Pua adalah sebaliknya apabila Arul Kanda pada Khamis dilaporkan sedia berbicara secara langsung dengan ahli politik itu malah sedia jawab semua soalan tanpa berasa bimbang.

Namun, beliau menetapkan Tony Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota PAC terlebih dahulu kerana khuatir kedudukan itu akan memberi konflik kepentingan dalam isu tersebut dibicarakan secara adil tanpa prasangka.

Senang cakap, jika Tony Pua masih lagi ahli PAC, ini tentu tidak wajar kerana tokoh DAP itu akan guna kelebihan kedudukannya seolah-olah mendahului siasatan PAC dan pastinya juga tidak adil kepada ahli-ahli PAC yang lain.

Ini isu besar. Apa hebatnya Tony Pua daripada Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin sendiri, dan jika mahu juga buat debat itu, adalah lebih baik kesemua ahli PAC pun ada di pentas yang sama dengan Tony Pua pada masa itu.

Kalau betul berani sepatutnya Tony Pua sedia berdebat secara berdepan satu lawan satu tanpa keistimewaan jawatan sebagai ahli PAC yang tidak terikat dengan Arul Kanda sendiri. Ini baharulah bersifat adil namanya.

Sebaliknya ini tidak berlaku dan harapan untuk melihat mereka berdua berentap secara terbuka berbahas isu 1MDB nampaknya mungkin tidak jadi, menurut laporan dipetik pelbagai portal tempatan pada Khamis.

Dalam reaksi segera Arul Kanda sedia sahut cabarannya untuk debat secara live di televisyen, ahli Parlimen DAP itu dikatakan sudah bagi alasan dengan mempertikaikan pula syarat beliau kena letak jawatan ahli PAC dulu.

Tony Pua pula dakwa Arul Kanda konon takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC. Walhal Arul Kanda sebaliknya mahu Tony Pua letak jawatan ahli PAC dulu untuk elak konflik kepentingan untuk berdebat.

“Umum tahu Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang jalan siasatan ke atas 1MDB. Bagi kekal integriti siasatan PAC, dan elak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu letak jawatan dalam PAC,” kata Arul Kanda.

Perkara itu turut disokong Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang terkenal sebagai pemimpin UMNO gemar cakap tidak berlapik apabila berkata, Tony Pua memang wajar ‘keluar’ daripada PAC.

“Dia kena keluar dulu PAC jika mahu debat dengan Arul Kanda sebab PAC sedang siasat 1MDB dan macam mana hendak debat jika dia pun masih ahli PAC,” katanya yang pernah menjadi menteri bagi hal ehwal Parlimen.

Tony Pua bagaimanapun menurut portal pro-pembangkang khabarnya hendak tunjuk hebat dan mendakwa beliau tidak terkejut apabila Arul Kanda sahut cabarannya; sedangkan ia perkara luar biasa dan amat jarang berlaku.

“Berhenti beri alasan bodoh (syarat letak jawatan ahli PAC) dan terima cabaran saya,” katanya pada wartawan di lobi Parlimen bagi menutup kelemahan dirinya yang terpaksa bergantung kepada kedudukan sebagai ahli PAC.

Jelaslah di sini siapakah yang penakut sebenarnya dan siapakah yang lebih berani. Kesudahannya inilah gimik bodoh DAP untuk melindungi keaiban mereka kerana asalnya menyangka 1MDB pengecut.

Wednesday, October 28

Tambang LRT Ampang Line PERCUMA Selama Sebulan #RapidKL @myrapidkl @NajibRazak @gtp_roadmap


Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan empat stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan syarikat itu berkata, empat stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren enam gerabak. Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua empat stesen terbabit - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu.

"Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

"Demikian juga para penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke empat stesen baharu itu," jelas Azmi.

Tuesday, October 27

LIM GuAN ENG MELALAK SEPERTI ANJING MAHU TULANG


Ketua Menteri paling malang di Pulau Pinang melalak lagi pada sidang Parlimen Petang semalam. bagaikan Anjing melalak bukit rupanya ada udang disebalik batu. Anjing ini cuma mahu seketul tulang untuk mencapai populariti politik dirinya demi mengaburi mata rakyat Pulau Pinang. Banyak permasalah rakyat Pulau Pinang yang belum diselesaikan oleh Ketua Menteri Paling celaka ini.

Mengkritik segala inisiatif yang diambil kerajaan untuk kemakmuran rakyat dan negara serta mengaitkan pelbagai masalah dan cabaran yang terpaksa dilalui adalah sesuatu yang cukup mudah untuk dilakukan. 
Hakikat itu dibuktikan Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sewaktu membahaskan Bajet 2016 di Dewan lim guan eng parlimenRakyat pada Isnin petang. 
Guan Eng tanpa sekelumit rasa meletakkan segala-gala masalah dan beban yang menghimpit rakyat dan negara ke atas pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwanya punca pelabur asing gusar untuk melabur di Malaysia. 
Isu 1MDB juga didakwa Guan Eng sebagai punca kejatuhan nilai ringgit yang kini berlegar di paras RM4.2+ berbanding AS$1. 
Malah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semuanya diserang Guan Eng kerana didakwa membebankan rakyat. 
Guan Eng sengaja melupakan fakta demi mengelirukan rakyat bahawa semua isu yang ditimbulkan beliau sebenarnya berkait rapat dengan pergerakan ekonomi dunia dan tidak semata-mata diputuskan Kerajaan Pusat. 
Komtar dan feri sekaligus, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik segalanya bagai pakar ekonomi dengan mempertikaikan segala perancangan ekonomi yang diatur serta dirancang Kerajaan Persekutuan demi rakyat. 
Sekilas pandang, Guan Eng kelihatan cukup hebat bersuara lantang dalam perjuangan yang kononnya demi kesejahteraan rakyat. 
Hakikatnya bagaimanapun ialah serangan Guan Eng itu sebenarnya bertujuan melindungi kegagalan pentadbiran DAP di Pulau Pinang. 
Sejak 2010, DAP Pulau Pinang menyaksikan penurunan ketara pelaburan langsung asing (FDI) dari RM10.451 bilion kepada sekadar RM1.794 bilion pada 2014. 
Malah beberapa kilang multinasional di Pulau Pinang juga telah ditutup sekaligus menyebabkan ribuan rakyat kehilangan sumber pendapatan. 
Umpamanya penutupan kilang Fairchild Semiconductor yang menjejaskan kira-kira 1,892 pekerja. 
dua lim komtarDan untuk menampung kekurangan punca sumber pendapatan itulah menyebabkan Guan Eng membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan caj pembangunan, tarif air dan bayaran letak kereta. 
Antaranya ialah caj levi hotel yang dikenakan pada setiap bilik yang disewakan manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menaikkan cukai taksiran sehingga 14 peratus. 
Tidak cukup dengan itu, aktiviti riadah juga turut dikenakan bayaran tambahan apabila pengunjung Fort Cornwalis kini dikenakan bayaran RM10 berbanding RM3 sebelum itu. 
Pastinya hujah Guan Eng jika ditanya ialah semua itu dilakukan kerana beliau tidak rela membebankan rakyat negeri itu dan dilakukannya demi kemakmuran penduduk negeri. 
Namun dalam pada Guan Eng begitu bersemangat mengkritik segala perancangan kerajaan sewaktu perbahasan itu, beliau tanpa sebarang rasa malu mendakwa Kerajaan Pusat menganaktirikan Pulau Pinang hanya kerana ditadbir DAP. 
Guan Eng sesuka hati mendakwa Pulau Pinang diabaikan sedangkan fakta langsung tidak menyebelahi beliau. 
Ini kerana fakta jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat saban tahun memperuntukkan jutaan ringgit untuk projek pembangunan di negeri itu. 
Antaranya peruntukan RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). 
Malah sesuatu yang tidak akan sesekali dapat disembunyikan Guan Eng ialah pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bernilai lebih RM4.5 bilion. 
Selepas hampir 30 minit lantang menghentam dan mengkritik, Guan Eng tanpa malu menuntut Kerajaan Pusat ltappmeluluskan peruntukan untuk membesarkan LTAPP yang dianggarkan bernilai RM600 juta. 
Sekaligus, silalah nilai sendiri perangai pemimpin DAP itu yang cukup lantang mengkritik tetapi akhirnya meminta tanpa sebarang rasa malu.
Tepuk dada, tanyalah selera.

Sumber : portal BNBBC

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive