Tuesday, December 22

Parkir Bukan Milik @RapidKL, Tren Beroperasi Seperti Biasa


Prasarana menafikan kejadian kebakaran memusnahkan enam buah kereta berlaku di kawasan milik Stesen LRT Taman Jaya.

Ia sebenarnya berlaku di kawasan letak kereta bersebelahan dan ia bukan dikendalikan Rapid KL.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Prasarana juga memaklumkan kejadian itu tidak memberi kesan kepada operasi tren dan ia berjalan seperti biasa.

Sementara itu, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ia ada kaitan dengan perbuatan khianat ada kebenarannya kerana kebakaran itu melibatkan kebakaran enam kereta sekaligus dalam masa yang sama.

Tuesday, December 15

@dyanasmd BOLEH JADI LAYAR BURUK BuKANYA PEGUAM....


Sebab tue DAP mendidik Dyana Sofya kerana senang diperkotak-katikkan. Tak faham maksud sebenar PEKARA 11 PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN....

Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak —
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; 
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan 
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Dyana dan Pastor David boleh baca petikan Perkara 11 (1) hinggalah ke Perkara 11 (5) sebagaimana di atas. Sekiranya tidak faham, sila bertanya pada pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang kini telah mendaftar sebagai ahli DAP. Penulis yakin dia boleh jelaskan sejelas-jelasnya.

Cuba penulis tegaskan di sini bahawa penyebaran agama lain selain dari agama Islam di semenanjung Malaysia adalah dilarang merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan di atas. Di Sabah dan Sarawak tidak mengapa, tapi tidak boleh di Semenanjung Malaysia, faham?

Justeru itu, tidak perlulah dipertikai, dipersoal atau tersinggung hati dengan penganjuran seminar seumpama itu kerana ia adalah bertepatan dengan semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan sekiranya benar wujud penyebaran agama Kristian terhadap umat Islam di semenanjung Malaysia.

Pada pandangan penulis, tidak perlulah bermain api dengan mencetus perkara yang mampu menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang agama di negara kita. Kita hanya perlu faham tentang peruntukan Perlembagaan Persekutuan tersebut dan ikut saja ketetapan sebagaimana yang termaktub, kan?

Sehingga kini semua penganut agama di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang sekatan mengamalkan agama masing-masing. Cuma fahamilah tentang ketetapan Perlembagaan Persekutuan itu kerana ia adalah menjadi satu kesalahan jika kita melanggar batas-batas yang telah ditetapkan. Harap Dyana dan Pastor David faham dan jelas…

Friday, December 11

NASIHAT BERANI MATI.....


Setiap tahun wakil yang sama memberikan ucapan di Perhimpunan Agong UMNO. Mana tidaknya setiap kali membuka mulut sudah pasti ada yang kena atau terkena. Gelaran Harimau Pulau Pinang memang layak diberikan pada Datuk Musa Sheik Fadzil ini.

Ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam yang MKP kenal ini mudah didekati senang dibawa berbincang. MKP suka cara serta gayanya memberikan teguran pada pucuk pimpinan yang berada diatas pentas semasa PAU 2015.

Jangan hanya pandai bercakap semasa perhimpunan Agong UMNO sahaja tolong jaga Ahli UMNO di Pulau Pinang sama. Hebat bercakap tak semestinya semua janji dikotakan...



Wakil Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu dalam ucapannya mengingatkan bahawa tindakan mengaibkan Presiden UMNO sama seperti mengaibkan ahli-ahli UMNO yang lain.

Beliau juga mencetuskan suasana gamat dalam Dewan Merdeka,PWTC bila beraksi macam seorang pengarah...mengarahkan para perwakilan serta barisan pimpinan UMNO diatas pentas bangun dan bersetuju dengan saranannya.

Musa meminta para perwakilan bangun dan berikar tanda setia, bekerja kuat dalam satu pasukan menjelang PRU-14 dan seterusnya menyokong Presiden UMNO dan kepimpinan parti.

Kemudiannya meminta pula ahli Majlis Tertinggi termasuk Najib yang berada di pentas utama bangun sebagai tanda bersetuju untuk merapatkan kembali barisan dan menghentikan sengketa.

Musa dengan nada tegas mendesak Dr Mahathir memberhentikan tindakan beliau mengaibkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya tindakan itu bermakna mantan Perdana Menteri tersebut turut mengaibkan dan memalukan pemimpin serta ahli-ahli UMNO yang lain.

Baginya adalah perkara biasa setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan ia seharusnya dibincangkan dengan cara yang lebih baik supaya rakyat tidak memandang negatif terhadap Presiden parti.

"Tun, (setiap) menteri semua ada kelemahan, saya merayu, kami semua merayu sungguh-sungguh, hentikan roadshow, hentikan apa sahaja memburukkan Presiden, duduk diam-diam, kalau geram sangat tak payah cakap," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di perhimpunan itu.

Perbahasan ucapan dasar Presiden ini dikira paling mencuri perhatian kerana ia akan berkisar kepada isu-isu semasa parti dan kerajaan.

"Kami pun sayangkan Tun, kalau nyamuk gigit Tun, kami sanggup tampar nyamuk biar bagi hancur, ini Tun mengata Presiden, (bermakna) Tun mengata dekat kami juga, Tun hina Presiden, Tun hina kami juga," katanya.

Menurut Musa, setiap persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir perlu diselesaikan dengan Presiden sendiri.

"Tun dulu ada masalah juga, buat macam-macam, buat tol, kita tak setuju pun tapi kita tak kata apa pun, sebab kita dah setuju untuk selesaikan sama-sama.

"Kalau ada masalah, pergi dalam bilik, bertumbuklah dua orang. tapi jangan aib Presiden kita, mari sini tolong kami, kita aturkan, jangan balun Presiden, kami tak boleh tahan," tambahnya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa supaya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berhenti daripada terus mempersoal isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Ini kerana, tugas mencari dana politik adalah peranan utama seorang Presiden dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan banyak pihak.

"Tak payah pertikai mana dia nak dapat duit, dia nak ambil duit dekat dunia mana pun biarkan, janji dia jaga kita, tak payah cerita 1MDB atau RM2.6 bilion lagi, cemuih dengar..Presiden cari duit, kita nak pertikai pasal apa?

"Jadi Timbalan Presiden jangan ada roadshow, (kalau nak buat) datang sini ke negeri (Pulau Pinang, jangan cakap soal Presiden, tapi cakap pasal nak perkasakan UMNO.

"Kalau cakap lagi nak balun Presiden, kita boleh 10 kali balun lebih dari itu, jangan biar kami buat keputusan minta diadakan Mesyuarat Khas," tegasnya.

Jelas beliau, sepatutnya semua pemimpin UMNO perlu bersatu membantu Presiden dalam memperkasakan parti dan memikirkan strategi utama untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

"Tolong Presiden duduk satu nakhoda, biar Presiden buat keputusan, yang lain ikut, jangan jadi batu api, jaga sama aib orang keliling kita," ulasnya.

Dalam ucapan itu juga, beliau turut meminta Presiden, Timbalan dan Naib Presiden bersatu kembali dan mencari titik perpaduan demi parti keramat UMNO.

"Kami menggesa bila Presiden buat ucapan penangguhan, Timbalan dan Naib-Naib Presiden bersatu kembali, berbaik-baik semula.

"Kita nak semua ni berpeluk nanti, tak nak lagi mereka bergaduh, kembalikan kesatuan untuk perkasakan UMNO, kalau tidak yang bawah ini ganti tempat atas, kami ambil alih pimpin UMNO baik-baik," ujarnya lagi sambil mendapat tepukan gemuruh daripada semua perwakilan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive