Monday, March 28

'Park & Ride' di empat stesen LRT @NajibRazak @azmiaziz60 @liowtionglai @myrapidKL


Pembukaan empat stesen baru Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di sini mulai 1 April ini dijangka menarik lebih ramai penumpang berikutan kemudahan 'park & ride'.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, buat masa ini laluan LRT Ampang merekodkan 195,000 penumpang sehari dan pembukaan empat stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong serta Bandar Puteri dijangka menambah 130,000 penumpang baharu.


Katanya, stesen IOI Puchong mempunyai 470 parkir kereta dan 95 parkir motosikal, stesen Pusat Bandar Puchong mempunyai 122 parkir kereta dan 90 parkir motosikal, stesen Taman Perindustrian Puchong mempunyai 350 parkir kereta dan 164 parkir motosikal manakala stesen Bandar Puteri hanya memiliki kemudahan 'drop off' disebabkan kekurangan tempat.


"Perjalanan antara lapan stesen baru (termasuk empat stesen terdahulu iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alan Sutera dan Kinrara BK5) dan stesen Sri Petaling akan menggunakan perkhidmatan tren enam gerabak, iaitu AMY.


"Sehingga peralihan penuh sistem isyarat, pengguna perlu menukar tren di stesen Sri Petaling," katanya dalam sidang media sempena pembukaan stesen LRT IOI Puchong Jaya di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar.

AYAT TAK BOLEH BLAH PEMIMPIN DAP.....?


Makin lama makin merapu meraban ayat yang keluar dari mulut pejilat tegar Lim Guan Eng nie. Bukan apa dulu depa dok troll sakan sangat pemimpin UMNO bila keluar ayat yang bukan-bukan tapi kali ini ibarat meludah kelangit jatuh ke muka sendiri pulak. 

Dalam usaha menyelamatkan anak bos besarnya, ahli parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyalahkan faktor ‘feng shui tidak baik’ punca ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon  banglo tersebut pada harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Teresa dalam ucapan pada perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam Ahad turut mendakwa bahawa ahli perniagaan wanita itu menjual di bawah harga pasaran kerana beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah rakan baik.

“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah.

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya mendakwa bahawa episod pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat mengenai skandal itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

Masalahnya, beliau terlupa pula untuk memberitahu rakyat bahawa jika ‘feng shui tidak baik’ seperti didakwa sekarang tentunya Phang Li Koon tidak akan membeli banglo itu.

Atau mungkin Phang Li Koon berbeza dari masyarakat Cina lain yang tidak menggunakan khidmat pakar ‘feng shui’ sewaktu berbelanja jutaan ringgit untuk membeli rumah itu.

Atau mungkin juga, Phang Li Koon sebelum ini telah ditipu peramal ‘feng shui’ dengan mengatakan banglo itu 8,8,8.

Lalu timbul pula persoalan apakah mungkin tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Manggis pun ‘feng shui tidak baik’ sehingga memaksa kerajaan DAP Pulau Pinang menjual dan menukar statusnya.

Katanya tanah itu kecil untuk buat rumah pangsa PPRT  17 tingkat tetapi peliknya cukup pula untuk syarikat itu nak bina hospital sewats 30 tingkat dan hotel.



Atau apakah mungkin, demi untuk mengubah status ‘feng shui tidak baik’ itu maka tanah PPRT Taman Manggis itu terpaksa dijual kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat yang didakwa nak buat pula untung atas angin.

Beli tanah RM11 juta dari kerajaan negeri dan didakwa nak jual kepada pihak ketiga RM20 juta.

Dah tu ada orang dalam syarikat berkenaan didakwa ada kaitan dengan Phang Li Khoon.

Sebelum ini Ahli Parlimen DAP Tanjong ,Ng Wei Aik buat ‘ buat lawak’ kata Guan Eng sebagai seorang akauntan mana tahu nilai rumah yang hendak dibelinya.

Apakah dia lupa portfolio urusan tanah di negeri itu adalah dibawah Guan Eng.

Maaf cakap la, mudah sungguh ahli-ahli parlimen DAP beri alasan untuk menghalalkan isu belian banglo itu yang didakwa bawah harga pasaran.

Saturday, March 26

BERITA BAIK BUAT PENGGUNA LRT KELANA JAYA..... @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidKL


Set pertama tren innovia metro 300 buatan bombardier telah selamat tiba di depoh RapidKl lembah subang. Set Tren 4 Gerabak ini bakal digunakkan di LRT laluan Kelana Jaya. Pengguna bakal menikmati perjalanan yang lebih kondusif apabila Prasarana Malaysia Berhad memperkenalkan tren generasi baru, Bombardier INNOVIA Metro 300.


Majlis pelancaran mempekenalkan set tren ini telah diadakan pada awal Januari lalu. Selain meningkatkan kemudahan ketersambungan dan jarak perjalanan, tren baru ini juga memberikan tahap keselesaan dan keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna.


Idea untuk menambahkan jumlah tren di dalam sistem ini akan meningkatkan frekuensi. Ini bermakna tren ini boleh membawa lebih penumpang dan penambahan tren bermakna waktu menunggu di stesen juga semakin singkat.


Tren yang beroperasi kini hanya memuatkan sekitar 200 orang penumpang dalam satu gerabak berbanding tren baru yang boleh memuatkan hampir 240 orang satu gerabak.

Tren pertama ini akan mula beroperasi pada Jun ini. Kita akan tambah tren daripada semasa ke semasa dan kesemua 14 tren ini akan mula beroperasi di Laluan Kelana Jaya pada Jun tahun depan.


Tren itu memiliki bahagian hujung tren aerodinamik dengan bahagian cermin depan dan belakang yang lebih luas untuk pengguna menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Berbeza dengan tren LRT laluan Kelana Jaya yang digunakan sekarang, tren baru ini dilengkapi empat kamera litar tertutup di setiap gerabak.

Malah, setiap gerabak juga dipasang dengan kemudahan sistem informasi penumpang, iaitu kemudahan infortainment untuk hiburan dan maklumat kepada para penumpang.


Direka, dibangunkan dan diuji di Bombardier's Centre of Competence for Mass Transit System di Kingston, Kanada, tren pertama model INNOVIA Metro 300 ini sampai di Malaysia pada 18 Disember tahu lalu selepas lebih dua bulan perjalanan melalui laut.

Tren-tren ini dihantar ke Malaysia secara berperingkat dengan tren kedua dijadual tiba akhir bulan depan. Tren ke 14 dan yang terakhir akan dihantar dari Kanada pada Mac tahun depan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive