Friday, September 30

MAHADIR AKAN KUBURKAN ANWAR IBRAHIM........?


Tun Dr Mahathir Mahathir mempamerkan belang politiknya sekali lagi. Semakin hampir pilihanraya umum ke-14, semakin gesit Mahathir menyusun langkahnya mahu mengepalai pembangkang.

Setelah berjaya dalam pusingan pertama menguji tahap penerimaan parti-parti pembangkang terhadap beliau dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau kini menyusun langkah memasuki litar politik kedua.

Kali ini Mahathir bertindak lebih berani. Beliau mengacah kesepaduan dan ketulusan parti-parti pembangkang apabila melontarkan nama presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.

Mahathir memang maklum bahawa Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Amanah -- sudah mengambil pendirian bahawa jika mereka menumbangkan Umno-BN, calon perdana menteri ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun dalam satu ceramah di London minggu lalu, Mahathir melontarkan nama presiden partinya, Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebagai bakal perdana menteri jika pembangkang menang PRU ke-14 kelak.

Sebagai seorang ahli politik veteran, Mahathir sudah pasti dapat menduga bahawa tindakannya itu pasti mengundang reaksi daripada pemimpin-pemimpin pembangkang.

Di sini jelas kelicikan Mahathir. Beliau ingin tahu berapa ramai di kalangan pimpinan pembangkang yang sudah mula menilai politik pembangkang dari luar kepompong pemikiran reformasi Anwar.
Mahathir mahu mengukur sejauh mana kemunculan beliau dan PPBM dalam senario politik negara sudah mula mengubah cara berfikir dan bertindak pembangkang.

Lebih tepat lagi Mahathir mahu menguji sejauh pengaruh dan kepemimpinannya boleh menggerhanakan karisma Anwar yang selama ini memonopoli pengaruh kepimpinan pembangkang.

Yang nyata Mahathir sudah mendengar sendiri pengumuman bekas musuh nombor satunya, Lim Kit Siang bahawa beliau sanggup menyokong pendirian dan perjuangannya.

Beliau juga dapat menyelami bahawa di kalangan pimpinan PAS masih ada yang mengambil sikap tegas dan tidak mahu langsung mendekati apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno.

Mahathir juga dapat membaca persepsi umum bahawa pembangkang sebelum ini terkesima dengan karisma dan bersimpati dengan nasib politik Anwar, adalah tidaklah begitu tepat.

Sejak dibebaskan pada 2004, Anwar menghadapi saingan daripada Tun Abdullah Badawi, seorang pemimpin Umno yang dianggap lemah oleh Mahathir sehingga Anwar mampu memadamkan majoriti dua pertiga Umno-BN pada PRU 2008.

Mahathir juga maklum bahawa janji Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan memancing beberapa ahli parlimen BN pada 16 September 2008 gagal ditunaikan dan ini mengecewakan ramai penyokong Pakatan Rakyat ketika itu.

Namun politikus veteran itu sedar bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu hanya memendamkan kekecewaan mereka kerana tiada pemimpin lain yang dapat menandingi kaliber Anwar.

Kini Anwar dalam penjara. Mahathir pula sudah mula diterima dalam barisan pembangkang. Mahathir juga menyedari bahawa PRU ke-14 mungkin berlaku dalam tempoh terdekat. Masa ini paling sesuai menggugah mitos kepimpinan Anwar.

Selain itu, Mahathir juga mungkin tidak lupa kesilapan besar Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor dan menjadikan negeri itu papan anjal politik menebar pengaruh dan kekuatan politik pembangkang seluruh negara.

Langkah Kajang yang digerakkan Anwar bukan sahaja menghumbannya ke penjara buat kali kedua, ia juga melebarkan lagi rekahan politik dalam partinya sendiri.

Persoalan siapa bakal perdana dilontarkan Mahathir dalam ceramah di luar negara adalah semboyan politik untuk mengisyaratkan bahawa beliau bersedia kembali mengungguli politik Malaysia.

"Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan perdana menteri adalah Muhyiddin.

"Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi perdana menteri," katanya.

Maknanya, Mahathir langsung tidak mengambil kira untuk memberi peluang Anwar dibebaskan dan kemudian diusahakan untuk menjadi perdana menteri yang sah. Dalam perkataan lain, Mahathir tidak mahu Anwar bebas.

Beliau juga sempat menyelitkan beberapa kebarangkalian yang mungkin berlaku di antaranya ada pihak yang akan kecewa jika idea siapa bakal perdana menterinya jadi perbincangan utama.
Namun Mahathir tetap memajukan ideanya itu dengan perakuan bahawa jika Muhyiddin dipilih, partinya, PPBM sudah ada mekanisme untuk mengawal perdana menteri supaya tidak mutlak berkuasa.

"Perdana menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baru (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi," katanya.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak membuat keputusan sendiri.

"Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada perdana menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.

"Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya.

Yang pasti kempen melobi untuk meletakkan PPBM sebagai parti peneraju sudah bermula. Seraya itu Mahathir pun sudah memberi isyarat bahawa jika PPBM memimpin pembangkang, beliau akan terbabit langsung dalam pemerintahan Malaysia.

Tinggallah Anwar meronta-ronta dalam penjara melihat bagaimana Mahathir menyambar dan mengambil alih teraju kepimpinan Barisan Rakyat dari genggamannya.

Wednesday, September 28

DAP TAKUT HILANG KUASA........?


DAP mahu memintas apa yang disyakinya satu percubaan menggunakan strategi persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk memberi kelebihan kepada Umno-BN dalam pilihanraya umum (PRU 14).

Seperti usaha melindungi wibawa Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang menghadapi tuduhan rasuah, DAP mengesyorkan Selangor pula mengadakan pilihanraya negeri mengejut.

Rasionalnya, jika pilihanraya negeri diadakan di Selangor, sudah pasti ia perlu menggunakan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya sedia ada dan secara langsung ia akan melengahkan proses cadangan persempadanan baru.

Demikian dalam kecurigaan DAP terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melakarkan cadangan itu. Tindakan DAP itu sudah tentu mempunyai implikasi kewangan yang besar; baik di sisi SPR mahupun parti-parti politik.

Ini membayangkan disegi kewangan DAP memang sudah bersedia dengan biaya pilihanraya negeri dan mencongak bahawa risiko yang diambil itu tentu berbaloi.

DAP juga yakin menang lebih besar lagi dan menganggap langkah ini membuka peluang padanya mengambil balik  beberapa kerusi yang  “dipinjamkannya” pada PAS dalam PRU 13 lalu.

DAP juga nampaknya yakin tiada kerusi miliknya di Selangor akan terlepas pada Umno-BN. Maka sekaligus jika dapat menokok jumlah sedia ada, DAP mahu memiliki majoriti dalam Dewan Undangan Selangor.

Sasaran tersirat ialah DAP mahu merampas peluang memastikan PKR dan Amanah memiliki bilangan kerusi yang jauh lebih rendah berbanding sekarang yang akan memaksa mereka tuntas akur pada kepimpinan DAP di Selangor.

PKR insaf keberangkalian ini boleh berlaku. Sebab itu, Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bingkas menolak cadangan yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu.

Kedudukan PKR goyah

Azmin mahu mencari jalan selamat. Beliau tahu kedudukan kerajaan pimpinannya itu agak rapuh kerana sukar meramalkan tindak tanduk sekutu PKR, iaitu PAS dalam senario ini.

Jika DAP mampu menambah bilangan 15 kerusinya ketika ini, dan PAS pula keberatan akur pada strategi satu lawan satu, Azmin tentu cemas akan kedudukan dan pencapaian PKR kelak.

PAS pasti meletakkan calon menentang DAP dan Amanah sekaligus. Ini bukan rahsia. Dengan PAS bekerja keras menentang  DAP dan Amanah, teras akar umbi PKR mungkin mudah digoncang Umno.

Bukan juga satu rahsia bahawa PAS mempunyai jentera pilihanraya peringkat akar umbi yang terbaik di kalangan PKR dan DAP seperti terbukti dalam PRU-12 dan PRU 13 lalu.

Nampaknya pimpinan pusat PKR pun sedar akan risiko pilihanraya negeri mengejut. Sebab itu Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mengatur langkah membentangkan usul persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Pada permukaannya tindakan PKR itu ialah bagi mencadangkan pemindahan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sebuah badan bebas untuk melaksanakan persempadanan semula.

Rafizi berkata syornya itu akan melibatkan pindaan seksyen 8 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 113 yang melibatkan proses pilihan raya.

"Pindaan tersebut akan mengasingkan kuasa melaksanakan persempadanan semula dari SPR dan dipindahkan kepada satu badan bebas yang ditubuhkan untuk melakukan persempadanan semula secara adil di bawah satu perkara baru iaitu Perkara 113A," katanya.

Walhal umum dapat membaca tujuan sebenarnya ialah untuk meregang seberapa mungkin isu ini dan membina persepsi negatif terhadap kerajaan dan PKR. Strategi jangka panjang ini boleh digunakan sehingga ambang PRU 14.

Pembangkang ambil kesempatan

Ini salin tak tumpah dengan kempen membatalkan keputusan penuh pilihanraya ke 13 lalu kerana kononnya, ada beribu-ribu pengundi hantu dari Bangladesh dibawa masuk dan diiktiraf SPR layak mengundi untuk BN.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan memang cekap menyambar peluang untuk menang; bukan sahaja dalam saingan dengan Umno-BN, tetapi mahu mengalahkan rakan sendiri.

DAP melihat peluang terbuka untuk mengaut dividen politik ketika pengundi Melayu keliru dengan hakikat kini sudah ada lima parti yang mendambakan undi mereka – PKR, PAS, Amanah dan PPBM.

Sebab itu DAP menggalakkan keempat-empat parti berkenaan melakar apa jua strategi untuk merobek “kesetiaan dan keyakinan” pengundi Melayu-Islam terhadap Umno.

Walhal DAP sedar apa yang sebenarnya berlaku ialah undi yang mampu diraih oleh setiap lima berkenaan semakin kecil dibelah perbezaan ideologi dan amalan politik sesama mereka.

Selaras itu Lim Kit Siang awal-awal lagi mengumumkan beliau tiada masalah  bekerjasama dengan musuh politik nombor satu yang pernah memenjarakannya, Tun Mahathir Mohamad.

Cadangan Kit Siang supaya pilihanraya negeri mengejut diadakan dilihat berlumuran dengan strategi licik ini.

Tidak mustahil juga dalam keadaan hiruk pikuk pilihanraya negeri Selangor berlangsung, DAP juga mencongak menghidupkan ideanya untuk turut memaksa pilihanraya mengejut juga diadakan di Pulau Pinang.

Sekali lagi yang akan tertekan ialah PKR sehingga ada laporan bahawa DAP “membocorkan” rayuan PKR supaya jika mahu diadakan pilihanraya negeri Pulau Pinang diadakan, PKR merayu diberikan beberapa kerusi “selamat”.

Natijahnya, bukan sahaja pendekatan ini  boleh melengahkan pelaksanaan persempadanan semula yang sah di sisi Perlembagaan negara diadakan tetapi sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan politik DAP sendiri.

Tuesday, September 27

#Formula12016 Bersama @MyRapidKL Konsert #Usher @AzmiAziz60


Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas pengantara kepada para peminat perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Sepang bermula Jumaat hingga tengah malam Ahad ini.

Orang ramai boleh menikmati perjalanan yang mudah bagi menyaksikan dua acara, termasuk konsert Usher, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan perkhidmatan RapidKL.

Ketua Pegawai Operasi untuk perkhidmatan bas Rapid KL, Mohd Azam Omar berkata, pihaknya akan menyediakan bilangan bas yang mencukupi untuk menampung peminat Formula 1 dan juga peminat Usher.


"Perkhidmatan bas Rapid KL yang terhubung dengan rangkaian LRT dan Monorel, peminat sebenarnya boleh menggunakan perkhidmatan awam secara menyeluruh dari rumah mereka untuk ke Litar Antarabangsa Sepang," katanya.


Tambah beliau, bas pengantara RapidKL akan memulakan operasi seawal jam 8 pagi pada Jumaat dari dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu di KL Sentral dan KLCC serta dari terminal klia2 selain menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma di sekitar litar untuk memudahkan peminat bergerak ke tempat duduk masing-masing.

"Perkhidmatan bas dari Litar Sepang untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan klia2 akan bermula dari pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

"Untuk Ahad, perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 22:30 malam untuk menampung mereka yang menghadiri konsert Usher itu," ujarnya.

Tiket bas ditetapkan pada harga RM35 untuk perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral manakala tambang RM20 untuk perjalanan sehala, manakala tiket dari dan ke klia2 ditawarkan pada harga RM12 sahaja.

Orang ramai boleh membeli tiket bas di kios khas di KLCC, KL Sentral, klia2 dan di Litar Sepang.

Mereka juga boleh membuat pra-pembelian tiket di stesen LRT Putra Heights, KLCC dan KL Sentral.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive