Sunday, April 30

PENYAMUN EZAM KOTAK YANG PERLU ANDA TAHU...


Sebelum menyertai PPBM Ezam telah diyakinkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM Setiawangsa dan juga Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan.

Namun situasinya berubah selepas beberapa bulan menyertainya. Untuk memegang jawatan itu Ezam ditawarkan satu 'pakej' oleh PPBM Pusat yang berharga RM 500'000.00. Juga perlu menyediakan pejabat dan kemudahan lain untuk PPBM Wilayah Persekutuan. Bagi yang mengenali Ezam mereka akan tahu sikapnya dalam bab hendak mengeluarkan wang. Bab wang masuk beliau memang laju dan cekap. Sanggup buat apa sahaja asalkan masuk wang.

Berang dengan tawaran 'pakej' itu membuatkan Ezam mengambil keputusan keluar parti dan kemudiannya menubuhkan parti sendiri yang diberi nama Parti Bebas Rasuah. Nama itu dipilih kerana hendak memperli kepimpinan PPBM yang mahu menjual jawatan kepadanya. Itulah cerita yang disampaikan kepada seorang wartawan melalui perbualannya dengan orang kanan Ezam, Abdul Ghani Haroon.

Selepas menubuhkan Parti Bebas Rasuah yang dicuri parti asalnya dari pihak lain, Ezam kini bakal berdepan hukuman kerana memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Dimana beliau bakal berdepan hukuman yang akhirnya tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan di Malaysia.

Lebih kurang sebulan lepas Ezam dengan penuh gah mengumumkan beliau akan bertanding melawan Perdana Menteri di Pekan. Dua minggu lepas pula beliau memfailkan saman RM 3.6 bilion terhadap PM. Dalam tempoh tidak sampai dua minggu beliau sendiri pula yang berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mencuri dan menipu.

Ezam perlu sedar bahawa lawannya bukanlah Perdana Menteri. Terlalu jauh baginya untuk berlawan dengan Datuk Seri Najib. Ezam perlu kurangkan khayalannya dan ukurlah baju di badan sendiri. Setakat tahapnya itu cukuplah untuk beliau berentap dengan Presiden Parti Generasi Baru (New Gen Party), Datuk G.Kumaar sahaja.

Selain dari disiasat ROS , Ezam juga sedang berdepan dengan siasatan berhubung penyelewengannya dalam NGO yang bernama HISBAH. Dimana ratusan ribu dana HISBAH yang diterimanya dipercayai digunakan untuk kepentingan peribadinya. Untuk pengetahuan HISBAH diketuai oleh Ezam sebagai pengerusi dan jawatan bendahari pula dipegang oleh adik iparnya yang dikenali sebagai Karim.

Saturday, April 29

Mahathir Gagal Saman Najib, Diperintah Mahkamah Bayar RM30,000


1. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

2. Saman dikemukakan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin dibatalkan pihak mahkamah selepas mendapati tuntutan saman berkenaan tidak boleh dipertahankan.

3. Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata hakim turut memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan, remeh dan menyusahkan.

4. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak mewakili Najib bahawa adalah salah bagi plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka untuk mendakwa Najib selaku penjawat awam, dan melakukan perbuatan salah laku itu.

5. Hal ini kerana mahkamah mendapati Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya ahli pentadbiran.

6. Mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga plaintif membayar kos kepada defendan sebanyak RM30,000.

Wednesday, April 26

KERAJAAN DAP HUKUM RAKYAT PULAU PINANG


Pakatan Harapan (PH) berkali kali membuatkan rakyat kecewa. Kadar Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) naik buat kali ke 4 dalam masa 9 tahun pemerintahan kerajaan DAP Penang #Naik4Kali.

Kerajaan DAP Penang menggunakan alasan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat sebagai alasan kenaikan tarif air.

Alasan yang sama, kerajaan DAP Penang pernah guna pada 23 Ogos 2013, Utusan Malaysia melaporkan orang ramai dipersalahkan kerana menggunakan air secara berlebihan sebagai punca tarif air mahu dinaikkan dari 24 sen kepada 48 sen, naik 100%.

Penduduk di Penang pada 2009 (masa DAP sudah setahun perintah) adalah sejumlah 1,554,300 orang mengikut statistik dari laman web www.penang.gov.my. Pada tahun 2013, 4 tahun selepas itu, jumlahnya menjadi 1,647,700 orang. Bermakna bertambah 93,400 orang dalam masa 4 tahun atau 6% pertambahan.

Penduduk bertambah hanya 6%, tetapi kadar tarif air naik sampai 100%. Siapa yang guna air sampai berlebih lebih itu?

Dilihat pakatan pembangkang ini tidak konsisten atau istiqamah langsung dalam berjanji. Malahan janji itu dibuat seperti mainan politik mereka untuk mendapatkan sokongan dari rakyat sahaja semasa kempen pilihanraya sahaja.

Pada 2 November 2010, Lim Guan Eng cakap dalam Malaysian Insider bahawa bil air di Penang paling murah di Malaysia. 2 Jun 2011, Lim Guan Eng cakap dalam Malaysiakini, "Pulau Pinang jamin tarif air tidak naik"

18 April 2012, dalam Roketkini, Guan Eng cakap "Tarif air di Pulau Pinang takkan dinaikkan". Semua yang Lim Guan Eng cakap ini adalah janji tipu sahaja. Lepas cakap itu, terus naik.

Dalam manifesto pakatan pembangkang di bawah Pakatan Rakyat dulu, pembangkang berjanji akan mengenakan caj air yang lebih rendah di negara ini khususnya di negeri yang dikuasai mereka tapi janji sudah hilang dan lesap entah ke mana.

Malahan, Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggunakan pelaksanaan surcaj untuk kononnya tidak menyentuh langsung tarif air, padahal jika dilihat, kenaikan surcaj membawa kepada kenaikan tarif dalam bil air yang perlu dibayar oleh pelanggan.

Pada 2013, sebaik sahaja habis Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, surcaj berkenaan dinaikkan kerajaan Pulau Pinang dengan kadar 100 peratus. Kemudian dua tahun lepas pada 2015, surcaj naik lagi malahan rakyat dikenakan caj lebihan 90 sen jika membuat bayaran di kaunter.

Akhirnya pada tahun ini, surcaj air naik lagi dari 48 sen kepada RM1 di negeri Pulau Pinang.

Janji pemansuhan plaza tol Sungai Nyior juga belum ditunaikan DAP sehingga hari ini. Guan Eng juga berjanji dalam satu kenyataan medianya pada 19 Februari 2008, ketika berkempen di Penang untuk membuat "Social & Environment, affordable housing for all". Mana dia rumah mampu milik untuk rakyat di Penang?

Berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dulu bukan main lagi Nurul Izzah berdemo pakai baju mansuh GST dan buat perarakan mahu mansuh GST di Sogo dan Dataran Merdeka pada  2 April 2016.

Setahun selepas itu, pada 23 April 2017, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor berkata jika PH menang pada PRU akan datang, mereka akan mengurangkan kadar GST. Sudah jauh terpesong dari cerita asal untuk mansuhkan GST.

Bukannya Nurul Izzah tidak tahu beza antara mansuh dan kurangkan kadar. Ramai yang berdemo mansuh GST sudah kena tipu dengan PKR.

Pakatan di Selangor juga sama juga menipunya, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi yang masih belum selesai.

Padahal ketika PRU13, mereka berjanji untuk menjalankan pentadbiran yang telus dan berteraskan kemahuan rakyat. Banyak yang dijanji dalam Buku Jingga. Entah ke mana dicampak buku itu sekarang.

Apa sudah jadi dengan isu SPLASH, YAWAS dan SMUE  di Selangor, mengapa bersembunyi, berselindung dan berdiam diri tidak mahu menjawab?

Cara pentadbiran Mohamed Azmin memang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dalam manifesto mereka. Tersasar terus.

Banyak sudah janji yang terbiar dan tidak ditunaikan. Rakyat usah terpedaya lagi dengan janji janji manis PH. Menjelang PRU14 nanti, akan ada pula janji baru kononnya untuk rakyat.

Penang dan Selangor adalah dua negeri yang ditadbir oleh DAP dan PKR. Berapa peratus sudah dilaksanakan janji dalam manifesto DAP dan PKR? Invoke atau Merdeka Center kenapa tidak mahu kaji?

Menurut rencana di Berita Harian pada 21 April 2017, kajian terkini menunjukkan lebih 83% janji BN semasa manifesto PRU13 sudah dilunaskan kepada rakyat. Ini bukti BN lebih layak dipercayai dan dipilih rakyat berbanding PH pada PRU14 nanti.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive