Monday, October 30

KENA BAYAR UNTUK BERJUMPA TRUMP.......?


Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan sesen pun untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam lawatan kerja tiga hari pada September lalu.

Ia ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sambil menyindir bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup berbelanja sehingga berjuta ringgit untuk menemui George W Bush pada 2002 yang lalu.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah dikritik sebagai hipoktrit apabila sanggup berbelanja RM7 juta demi menemui Bush, melalui seorang pelobi.

"Jemputan Trump dibuat atas urusan kerajaan. Saya tak perlu membayar apa-apa untuk mendapatkan jemputan tersebut. Pendahulu saya (Dr Mahathir) melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan jemputan Bush.

"Kita tidak mengamalkan kaedah itu. (Itu dilakukan) pendahulu saya (yang kini) diterima pembangkang sekarang," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Tanpa melobi, Najib berkata dirinya tetap mempunyai hubungan yang baik dengan AS sebagai satu kuasa besar dunia, malah perkara itu dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada Malaysia.

"Walaupun saya tak duduk di Blair House tetapi saya ada jemputan bermain golf dengan Trump. Malah Trump juga hantar saya ke kereta.

"Kita tak payah sebut perkara ini. Soalnya, dasar kita tetap mendapat penghormatan tinggi dari pentadbiran AS," kata Najib.

Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan penginapan rombongan Malaysia ke AS pada 11 hingga 13 September lalu di Hotel Trump International.

Selain bertanyakan apakah rakyat Malaysia 'membayar' kos penginapan tersebut, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengajukan sama ada Malaysia menukar dasar perdagangan dan pelaburan daripada neutral kepada 'mesra-AS'.

"Kita bukan menukar dasar luar negara kerana ia memang berasaskan kepada soal prinsip. Kita tidak akan ubah hanya kerana mengikut keadaan dan situasi," tegas Najib.

Tegas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan AS dari segi pelbagai sektor mampu menjana manfaat terbesar, terutama dalam ekonomi negara.

"Saya menjangkakan bahawa dengan langkah ini bahawa dalam jangka masa sederhana dan panjang, kita akan lihat kepada peningkatan hubungan ekonomi, penambahan pelaburan dan sebagainya.

"Inilah antara kejayaan yang akan kita kecapi apabila ada hubungan baik dengan negara dan kuasa besar, bukan sahaja AS, tetapi dengan semua kuasa-kuasa besar," ujar Najib.

Thursday, October 26

10 PERKARA YANG DIJANGKA BERLAKU JIKA PAKATAN BERJAYA HAPUS GST


1. Dalam Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan, mereka berhasrat untuk memansuhkan GST, tetapi mengekalkan kadar sifar (0%) GST dan melaksana semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lama.

2. Sukar memahami bagaimana Pakatan mahu melaksana sifar GST dan melaksanakan SST pada waktu yang sama. Apapun kita tahu sebelum ini SST mempunyai beberapa kadar, iaitu kadar standard 10% dan kadar-kadar lain adalah 5%, 20% dan kadar spesifik seperti 58 sen bagi setiap liter petrol dan diesel.

3. Apakah kesan yang boleh dijangka jika Pakatan berjaya melaksanakan GST 0% dan SST 10%, 5%, 20% dan 58 sen bagi setiap liter petrol, diesel? Berikut adalah perkara-perkara yang berkemungkinan besar berlaku:-

I. Sistem percukaian yang huru hara kerana terdapat dua sistem,  iaitu GST 0% dan SST pada empat kadar

II. Pengguna dicukai dua kali,  misalnya di kedai tayar. Kali pertama, Cukai Jualan 20% untuk harga tayar, kali kedua dikenakan Cukai Perkhidmatan 6% pula.

III. Cukai Jualan di'mark-up' bersama harga barangan kerana tiada kaedah 'tuntutan cukai input'. Jika Cukai Jualan di peringkat pembekal adalah 5%, selepas pengambilan margin 25% oleh pemborong dan 50% oleh peruncit, kadar 5% tadi boleh meningkat menjadi 10% apabila sampai ke tangan pengguna.

IV. Di bawah SST, petrol dan diesel mempunyai Cukai Jualan 58 sen seliter

V. Berlaku ketirisan dan pengelakan Cukai Jualan di peringkat pembekal, pengilang dan pengeksport.

VI. Shadow Economy dan Black Economy akan hidup subur kembali.

VII. Peniaga membuat perisytiharan palsu Cukai Pendapatan dengan lebih mudah kerana kerajaan sukar menganggar margin keuntungan menerusi sistem SST

VIII. Peniaga boleh menaikkan harga barangan secara melampau dengan lebih mudah kerana apabila cukai input tidak dituntut dan tiada cukai dikutip semasa barangan dijual kepada pengguna, agak susah untuk membuat anggaran margin yang diambil oleh peniaga untuk dikenakan tindakan.

IX. Perbelanjaan mengurus akan meningkat kerana Bajet Pakatan tidak mengambil kira impak 0% GST, di mana bagi barangan dengan kadar sifar GST, cukai inputnya boleh dituntut.

X. Tiada pemimpin Pakatan yang berani menjamin bahawa HARGA BARANG AKAN TURUN selepas menghapuskan GST dan kembali kepada kadar lama SST

4. Kalau TIADA PEMIMPIN PAKATAN YANG BERANI MENJAMIN BAHAWA HARGA BARANG AKAN TURUN selepas PEMANSUHAN GST dan MENGEMBALIKAN SST, maka apa gunanya Pakatan beriya-iya mahu memansuhkan GST dan kembali melaksanakan SST?

Oleh:
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

RAPID KL LANJUT PERKHIDMATAN LRT SEMPENA CITRAWARNA SABTU INI


Rapid KL akan melanjutkan operasi perkhidmatan tren dan BRT Sabtu ini (28 Oktober) bersempena dengan program Citrawarna Kuala Lumpur, yang akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Selaras dengan keputusan itu, stesen LRT Masjid Jamek, yang merupakan stesen LRT terdekat dengan Dataran Merdeka, akan dibuka sehingga 1 pagi untuk membenarkan orang ramai memasuki stesen dan meneruskan perjalanan pulang mereka dengan selesa dan selamat.

“Para penumpang boleh memasuki stesen LRT Masjid Jamek sebelum 1 pagi dan keluar ke  mana-mana stesen LRT, monorel, MRT dan perkhidmatan BRT - Laluan Sunway. Stesen-stesen ini akan ditutup secara berperingkat seperti biasa bermula daripada pukul 11 malam.

“Para penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan MRT boleh bertukar di ketiga-tiga stesen integrasi Pasar Seni, Merdeka dan Maluri untuk meneruskan perjalanan mereka ke rangkaian MRT.

Kami berharap orang ramai akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk perjalanan yang selesa dan selamat,” Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Program Citrawarna Kuala Lumpur 2017 akan bermula dengan persembahan awalan berupa pertunjukan fesyen daripada 7 malam sebelum diteruskan dengan persembahan utama daripada 8.30 malam.

Program, yang akan dihadiri oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan dimeriahkan oleh pelbagai acara termasuk persembahan artis dan pertunjukan bunga api, dijadualkan berakhir pada 11 malam.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive